Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, July 20, 2009

Kenapa Saya Ke Lab Hari Ini?

aku sedang bertarung dengan flu yang menyerang entah bila masa dan ketika, aku pun tidak tahu. nasib baik tak demam dan panas-panas badan. kalau demam, meaning aku akan rotate perkara sama seperti tragedi di bulan-bulan lepas.

ish, tak nak la.

aku dah lama tak update blog. tak tau la kenapa. alasan apa yang nak aku kasi. senang cakap aku malas je la. pastu pulak macam tak ada masa. pastu lagi macam diharamkan oleh Si Cekgu. pastu lagi aku selalu lupa nak menulis apa.

ada banyak aktiviti yang sihat dan tidak sihat telah berjaya aku lakukan sepanjang ketiadaan update itu sebenarnya. tapi aku macam malas nak tulis-tulis, ngomel-ngomel, pastu internet connection putus tiba-tiba.

bengang betul kalau jadi macam tu.

ok, berbalik pada tajuk di atas.

kenapa aku datang ke lab hari ni ha?

hmm.. mari kita fikirkan sebabnya.

1- aku ingat nak kasi barang-barang kat kawan lab.

2- Si Ibu Mengandung suruh bawak hardcopy paper beliau.

3- ada preparation meeting for another meeting tomorrow.

4- bosan duduk rumah sorang-sorang. lapar.

5- tak tau dah.

ok, itu je lah yang mampu aku fikirkan sekarang. ahaha. macam tak berapa kukuh kan. tak apa lah. lain kali aku sediakan alasan yang lebih munasabah.

No comments: