Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, May 29, 2009

Jangan Melawan Arus

aku dah tak menulis malam-malam sekarang.

sebab malam-malamku diisi dengan perkara yang lagi tidak berfaedah tapi mengambil masa. makanya aku tidak sempat untuk meluangkan waktu ku di sini.

biasanya aku akan keluar menghirup udara segar malam sehingga pagi. seterusnya menyebabkan aku lambat sedar diri keesokan harinya.

kadang-kadang masa ku hanya dihabiskan dengan melayari website entah-apa-apa-aku-pun-tak-tahu dan memakan waktu sehingga masa tidurku sampai.

kadang-kadang juga aku akan menonton segala cerita yang dimuatturun dan menyemakkan Si Lappy. aku sengaja habiskan tengok untuk aku delete kemudian hari di samping dapat melapangkan kembali memori Si Lappy dan mengurangkan tahap kesengalan beliau.

begitulah malam-malam ku dihabiskan.

selalunya dengan pilihan yang pertama. tu pun semasa hangat bercinta. cewah. sekarang dah macam suam-suam kuku je.

aku pun macam malas, dan dia pun macam sibuk.

hari pun dah lewat malam.

selamat tidur semua. jangan melawan arus. malam diciptakan untuk waktu rehatkan badan. eceh.

No comments: