Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, May 26, 2009

Azab Yang Panjang

dalam masa sebulan, aku dah berjaya dijangkiti demam sebanyak 2 kali dengan kadar selama 4 hari. huhuh. sangat kurang antibodi rupanya aku ni.

baru je baik seminggu, dah kena hinggap lagi.

demam kedua lebih teruk. sebab aku muntah. jadi aku tak boleh makan. sebab aku tak suka bila aku muntah even selepas muntah aku akan rasa sangat lega sebab baru je lepas dari satu seksaan dan terus dapat tidur. aku tak boleh nak makan sedikit walaupun sekadar nak mengalas perut. sadis betul lah.

apa yang aku makan cuma coklat je. tu pun sebagai psikologi kat otak untuk cakap kat perut yang ia sudah diisi. makanya aku sudah boleh makan ubat. huhu.

bilik aku masa tu dah jadi macam tongkang pecah. kejap je bakul-baju-dah-pakai dah penuh. walaupun apa aku buat hanya lah berbaring dan basahkan kepala dengan tuala lembap. sudahnya bantal aku sekarang pun dah jadi keras akibat lembap beberapa hari.

lepas aku dah elok sikit masa 3rd day tu, baru lah aku kutip-kutip semua baju masuk dalam bakul-baju-dah-pakai. keluarkan baldi yang ada lagi suku air. ya, aku masukkan baldi berisi separuh air panas dan paip kemudian letak sebelah katil. senang aku nak basahkan muka dan kepala bila aku rasa macam dah sangat berasap.

sebab demam aku ni demam 2 kepala. saja-saja je aku taruk nama tu. sebab kondisi aku masa demam tu. kadang-kadang demam aku ni buatkan aku menggigil-gigil kesejukan. kadang-kadang buat aku macam cacing kepanasan. kesian dekat kepala otak aku nak bezakan mana satu. huhuh.

sampaikan aku terbawa-bawa imaginasi bahawa ada Si Sejuk dan Si Panas yang bergaduh-gaduh berebut untuk menguasai badan aku. hohoho. dahsyatnya penangan demam versi kedua ni. buat aku jadi tak betul, sampai satu tahap aku fikir nak minum clorox sebab dah tak tahan sangat dengan denyut-denyut kat kepala.

macam tu rupanya tekanan pada orang yang dah kurang waras seterusnya membawa ke syurga, eh neraka. huhuhu. aku cuma berani fikir je. tak boleh buat sebab tak larat nak bangun pun. aku cuma gagahkan diri nak ke toilet je, sebab takkan nak membuang pun dalam bilik kan. banyak kerja la pulak nanti.

aku cuma hampir-hampir ok bila rakan hosmet mencadangkan untuk menghantar aku ke hospital. ya, aku memang offerkan diri nak masuk wad pun. tapi pada mulanya aku tak berharap pun dekat rakan hosmet sebab nampak macam diorang pun tak rasa aku kes berat sangat kot.

entah lah.

lagipun aku memang duk tunggu Mr.Magoo untuk bawak aku pergi. masa tu rasa macam dah takde sapa lah. ada dia je. huhu. oh ye, ada sorang lagi. Si Ibu Mengandung. tapi dia offer ke pusat kesihatan swasta. taubat aku dah taknak pergi. sekali je charge hampir seratus. saya orang yang tidak mampu, ok.

tapi bila tiba-tiba rakan hosmet bercadang nak bawak ke hospital, serta merta ada sedikit psikologi di situ. aku terasa macam diambil berat. cewah. terus rasa demam nak kebah tu meningkat perlahan-lahan selari dengan ubat yang aku baru je ambik sebelum tu.

sampai di hospital je, suhu badan aku terus jadi 37degree. memang tahap normal dan aku kelihatan seperti orang baru lepas work out. baju basah dan peluh yang mengalir-alir keluar. aku pun terus terasa sihat. cuma yang perlu diberi perhatian lagi sakit kepala aje yang kadang-kadang buat aku pusing tiba-tiba.

jadi aku terus ajak rakan-rakan subahat untuk pulang sebelum mereka sempat mengusya mana-mana bayi cantik dalam hospital tu. tambah pulak dengan pegawai perubatan yang aku dah jumpa malam tu. asyik macam nak menyindir-nyindir aku je. aku terus tawar hati dengan hospital itu.

apa yang betul-betul nak masa tu adalah landing di dalam Bilik Gelap yang dah berstatus tongkang pecah. aku nak rehat dan aku yakin esok aku akan bertambah sihat. cukuplah dengan psikologi bahawasanya masih ada yang mengambil berat pasal aku, cukup untuk jadi ubat. cewah. terima kasih kawan.

malam tu aku masih berusaha dengan keras untuk tidur.

tapi esoknya aku dah makin ok, sudah boleh menonton tv dengan kepala separa pusing. tapi malam tu aku dah boleh keluar jumpa Mr.Magoo dah. hehe. anggap la macam vitamin untuk bertambah sihat. wink wink.

begitu lah ceritanya yang sangat panjang dan lebar.

so, here i am right now. dah makin sihat tapi masih berhati-hati dengan setiap langkah aku. aku tak mahu demam lagi. sangat seksa dan tidak selesa dengan fikiran yang bercelaru dan badan yang lemah.

aku cuma nak sampaikan kredit to my hosmets yang berusaha membawa aku ke hospital, thanks so much. kepada Mr.Magoo, terima kasih cinta. hahah. kepada Si Ibu Mengandung, tenkiu sebab taking care akan daku. huhu.

jasa kalian ku kenang.

dan off course tak lupa pada Si Ayah, Si Emak, Si Satu dan Si Dua yang juga mengambil berat. saya cinta kalian.

No comments: