Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, March 12, 2009

Ralat #7

semalam turn aku untuk masak. aku dan Si Beyonceet.

masa sedang seronok menambah segala perisa ke dalam periuk, tiba-tiba api padam. ah, sudah. nak kena tukar tong gas lah pulak.

jadi, aku dan Si Beyonceet terus bersiap ala kamdar dan turun ke bumi. eh eh silap, turun ke kedai berhampiran dengan tujuan untuk membeli tong gas baru.

aku dan Si Beyonceet secara bergotong royong dan 'bermuafakat membawa berkat' telah berusaha untuk menjayakan projek Mari Menukar Tong Gas Anda.

di masa yang sama juga atas permintaan Si Gagah, kami lakukan juga aktiviti sampingan iaitu Mari Mengosongkan Tong Sampah Rumah.

perjalanan membawa turun tong gas dari rumah ke kereta adalah merupakan pengalaman yang sangat mencabar.

jadi, sebagai salah satu cara untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan dan menjanjikan aksi yang menarik, kami menghadiahkan diri sendiri dengan aiskrim Tropicana sebelum meneruskan perjalanan pulang. sebagai booster mungkin.

dan seperti yang disangkakan, perjalanan membawa naik tong gas dari kereta ke rumah adalah 10 kali lebih mencabar dengan rintangan-rintangan yang tidak dapat digambarkan.

namun dengan berkat slogan, apa-yang-penting-kerjasama, maka nya kerja kami siap selepas beberapa ketika.

dan hasil nya, Kari Ayam Kuning menjadi santapan ahli tropika semalam.

aku mula dapat merasakan penangan membuat-kerja-berat-tanpa-warming-up dengan tanda-tanda kecil seperti tangan yang menggeletar. petanda itu menunjukkan hari esok mungkin lebih parah.

ya, dan sangkaan aku sentiasa betul.

tangan aku tidak dapat berfungsi dengan baik sejak malam semalam. aku tidak lagi dapat rasakan nikmat untuk meluruskan tangan dengan betul. sampai sekarang. tsk tsk.

sangat sakit, ok. dan juga sangat seksa untuk melakukan kerja-kerja seharian.

maka nya, aku isytiharkan hari ini hari cuti. heheh.

No comments: