Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, June 3, 2009

Kepulangan Yang Dinanti

malam ni aku akan pulang ke kampung.

hip hip hooray.

seronok pulak rasanya sebab balik untuk menyambut hari pernikahan sepupu karibku. dah nak nikah ye Cik Asiah. opss, lepas ni jadi Puan Asiah la.

aku pulang bersama-sama Si Dua memandangkan beliau sudah menjadi penghuni daerah aku bermastautin.

oh ya, walaupun aku telah beria-ia dan berusaha sepenuh hati dalam menjaga kesihatan, aku masih lagi berjaya dijangkiti demam versi ketiga. tapi demam versi ketiga ini hanya sempat sampai ke tahap pening-pening lalat dan juga batuk-batuk tidak berkahak.

aku telah terlebih dahulu berjaya mengenali simptom-simptom yang datang lantas aku terus ke pusat kesihatan dengan niat untuk menghalang demam versi ketiga melanda apatah lagi apabila aku sedang berkira-kira untuk pulang ke kampung halaman dan terpaksa menghabiskan kira-kira 8 jam waktuku hanya di dalam bas.

aku juga telah mengofferkan diri kepada pegawai perubatan terbabit untuk diambil saja sampel darah aku untuk diuji seandainya aku punya masalah lain yang lebih besar dan perlu diberi tumpuan memandangkan aku demam selang seminggu sejak kebelakangan ini.

tapi pegawai perubatan terbabit menolak permintaan aku dengan alasan sampel darah akan diambil hanya jika demam melebihi 5 hari untuk disuspek denggi atau sebagainya.

masalahnya sekarang, aku demam selama 4 hari sahaja. ulang suara, 4 hari sahaja. sangat seksa. tsk tsk.

aku telah berjaya merehatkan diri seharian semalam berbekalkan panadol dan ubat batuk dari pusat kesihatan tersebut.

hari ini aku gagahkan diri juga untuk ke lab disebabkan beberapa hal yang perlu aku uruskan.

paling membimbangkan aku sekarang ialah Si Cekgu yang berlakon seolah-olah beliau lupa akan permintaan cuti aku lebih kurang 2 minggu lepas. Si Cekgu masih giat menghantar email kepadaku mengenai mesyuarat yang akan diadakan Jumaat ini.

ah, tensi lagi.

aku malas nak terus mencipta argument dengan Si Cekgu memandangkan aku sudah mendapat pelbagai gelaran yang tidak best akhir-akhir ini. makanya, langkah selamat yang boleh aku ambil adalah berdiam diri dan berlagak mengalah walaupun sebenarnya aku bukan jenis beralah atau mengalah.

petang nanti aku akan berjumpa dengan Si Cekgu dan menerangkan kembali duduk perkara sebenar dan aku benar-benar berharap beliau akan faham dan tidak banyak soal. amin.

2 comments:

nafis said...

own mcm kenah je treadmark eceh tuu
tp di mana ya..
mungkin di blog minah yg porpular itu mungkin..
haha..

Si Ralat said...

oh.. siapakah minah popular tersebut?