Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, June 28, 2009

Away To Singapore

aku akan bertolak esok tengahari. barang-barang sudah siap kemas. cuma perlu diteliti betul-betul apakah barang-barang aku sudah cukup lengkap. takut-takut tertinggal benda-benda remeh aje.

dan yang paling penting untuk dibawa bersama adalah topeng atau mask. aku dah sediakan tiga masks untuk aku di sana. walaupun cuma 3 hari, tapi aku sangat bimbang dengan kacau bilau yang disebabkan oleh virus terbaru itu.

seperti entri-entri sebelum ni, aku kan masih lagi dalam mode demam-elok-demam-elok. jadi aku agak khuatir dengan status kesihatan aku sendiri. seolah-olah aku mendedahkan diri kepada suasana yang menyediakan penyakit tersebut dengan akibat yang lebih berbahaya.

senang cakap, takde sakit tapi pergi cari penyakit. macam tu lah. sort of.

aku juga sudah dapatkan suntikan antivirus influenza di klinik berhampiran. jenuh juga mahu mencari kerana kebanyakan klinik sudah kehabisan stok suntikan tersebut. meaning masih ramai yang mahu ke luar negara.

suntikan tersebut bukan lah anti virus kepada virus influenza A (H1N1), tetapi hanya sebagai pre-caution sahaja. seperti kata doktor yangbertugas, its better to try something than nothing.

akibatnya lengan kiri aku masih sengal-sengal-ayam sehingga sekarang. silap aku jugak, sebab sepatutnya suntikan ni diambil 2 minggu sebelum ke luar negara. aku baru je tahu minggu lepas. tu pun nasib baik dapat.

kepala pun sudah pening, aku mahu lelapkan mata sekejap.

kepada sesiapa yang ke luar negara jugak, ambil lah langkah berjaga-jaga. semoga anda selamat pergidan pulang.

jangan lupa, doakan aku jugak.

Monday, June 22, 2009

Selamat

Selamat hari ulang tahun kelahiran buat Si Emak, ibunda ku yang tersayang.

saya sayang kamu.

Selamat Hari Bapa buat Si Ayah, ayahanda ku yang tercinta.

saya juga sayang kamu.

semoga kalian akan terus kekal bahagia dan diberkati Yang Esa.

Friday, June 19, 2009

Saya Sedang Gembira

mood malas menulis datang lagi.

so here we are now.

aku masih happy dengan entri sebelum ini.

biarlah aku ambil masa sikit nak raikan sendiri dengan jiwa raga yang kosong ni.

selamat malam dunia.

Monday, June 15, 2009

Oh, Thank You God

hari ni aku ambil cuti sendiri. masih mamai dan pening-pening mini lalat. lagipun Si Cekgu tidak hadir jugak. adil la kan?

aku habiskan masa aku dengan Si Lappy. dah bosan dengan beliau, aku alihkan pulak pada Si Besi. macam tu la aku gilir-gilir untuk seharian yang bagus ni. best dan syok sendiri mula melanda. aku pasang niat nak buat kerja di rumah sahaja. tak ada salahnya kan.

tapi masalahnya macam biasa lah, kalau dah bukak internet takkan habis punya. aku asyik menghadap benda sama aje. thumbdrive dah taruk, tapi folder tak bukak-bukak sampai sekarang ni. teruk betul aku. Sila Jangan Contohi Perilaku Saya.

lepas bangun untuk entah kali ke berapa, aku menghadap Si Lappy lagi. cek email. dapat email baru bertajuk begini.

JEMPUTAN KE MAJLIS PENGANUGERAHAN HADIAH BIASISWA NATIONAL SCIENCE FELLOWSHIP (NSF) BIL. 1 TAHUN 2009 KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI.

oh oh...

kejap kejap.

nak ambil feel.

aku mula sebak.

sebab sangat-sangat-sangat-sangat-the-very-happy.

tinggal lagi aku tak menjerit dan melompat-lompat je sebab memang aku bukan jenis macam tu. cewah, sempat lagi nak bongkak.

tapi, aku memang sangat-sangat bersyukur gila. rasa satu burden dah terlepas dari dalam dada.

aku terus call Si Ayah. nak berkongsi berita gembira ni.

'hello'

'ha, hello. kenapa?'

'ni suara lain macam ni kenapa?'

'biasiswa yang interview hari tu... dapat'

'ha, ok la tu. abis tu, ngape nangis?'

'sebab happy sangat-sangat. tak sangka dapat'

'tak payah la nangis. pergi buat sujud syukur. lepas tu buat solat sunat syukur'

'ok-ok. lepas ni buat'

'solat sunat lepas maghrib. jangan lepas waktu asar'

'ok. tapi ni demam lagi ni'

'demam lagi? ish. pergi la check. kerap sangat demam'

'tak. rasanya sebab tensi lagi ni. kawan-kawan lab semua nak berhenti. tinggal sorang-sorang je perempuan'

'Si Cekgu tak buat apa-apa ke? dia tak sedar ke? mungkin orang atasan akan tegur dia kot nanti'

'tak tahu lah. tapi tak ada kawan la nanti. takut tak kuat'

'takpe lah. mungkin Si Cekgu pun dah sedar kot sekarang. nanti dah tinggal sorang-sorang dia fokus dekat sorang student je, senang sikit. ada banyak kelebihan'

'hmm.. harap-harap macam tu lah'

'takpelah. bertahan aje. sekejap je lagi.'

'yelah. cuba ni.'

dengar je Si Ayah punya nasihat, hati aku terus menjadi tenang dengan setenang-tenangnya. Ya Tuhan, aku sangat sayang akan lelaki itu.

aku capai sejadah. dan sujud syukur. syukran ya tuhan.

Terima kasih Si Ayah. Terima kasih Yang Satu.

aku akan cuba buat yang terbaik. belajar untuk bertahan. menjadi tabah dan kuat. amin.

Friday, June 12, 2009

Please Do Not Leave Me

thanks to my lab friends.

who tried so much to get out from this hell.

and leave me here alone.

all by myself.

fyi, i`m now getting my 4th fever.

ugh.

again, thanks. a lot.

Wednesday, June 10, 2009

Masalah Siapa Lagi Besar?

tadi sebelum balik, tiba-tiba dapat call dari Si Cekgu. punya la lama berdiskusi melalui telefon je. Si Cekgu beria suruh aku naik jumpa dia, aku pulak beria menolak dengan cara penuh sopan dan tatasusila.

tapi, biasalah. yang muda pasti mengalah. apatah lagi dengan cekgu sendiri kan.

masa tu, aku dah tak ingat dunia dah. rasa macam nak amuk je. air mata pun hampir-hampir terembes keluar dek kerana sangat geram. cuma aku tahankan aje. yang mampu aku ucap adalah..

"ish. rasa macam nak cekik-cekik je"

Si Ibu Mengandung pun hanya ketawa geli hati sahaja melihat telatah aku.

semasa dalam bilik Si Cekgu, aku dah bertekad akan menelefon Mr.Magoo sebaik sahaja aku keluar dari diskusi itu. aku terus sms Mr.Magoo secara curi-curi sambil mendengar bebelan-konon-konon-berilmiah daripada Si Cekgu.

selepas je keluar, aku kotakan janji.

aku mula nak merengek-rengek dan mengadu domba kepada Mr.Magoo. kemudian beliau bukak cerita baru la pulak.

cerita masalah beliau yang difitnah oleh bekas rakan sekerja dan kini fitnah itu tersebar satu negara. hoho. kesian Mr.Magoo kesayangan. eceh.

aku pulak dengar dengan berat hati sambil keluarkan pertanyaan bodoh.

"so, are you okay right now?"

"of course la not"

ya tak ya jugak kan. apa punya standard la soalan aku tu. ish ish.

yelah, aku pun kan tengah serabut. tiba-tiba dapat berita yang lagi menyerabutkan, so aku tambah-tambah la serabutnya. ada paham? tak paham, sudah. layankan aje.

jadi, bila fikir-fikir balik, masalah aku tak lah seberapa besar macam apa yang dihadapinya sekarang. tapi aku dah nak nangis-nangis. dia ok je, cuma emosi tak stabil la kot.

aku pun emosi tak stabil jugak. tsk tsk.

sekarang aku cuma boleh memujuk diri sendiri selain berusaha untuk menolong Mr.Magoo dalam masalah nya itu. walaupun aku tahu, tak ada apa aku boleh tolong.

aku cuma boleh berdoa dan berharap agar orang yang menyebarkan fitnah itu menarik balik kata-kata beliau dan keadaan akan jernih kembali walaupun kesan yang diterima Mr.Magoo mustahil boleh dihilangkan begitu sahaja.

haih, masalah pada aku lah pulak. nak menenangkan beliau. eceh. walaupun aku tak reti nak tenangkan diri sendiri apatah lagi orang lain, tapi aku akan cuba.

tensi. tensi.

kepala dah start berdenyut ni. haiya.

dan aku juga berdoa agar Si Cekgu tidak akan berubah fikiran lagi. marilah kita stick pada plan yang satu ini ya. aku dah penat nak berubah-ubah pendapat.

amin.

Bengang Membawa Tensi

sedang bengang.

bengang dengan kehidupan lab aku. yang semakin hari semakin perit dan sempit.

bengang dengan eksperimen yang asyik ditangguh-tangguh.

bengang dengan kehidupan peribadi. yang semakin lama semakin sesak dan haprak.

bengang dengan diri sendiri yang tak reti-reti nak bertegas.

ah, tensi lagi.

Monday, June 8, 2009

Perjalanan Yang Penuh Liku

aku baru pulang dari jalan yang benar semalam.

perjalanan bas yang memakan masa sehingga 12 jam membuat aku meluat-luat dengan pemandu bas tersebut. sangat slow nak mati bawak bas.

macam-macam halangan yang ada.

mula-mula bas datang lewat sejam, bas yang datang pulak aircond tak ada, lepas tu kami kena tukar bas, menyebabkan ada penumpang yang tak cukup seat, lepas tu bawak macam siput, selalu berhenti entah kat mana-mana.

nak jadikan cerita untuk tambah aku punya suffer, jalan jammed pulak, dengan bas siput tu makanya makin siput la perjalanan kami.

nasib baik aku bersama Si Dua. jadi aku punya teman untuk berborak-borak dan mengumpat-ngumpat.

makanan ringan yang aku beli aku rasa dah cukup banyak, tapi sempat aku habiskan lama sebelum aku menjejakkan kaki ke sempadan negeri Selangor. sangat azab berada dalam bas yang slow motion seperti itu.

sudahnya, dari pukul 1230 tengahari perjalanan (sepatutnya jam 1130) aku sampai ke bumi tropika jam 0015 kot kalau tak silap.

haru gila lah.

tobat aku dah tak amik bas siput ni a.k.a bas sutera.

dah, aku nak cover tidur pulak.

Wednesday, June 3, 2009

Kepulangan Yang Dinanti

malam ni aku akan pulang ke kampung.

hip hip hooray.

seronok pulak rasanya sebab balik untuk menyambut hari pernikahan sepupu karibku. dah nak nikah ye Cik Asiah. opss, lepas ni jadi Puan Asiah la.

aku pulang bersama-sama Si Dua memandangkan beliau sudah menjadi penghuni daerah aku bermastautin.

oh ya, walaupun aku telah beria-ia dan berusaha sepenuh hati dalam menjaga kesihatan, aku masih lagi berjaya dijangkiti demam versi ketiga. tapi demam versi ketiga ini hanya sempat sampai ke tahap pening-pening lalat dan juga batuk-batuk tidak berkahak.

aku telah terlebih dahulu berjaya mengenali simptom-simptom yang datang lantas aku terus ke pusat kesihatan dengan niat untuk menghalang demam versi ketiga melanda apatah lagi apabila aku sedang berkira-kira untuk pulang ke kampung halaman dan terpaksa menghabiskan kira-kira 8 jam waktuku hanya di dalam bas.

aku juga telah mengofferkan diri kepada pegawai perubatan terbabit untuk diambil saja sampel darah aku untuk diuji seandainya aku punya masalah lain yang lebih besar dan perlu diberi tumpuan memandangkan aku demam selang seminggu sejak kebelakangan ini.

tapi pegawai perubatan terbabit menolak permintaan aku dengan alasan sampel darah akan diambil hanya jika demam melebihi 5 hari untuk disuspek denggi atau sebagainya.

masalahnya sekarang, aku demam selama 4 hari sahaja. ulang suara, 4 hari sahaja. sangat seksa. tsk tsk.

aku telah berjaya merehatkan diri seharian semalam berbekalkan panadol dan ubat batuk dari pusat kesihatan tersebut.

hari ini aku gagahkan diri juga untuk ke lab disebabkan beberapa hal yang perlu aku uruskan.

paling membimbangkan aku sekarang ialah Si Cekgu yang berlakon seolah-olah beliau lupa akan permintaan cuti aku lebih kurang 2 minggu lepas. Si Cekgu masih giat menghantar email kepadaku mengenai mesyuarat yang akan diadakan Jumaat ini.

ah, tensi lagi.

aku malas nak terus mencipta argument dengan Si Cekgu memandangkan aku sudah mendapat pelbagai gelaran yang tidak best akhir-akhir ini. makanya, langkah selamat yang boleh aku ambil adalah berdiam diri dan berlagak mengalah walaupun sebenarnya aku bukan jenis beralah atau mengalah.

petang nanti aku akan berjumpa dengan Si Cekgu dan menerangkan kembali duduk perkara sebenar dan aku benar-benar berharap beliau akan faham dan tidak banyak soal. amin.