Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, March 1, 2009

Mari Buat Wayang Dalam Pawagam

semalam pergi membuang duit lagi. seperti biasa, ke arah wayang. ish ish. tak pandai berjimat dan tak reti menolak pelawaan kawan adalah satu masalah besar apabila berada dalam tragedi kewangan sempit.

duduk seat ketiga dari depan sangat menguji minda dan pandangan mata. aku terpaksa menggunakan kaedah manual dengan kedua tangan untuk mengecilkan skop pemandangan. mata tertipu. tidak tahu nak fokus bahagian mana.

sesekali aku mengomel-ngomel. disambut oleh Si Gagah. kemudian kami gelak kecil bajet comel. kadang-kadang memuji. kadang-kadang mengeji.

tiba-tiba. satu kepala dengan rambut pendek muncul dari kiri.

'syyyyhhhhhh'

5 harakat panjang dengungannya.

nasib baik lah aku ni kuat semangat. kalau tidak, aku akan bereaksi ala-ala makcik-tua-yang-kena-ragut, mungkin aku dah hentak kepala yang muncul tiba-tiba itu dengan beg pinjaman Si Gagah.

aku ingatkan tak ada orang. maklum lah. aku nampak bahagian bontotnya saja. badannya sudah dalam pelukan Si Jantan. ish ish.

tapi aku masih buat tak reti. aku masih memuji . masih mengeji. memuji Kristin Kreuk. dan mengeji *Kristin Kereyok di sebelah ni.

tumpuan mula terganggu dengan wayang orang sebelah. tadi tak terasa sangat. sebab aku kira seat sebelah kosong. atau separuh kosong. kan dah cakap. nampak bontot aje. ish ish.

tiba-tiba aku rasa ada sesuatu dibaling ke arah aku. automatik, tangan aku terus membuang benda tersebut yang aku fikir 'benda terbang' atau yang sama spesies dengannya. tapi bila fikir-fikir balik, takkan lah benda terbang wujud dalam pawagam. rasa-rasa nya belum pernah.

entahlah. ada juga kemungkinan benda terbang itu adalah corn dari Si Kereyok di sebelah atau Si Bongkok dari atas. aku tidak pasti.

apa-apa pun, aku masih buat bodoh. masih memuji Kristin Kreuk. masih mengeji Kristin Kereyok ditambah dengan Si Bongkok.

kata Si Gagah.

'kita orang berpelajaran. kita tak akan terganggu dengan makhluk-makhluk sebegitu rupa.'

ayat aku.

'bajet bagus sangat. kau berpeluk-peluk dengan laki kau tu, ada aku kisah ke? get a room ah.'



*reyok dalam bahasa kampung = senget, bengkok. sama dengan badan Si Kereyok yang senget dan bengkok sebab membontotkan aku dan memeluk Si Jantan.

No comments: