Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, April 30, 2009

Mari Semakkan Bilik Anda

semalam Ops Menyemakkan Bilik telah berjaya dijalankan dengan lancar hasil bantuan 2 rakan iaitu Si Kaunselor dan Encik Arip.

mula-mula tu konpius jugak. sebab nak datang tiba-tiba. dan kawan yang menjual Barang-Barang Semak itu dah selamat pulang ke kampung halaman. jadi aku kena berurusan dengan rakan rumah nya pulak. adei.

so, aku pun bermesej-mesejan dengan rakan rumah kepada kawan itu. nasib baik ok je.

dalam pukul 2215, aku bertolak dari rumah. Si Kaunselor pick me up. hehe. Encik Arip pulak dah tunggu di persimpangan dilema dekat dengan area rumah kawan aku tu.

angkut punya angkut macam orang menyamun pun ada. sebab duit tak bayar lagi. heheh.

tak ada lah banyak benda pun. katil, meja sudut dengan almari je. oh, campur sekali dengan rak yang aku ambil daripada Si Rumet.

maaf ye Si Rumet. bukan nak bersikap buruk siku. tapi, err.. paham-paham aje la ye. hehe.

Encik Arip ragu-ragu samada aku boleh gunakan katil tu atau tak. huhu. kejam. sebab katil besi yang nipis itu. tapi aku rasa kukuh la jugak. hope so.

sampai aje kat rumah terus pasang katil. excited punya pasal. aku pakai lesung batu nak kemaskan bahagian palang tu.

alamak, dah makin sempit pulak bilik aku. huhu. tapi takpe lah. asalkan cukup lengkap. aku pun tak pasti kenapa aku nak sangat punya katil. entah lah.

semalam sempat pasang katil je lah. kemudian masukkan kotak-kotak bawah katil tu. yang lain belum sempat nak kemas. sebab tiba-tiba aku rindu. hahah.

jadi aku ketemu dengan Mr.Magoo sekejap.

so, sambung malam ni la Ops Menyemakkan Bilik itu. lagipun esok kan cuti. boleh la nak menyemak selagi boleh.

sekian, laporan hari ini. dari aku yang kebosanan di Lab.

oh, sebelum aku terlupa. thanks to Si Kaunselor, Encik Arip, Si Kawan Praktikal, Si Rumet.

Thursday, April 23, 2009

Kisah #1

Mari bercerita.

aku akan menghadiri satu persidangan by the end of June. jadi urusan ke luar negara semua harus diuruskan oleh diri sendiri. tapi nasib aku baik. sebab aku akan ditemani oleh Merah-Si-Ibu-Mengandung. huhuh.

urusan pertama aku?

mestilah buat passport. aku tak pernah ke luar negara. jadi ini lah kali pertamanya aku buat benda alah ni. ok, done! burn duit. hoho.

perkara kedua?

selesaikan kelulusan untuk ke luar negara daripada pihak atasan. uish. sangat makan masa yang panjang. sekarang masih lagi menunggu surat pertama. masih perlu lalui pelbagai saringan lagi.

ketiga?

aku harus uruskan perkara berbangkit mengenai persidangan ni. contohnya macam yuran, tiket, bajet, dan paling penting paper yang hendak dibentangkan.

yuran aku baru je bayar last 2 days. sekarang tunggu masa je samada bankdraft aku tu sampai ke tidak kat tempat yang sepatutnya.

tiket masih belum diuruskan. sebab aku nak kena makesure tarikh untuk aku berada di sana. bukan nya aku akan habiskan satu minggu di sana. ingat motif Si Cekgu - Berjimat Selagi Boleh. huhuh.

bajet aku dah dikira-kira. sudah dimasukkan dalam borang claim. hoho. awal kan? tapi sebab aku tahu kesusahan untuk mendapat balik duit yang kita dahulukan. alah, protokol kan. tsk tsk.

paper pulak masih dalam perjalanan. heheh. sebabnya aku masih dalam peringkat membuat analisis. kan aritu aku ada mention yang mesin rosak dalam entri ini.

kenapa aku catatkan semua di sini pada hari ini?

sebab aku tiba-tiba blur. terasa aku punya kehidupan sekarang sangat tunggang terbalik. ulang taip. sangat. sangat tunggang terbalik. tsk tsk.

dengan harapan tulisan ini akan dapat mengembalikan aku pada landasan yang benar iaitu menjadi orang yang rajin dan well planned - seperti kata Si Cekgu. hoho.

Sunday, April 19, 2009

Selamat Menggodam

semalam aku dah ada update. tapi disebabkan oleh kesengalan yang melanda terhadap talian internet kat rumah aku ni, maka ia tersimpan di dalam draft sahaja.

walaupun aku punya masa untuk update di kemudian hari, tapi aku sudah tidak punya mood yang sama.

semua ini salah siapa?

hah, fikir la sendiri. malas nak tuding jari.

apa-apa pun aku hanya nak ucapkan selamat menempuh alam peperiksaan buat kawan-kawan dan teman-teman yang akan masuk dewan peperiksaan esok dan hari seterusnya.

selamat menjawab soalan. heheh.

Saturday, April 18, 2009

Adakah Ini Satu Petanda?

tadi pagi, semasa masih bersuka ria di jalanan, aku tertidur di dalam kereta.

kemudian, aku sedar kereta menuju masuk ke satu tempat seperti perindustrian sederhana. entah kenapa, hati aku kuat mengatakan yang industri ini adalah berkaitan dengan keropok lekor. hahah.

kami masuk melalui satu lorong yang panjang dengan pintu gerbang yang besar dan cantik. dan kira-kira setiap 1km perjalanan, lorong itu akan berakhir dan dimulakan dengan pintu gerbang baru. di mana pintu gerbang dihiasi dengan nama adik-beradiknya, yang pada asalnya aku sendiri pun tidak tahu. teka aje.

oleh sebab dia adalah anak sulung, jadi lorong untuknya terletak paling hujung.

sesampai saja di rumahnya, dia keluar untuk mendapatkan sesuatu di dalam rumah. meninggalkan aku sekejap di dalam kereta. aku cuma membiarkan.

tiba-tiba aku terdengar suara kekalutan dari luar. aku kira orang-orang rumahnya menghalangnya balik dengan cepat kot. entah lah.

tapi sebaik sahaja aku menghulurkan kepala ku ke luar, aku terkujat.

aku ternampak ada seekor ular sedang bergulung dekat sebelah kereta itu. ular tu sangat la besar dan tiba-tiba kepala dia naik tinggi menghala ke arah aku.

aku terus merapatkan tingkap kereta. tapi entah macamana kepala ular tu macam boleh je nak masuk, padahal sepatutnya tak muat sebab dengan badannya yang sangat besar itu, sudah tentulah kepala nya juga sangat besar.

dan nak jadikan cerita lebih tragis, tingkap kereta pulak tiba-tiba rasa macam slow je nak naik. ish.

aku dah makin takut. berdebar-debar tak usah nak cakap lah. rasa macam dah hujung nyawa je masa tu. dan aku cuma boleh mengharap dia akan keluar dari rumahnya dan datang mendapatkan aku.

ya, dia memang betul datang dan terus menggoyang-goyangkan badan aku.

aku terjaga.

ish. mimpi rupanya.

tapi memang seram lah. sebab aku masa tu pun tengah tidur dalam kereta yang sama.

ah, aku anggap je macam mimpi itu mainan tidur. aku tak bagitahu dia mengenai mimpi aku tu masa tu. sebab aku sendiri sedang cuba untuk membetulkan kepala otak aku yang tengah sakit dan terasa psiko dengan mimpi tersebut.

aku dah lama tak mimpi mengarut-ngarut dan ganas sebegitu rupa. huhu.

seram.

paling seram aku mimpi bila kena tembak. bila aku bangun pagi, bahu aku tempat-kena-tembak tu masih terasa panas dan sakit. seolah-olah apa yang berlaku semalam dalam mimpi tu benar-benar terjadi cuma tiada luka fizikal sahaja.

Wednesday, April 15, 2009

Terkini dan Tidak Sensasi

tidak punya apa-apa perkembangan yang selari dan wajar yang mampu untuk aku catatkan disini.

kenapa?

sebab aku sendiri sudah kehabisan waktu lapang sekarang.

kenapa?

sebab masa yang tidak terurus.

kenapa?

sebab aku ada kisah baru.

kisah apa?

aku taknak cerita dulu.

kenapa?

sebab aku belum yakin.

Monday, April 13, 2009

Terbantut

banyak benda mahu aku tulis. mahu aku pamer. mahu aku kongsi. mahu aku papar.

tapi, apakan daya.

aku hanya bergantung pada talian internet yang maha lembab. kalau dilayankan kerenah nya, memang boleh naik marah. huhu.

hidup aku tidak ceria lagi tanpa internet. tsk tsk.

terbantut sudah.

Wednesday, April 8, 2009

Breakdown

semalam aku pulang. terus bertolak ke Serdang untuk proses analisis Si Sampel ditemani Mr. Magoo. walaupun beliau tiada kaitan.

saja dan sengaja.

aku memang suka menyusahkan orang ramai. dan menurut kata Si Pembantu Tidak Rasmi, aku ni manja.

err, ok. aku terima.

malangnya, Si Sampel tidak dapat dianalisis dengan jayanya. mesin telah breakdown secara tiba-tiba.

aku pulang dengan hampa dan mengantuk yang amat.

tambahan pula aku tidak biasa dengan tempat itu. keseorangan pulak. dengan suhu yang sangat dingin. menambah rempah rasa pada perihal mengantuk aku.

bukan meminta dilayan bak puteri raja, tapi cukup sekadar seorang tetamu. sekurang-kurangnya inform la apa-apa yang jadi atau yang boleh jadi atau yang tak akan mungkin jadi.

maka aku dapat jimatkan masa dan tenaga.

dan, aku pulang dengan janji dan harapan daripada pihak berkaitan.

aku akan dihubungi kemudian. apabila mesin sudah sihat walafiat. semoga ia jadi kenyataan.

Thursday, April 2, 2009

Pulang Ke Pangkal Jalan

esok pagi aku akan berangkat pulang ke kampung halaman.

sudah beberapa bulan memendam rindu.

akhirnya dapat juga aku ketemu.

aku pulang awal minggu hadapan.

buat-buat cuti sebab Si Cekgu tak ada.