Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, March 15, 2009

Intisari Rancangan Hidup

aku sedang dalam mode malas. eh bukan. kurang rajin.

rasa macam aku punya pelbagai urusan yang patut aku selesaikan. secepat mungkin dan sedaya yang boleh. tapi tidak dapat aku uruskan lagi.

ok, mari aku senaraikan satu persatu kerja-kerja yang kononnya membuatkan aku berstatus 'busy'.
  • uruskan hal pinjaman kewangan - done.
  • uruskan kad bank - done.
  • uruskan elaun sara diri - not done.
  • siapkan paper untuk conference akan datang - not done.
  • siapkan analisis Si Sampel - half done.
itu saja lah kot, buat masa sekarang.

tapi aku utamakan urusan ke-3 tu. sebab rasa sangat tertekan minda dan jiwa raga bila hidup tidak punya kewangan yang stabil.

nak buat kerja pun tidak ada booster. apatah lagi nak ke Lab. ish ish.

jadi minggu depan, aku akan merajinkan diri untuk follow-up dengan bahagian kewangan yang menguruskan elaun aku at the first place.

mari kita sama-sama menunggu apakah jawapan nya.

harap dapat berita yang baik.

No comments: