Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, March 27, 2009

Terjah : Mari Menuntut Hak #2

Isnin.

'hello, saya nak tanya pasal gaji saya'

'sekejap ya. nombor matrik berapa?'

'A12345'

'sekejap ya'

'ok, cek dah hampir siap. boleh ambil dalam minggu ni'

'oh, ye ke? hari apa?'

'mungkin hujung minggu'

'cek untuk berapa bulan?'

'bulan 1 dan 2'

'ok'

'hari khamis awak call balik'

'ok, thank you'

*senyum*


Selasa.

'hello, nak tanya pasal gaji saya'

'nombor matrik?'

'A12345'

'hmm. belum ada dalam sistem la'

'em, bila boleh masuk dalam sistem?'

'tu saya tak tahu. awak kena contact dengan Encik Penjaga Gaji'

'ok lah. terima kasih'

*buat muka ketat*


Khamis.

'hello, saya nak tanya pasal gaji saya'

'nombor matrik?'

'A12345'

'ok. dah siap. boleh datang ambil cek'

'bila boleh ambil?'

'esok'

'esok pagi?'

'esok petang. lepas solat Jumaat'

'oh. ok. terima kasih. ambil dekat kaunter dekat bawah tu ye?'

'dekat atas'

'oh, kaunter kewangan tu. ok. thank you'


Jumaat.

'saya nak ambil cek gaji'

'nombor matrik?'

'A12345'

'em, tiada dalam sistem lagi'

'semalam saya called cakap dah ada'

'em, tiada dalam sistem lagi'

'saya called hari isnin cakap cek akan siap hari ini'

'em, tiada dalam sistem lagi'

'hari isnin saya called. hari selasa saya called. semalam saya called. cakap suruh ambil hari ini. petang. lepas solat Jumaat'

'em, tiada dalam sistem lagi'

'hmm. ok, bila boleh siap?'

'minggu depan'

'bila? hari jumaat jugak?'

'awal minggu. isnin atau selasa'

'ok'

'called dulu sebelum datang'

'yelah'

whattheF. sengal. aku tunggu 3 bulan dah. huh.

No comments: