Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, March 25, 2009

Mr. Magoo

tet tet.

sms masuk.

'B, ramai tanya aku ni. kau dengan Mr. Magoo ada apa-apa ke? tapi aku cakap je korang kawan. takkan dengan aku pun nak berahsia kot? aku pun main agak-agak je korang ada special relationship. kau suka Mr. Magoo ke?'

aku balas.

'ha. aku baru je nak tanya. siapa je yang tanya kau tu?'

'Si Chef, Si Com, Si Fun, Si Chub, Si Kuey, Si Mont, Si Siap. ah, semua kot. letih menjawab. hehe. diorang ok je. tak kisah pun.'

'aiks. apasal ek? aku nampak macam ada apa-apa ke?'

'huhu. tak tahu. korang berdua je kot. rapat. maybe diorang fikir macam tu.'

aku senyap. tak balas.

sms masuk lagi.

'apa status relationship kau sebenarnya dengan Mr.Magoo ni B?!!'

'hahah. apasal? ada orang suruh tanya ke?'

'aku sendiri yang nak tahu. takkan tak boleh kot. tak kecoh la. hehe.'

aku sms Mr. Magoo.

'Si Ungu tanya hubungan kita. nak jawab apa ni?'

'jawab je.'

'saya cakap, "tadi kitorang sayang-sayang. la ni dia majuk. kitorang berhenti sayang kejap sepuluh menit". ok x?'

dia terus call. said the message was funny.

aku sms Si Ungu.

'hehe. kami skandal cuma.'

No comments: