Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, May 27, 2009

Terganggu, Tergugat, Terancam dan Terkesan

oleh sebab aku terasa bosan tiba-tiba melanda hari ini, maka aku nak post sekali lagi. yang entri bawah ni sebenarnya aku dah taip semalam. tapi Si Kaunselor beria-ia ajak balik sebab pada awalnya aku beria-ia ajak beliau ke pasar malam.

sudah sangap untuk berbelanja pada Baju-Lima-Ringgan mungkin dan aku berjaya membeli 2 helai seperti perkara lazimnya yang aku lakukan setiap kali melangkah kaki ke pasar malam itu.

aku juga berjaya menghabiskan duit membeli selendang baru. juga 2 helai. konon-konon dengan harapan berjimat sebab beli sekaligus 2.

2 je yang aku beli selain cucuk-cucuk sotong idaman.

pulang ke rumah dan sambung menyeksa mata di depan Si Lappy. melayan website-wajib-bukak dan kemudian aku sambung menonton siri baru.

masa tu aku dah terlupa pasal Mr.Magoo dan perkara-perkara berbangkit kami.

larut malam, panggilan masuk.

berbicara panjang mengenai masalah yang aku ungkitkan hari itu. ya, aku suka mengungkit. tsk tsk.

rupa-rupanya Si Cantik pernah cuba untuk mengusya tentang aku melalui dia.

Si Cantik cemburu. ya, ini diakui sendiri olehnya pada Mr.Magoo.

Si Cantik cemburu pada aku.

huh?

apa sudah aku buat? bukan kah anda yang beria-ia untuk meninggalkannya? aku cuma cuba untuk membina kembali semangatnya yang hilang tatkala anda merabakkan hatinya yang sudah cedera itu.

tapi kenapa aku juga turut sama terasa tergugat dengan kehadiran entah keberapa kali anda di dalam hidupnya itu. kenapa aku juga tiba-tiba terasa goyah dengan gangguan kali ini?

cemburukah aku? ya, mungkin.

ah, aku sudah tidak tahu nak berbicara bagaimana lagi dengannya mengenai anda. aku sudah cuba sehabis mungkin untuk mengelak. dia juga begitu.

tapi hari itu perkara ini betul-betul timbul tanpa sedar.

dan akhirnya memberi impak pada aku dan dia. menyebabkan kami terpaksa berbuat sesuatu kerana aku berasa amat terganggu dengan perkara itu.

kasihan dia. terpaksa memujuk aku pulak. terpaksa sekali lagi menghadapi situasi itu entah untuk ke berapa kali.

tapi kali ini marahku agak lama. aku pun tak tahu mengapa. mungkin berasa terancam itu sangat terkesan pada jiwa aku.

aku memang tidak pernah, sesekali tidak akan pernah bersedia untuk berkongsi, cubaan untuk berkongsi, bergurau senda untuk berkongsi atau sebagainya yang berkaitan. aku tidak boleh.

aku dah terangkan semua ini kepada dia. dan aku harap dia faham.

oh, tidak.

kenapa perlu berbahas perkara peribadi di sini. ish.

maaf.

aku sudah cuba untuk sembunyikan perkara ini daripada umum. tapi oleh sebab aku tidak mampu, maka aku terpaksa luahkan juga di ruangan Si Hijau ini.

apa yang aku harapkan sekarang adalah hubungan yang baru nak dibangunkan ini akan dimajukan dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan untuk kestabilan masa akan datang.

sebab nampaknya serius itu hadir dalam hubungan kali ini. dan aku pun harap kekal itu wujud dalam kamus hidup aku untuk cubaan berani mati ini.

ah, mengarut sudah.

No comments: