Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, March 3, 2009

Bawa Daku Pulang Ke Pangkal Jalan

cuba mengepost dari tadi. tapi tak berjaya. adakah sudah dibanned? haih. ngengada la tu.

eh eh. boleh save pulak.

aku tadi sebenarnya nak mengepost lagu. mungkin sebab tak dibenarkan kot. dalam daerah tempat pengajian ini.

entah lah. aku pun dah naik malas. disertakan pulak dengan proses Mari Mengira Band Gap Energy yang sungguh pening.

percayalah, memang pening.

walaupun aku dah berkali-kali buat. dah berkali-kali kira. tapi mesti formula aku akan berubah mengikut masa dan keadaan. aku pun tidak pasti mengapa. oleh sebab itu lah, pening aku pun bertambah berkali ganda.

oh ye, ini entri tiada tujuan.
merapu perkara bukan-bukan.
sebab aku sedang tunggu seorang rakan.
untuk membawa aku pulang.

sebab hari ini hujan.
lebat bukan sembarangan.
guruh berdentum dentam.
payung aku pulak ada orang pinjam.

jadi aku datang tanpa bekalan.
terpaksa mintak tolong kawan.
semoga dia datang.
seperti yang telah dijanjikan.

No comments: