Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, May 15, 2009

Mari Mengorat Jejantan

one fine day, i got sms.

"beb, kau dah ada bf belom? kalau belom, aku ada cadangan supaya laki minat kat kau"

lepas baca tu, aku terus curiga.

mamat ni apahal? sakit ke? lupa makan ubat ke? fius terbakar ke? aku konfuse.

terus aku reply.

"aku dah ada skandal. hahaha. kenapa? apa cadangan kau tu?"

"kau kuruskan badan. serius ramai laki minat kau"

cis. ke situ pulak dia.

aku mula gelak. sambil balas dengan harapan yang berkembang. bajet ada orang suka aku la. hahah.

"kau kenapa? ada kawan kau tengah tengok gambar aku ke? then dia cakap dia suka aku. tapi akan lebih suka aku kalau aku kurus ke? macam tu? haha."

"bukan ada orang suka kat kau. tapi bagi pandangan aku la. body kau kira mantap jugak, tapi kau berisi sikit. kalau kau kurus.. pehhh..."

masa baca sms tu, aku dah tak boleh tahan. gelak sorang-sorang dekat tandas awam.

tapi, aku taknak mengaku kalah lagi. sebab masih pelik dan konfuse. kenapa dia mesti bangkitkan hal ni tiba-tiba.

"kau ni kenapa weh? kau tengah tengok gambar aku eh?"

"aku mana ada gambar kau. takkan la aku tak ingat macamana rupa kau"

hahah. aku gelak lagi. rasa macam nak gelak guling-guling.

tapi aku dekat tempat awam masa tu. silap haribulan orang ingat aku kurang siuman pulak.

sebab taknak panjangkan cerita.

"aku memang nak kurus. tapi tu lah. godaan kuat. hahaha"

tapi dia reply dengan jawapan yang sangat menarik pulak.

"yela kau godaan kuat. kalau kau kurus bukan setakat laki lain, aku sendiri yang mengorat kau. wakaka"

cis. ni sesi luahan perasaan dalam diam ke. heh.

aku tak mengalah. terus jawab.

"kau memang. aku dah agak dah. hahaha. ok. aku akan berusaha untuk kurus lepas ni. haha."

jadi, mari la menolong aku untuk kurus. sila lampirkan cadangan anda di muka surat sebelah. eh, di ruangan komen.

sebenarnya, kejadian sms ini berlaku semasa aku sedang berskandal dengan Mr.Magoo di jalanan. beliau pun turut sama bergelak ketawa selepas aku tunjukkan sms-kawan-prihatin aku ni.

kemudian, beliau keluarkan kenyataan bawahasanya aku sekarang sudah ok. dia sudah suka. sempurna pada mata dia. wink wink.

jadi aku punya azam tiba-tiba luntur sekejap. hehehe.

tapi jangan risau. aku akan tetap cuba kurangkan nafsu makan itu. sebab aku sendiri pun rasa dah macam makin mengembang je.

tambah pulak gigi bongsu dah tumbuh. makna nya aku takkan tinggi lagi. tapi kalau jadi lagi tebal mungkin lah. tsk tsk.

ok, jadi mari menguruskan badan biar sihat dan kuat.

No comments: