Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, March 6, 2009

Mari Meneka Umur Saya

minggu lepas aku dan Si Pembantu ke Mines. tujuan asal sebenarnya ke Uni berdekatan. untuk habiskan proses analisis Si Sampel Lama.

tapi, biasalah masih mahu menghiburkan diri. tak sedar diri berstatus misekin.

eh eh, aku sedar. Si Pembantu pun sedar. tapi saja nak habiskan masa di situ. lebih baik daripada habiskan masa di Lab. hohoh.

jalan punya jalan. setiap kedai aku masuk. terutama nya kedai kasut. sebab aku memang mencari-cari pelapik kaki yang baru. ada yang berkenan. tapi aku hanya 'chop' pakai mulut je dulu. nanti aku datang kemudian.

lepas tu, aku ada masuk satu kedai ni. non-malay of course. jual pakaian yang agak trendy. tapi tak kena dengan jiwa kami. mungkin agak berfesyen.

datang Si Salesgirl.

'adik beradik ke?'

dia cuba beramah mesra dengan pelanggan, mungkin.

aku yang malas nak berbasa-basi hanya geleng-geleng kepala.

dia tak putus asa.

'datang dari mana?'

'sini-sini jugak'

'oh, student ke?'

'ha`ah'

masa tu Si Pembantu dah jumpa satu baju yang berkenan di hati. jadi dia asyik membelek-belek baju tu. sekaligus menyebabkan aku je yang terpaksa layan Si Salesgirl ni.

truth to be told, aku jenis yang tak suka diekori, dimesrai atau bermasyarakat semasa membeli atau membelah. aku cari, aku pilih, aku bayar. kalau ada apa-apa yang tidak pasti, aku panggil, aku tanya. tu proses aku.

oleh sebab tu, aku agak menyampah dengan Si Salesgirl. dah lah tanya benda yang bukan-bukan. contohnya,

'u teka umur saya berapa?'

aku dan Si Pembantu saling pandang memandang. sambil buat muka pelik. sikit.

Si Pembantu kata,

'emm, above 20?'

aku kata,

'emm, 25 and above?'

riak muka dia bertukar. mungkin terkejut. kemudian dia cepat-cepat senyum. cover kot.

'memang orang selalu cakap macam tu. 20 and above'.

ok lah kalau macam tu. mungkin aku je lah yang tak pandai estimate umur orang. tambah dengan sikap aku yang tidak bermasyarakat. mungkin tu jawapan yang paling jujur yang boleh aku berikan. pada masa tersebut.

kemudian Si Salesgirl ke belakang. jumpa Si Salesgirl yang lain. buat-buat muka sikit. dan kawan-kawannya menjeling-jeling kami.

tahu lah aku. dia sebarkan berita ketuaannya-di-mata-aku kot masa tu.

kami langsung keluar selepas beberapa ketika. Si Pembantu ucap terima kasih. sebab terasa bersalah. salah ketika beri jawapan dalam program Mari Meneka Umur Saya.

bagi aku, lain kali jangan lah nak tanya. kalau tak nak dengar jawapan yang betul.

tapi macam kesian jugak. sebab hal umur ni perkara sensitif. terutama untuk kaum Hawa, samada Hawa asli atau tidak, original atau spicy.

oh ya, aku lupa. umur sebenar Si Salesgirl adalah 19.

No comments: