Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, March 20, 2009

My Private Space Is Mine, I'm Not Sharing With You

U : 'ui, kau ada kat rumah tak?'

R : 'ada, kenapa?'

U : 'aku nak datang ni'

huh, kenapa pulak minah ni? kenapa nak datang tiba-tiba. kan dah janji jumpa esok je?

aku mula beri helah.

R : 'aku nak keluar kot kejap lagi'

U : 'dengan siapa? pergi mana?'

ai, sibuk pulak nak tahu. dengan siapa-siapa saja lah. taknak bagitahu kau.

R : 'dengan kawan. keluar jalan-jalan'

dia masih tak mahu mengalah.

U : 'takpe, aku datang jumpa kau kejap je'

hmm. macam kena setuju je lah. takkan nak menolak pulak. rude nama nya tu. walaupun aku tahu dia datang untuk bermalam.

U : 'kau keluar jap. aku lupa rumah kau yang mana'

aku pun terus keluar menyambut tetamu dan membawa masuk ke Bilik Gelap ku.

pung pang pung pang. bercerita segala. dari hal skandal pertama ke skandal yang lain.

U : 'kau nak keluar pukul berapa?'

R : 'kejap lagi. entah, aku pun tak sure jadi ke tak'

bersambung pung pang pung pang lagi. aku mula buat muka bosan. dan juga bimbang. berfikir macamana aku nak keluar dengan ada nya Si Tetamu di rumah? takkan nak tinggalkan aje dia? tak baik lah pulak.

R : 'kau tidur je lah sini time aku keluar nanti'

aku beri cadangan yang kurang bernas. dengan harapan dia akan memakan umpan aku. sambil itu tangannya ligat bermain sms. dengan skandal mungkin. kemudian dia keluarkan cadangan. yang juga kurang bernas.

U : 'ok, aku keluar jugak lah. tapi nanti kalau kau dah balik, kau sms aku'

R : 'ok, i will'

aku ingatkan dia nak terus balik. hish. kenapa lah kau tak balik je kat rumah mak ayah kau? apa yang susah sangat?

kemudian mula bertanya soalan-soalan pada pendapat aku menunjukkan dia masih tidak mahu mengalah. masih nak bermalam di rumah aku.

U : 'kau kalau keluar, selalu balik pukul berapa?'

R : 'lewat'

U : 'ok la, nanti balik sama-sama lah'

aku pulak masih cuba nak mematahkan segala dugaan dan cabaran yang mendatang. dengan pelbagai cara halus yang aku dapat fikirkan dalam masa singkat itu.

R : 'tapi aku balik lewat'

U : 'lewat macamana?'

duh.

R : 'lewat lah. biasa awal pagi'

U : 'hmm. takpe lah. pandai-pandai la aku. balik lewat jugak. hehe'

haih. masih tidak mahu mengalah nampaknya.

aku mencuba taktik lain.

R : 'kenapa kau tak balik je rumah famili kau?'

U : 'aku tak nak'

hish. memang buat aku geram betul ni.

U : 'ok, aku keluar dulu. nanti jangan lupa sms aku tau, kalau kau keluar'

R : 'ya, baiklah'

sempat beri pesanan penaja.

U : 'tapi aku harap sangat kau tak jadi keluar'

eh eh. boleh pulak buat doa macam tu. haish.

dan doa dia dimakbulkan. aku tak jadi keluar malam itu. membuatkan aku jadi bertambah tensi.

sudahnya, aku terus tidur tanpa menghantar sms pada dia. sampai pagi.

jam 0700. call dia masuk. aku tekan butang silence.

kemudian tukar mode ke mode senyap. dan teruskan tidur.

sekian. sila jangan ganggu kawasan peribadi saya secara mengejut lagi. saya tidak suka.

No comments: