Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, May 14, 2009

Life Is Pain

hari ini aku isytiharkan otak aku dah pulih 99%.

kesan daripada ubat antibiotik, panadol dan ubat batuk yang mahal itu. aku sudah hampir sihat sepenuhnya. terima kasih kepada doktor yang merawat aku.

ya, aku demam lagi.

untuk kesekian kalinya dalam bulan ni. kerap sakit eh aku?

tapi ada je satu kali tu, aku buat-buat sakit.

dua hari lepas tu, aku memang jatuh sakit. real punya. itu la padahnya berbohong pada Si Cekgu. hahah.

ampun, lepas ni aku buat lagi.

sekarang cuma tinggal kesan batuk je la 1% lagi. tak hilang-hilang jugak. aku tak berpantang sangat ais. memang la susah nak baik. walaupun ubat batuk dah nak habis aku telan, tak sampai seminggu habis sebotol.

aku kagum pada diri sendiri.

aku sangat suka ubat batuk, ok. senang buat aku tidur tanpa kena lapangkan fikiran dulu.

oh, aku sebenarnya tak ada benda lagi nak update.

memang la ada cerita hot, pahit masam manis yang nak aku update. tapi entri lain ya. sekarang aku cuma nak kurangkan ketegangan mengedit paper je ni. mengantuk pun ada.

tu yang aku menyinggah kejap tu. lagipun dah lama tak menjenguk Si Hijau ni. kesian dia. makin hijau aku tengok. tsk tsk. maaf ya sayang.

tadi makan nasi lemak. sikit je, tak banyak mana pun.

aku sekarang punya masalah nak makan dengan laju. pasal gigi bongsu baru tumbuh. sakit gila sampai demam 4 hari.

tu la punca aku demam kot. selain daripada penangan intebiu [cerita lain] hari itu. tak habis lagi kesan parut calar balar dalam hati, minda dan perasaan aku ini. cewah.

tapi serius. aku memang down lepas tu.

so, sekarang aku perlu sedikit masa untuk muhasabah diri jap. betulkan mana salah. baikkan mana yang bengkok. dan cuba cari matlamat. bunyi macam susah je kan. tapi itu lah.

life is such a pain.

damn.

No comments: