Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, February 13, 2009

Rancangan Awal

yeay! dengan menggunakan rancangan yang ku kira agak hebat di mata diri sendiri, aku sekarang end up di rumah, lebih awal dari biasa.

tadi pagi aku bangun agak lambat, tapi tersedar dikejutkan oleh Si Baru [terima kasih] dan niat aku untuk menyambung tidur terganggu dengan bunyi-bunyian yang datang dari luar rumah. aku tak pasti sebelah atas atau sebelah bawah yang sangat berjaya mengganggu aku tidur.

aku bingkas bangun dan menuju ke bilik air. aku lihat Bilik Satu dan Bilik Dua sudah pun kosong. dalam erti kata lain, aku lah yang paling lambat bangun walaupun jam aku menunjukkan 0853 menandakan waktu yang agak awal untuk mulakan hari anda.

semasa mandi, aku yang telah dapat berfikir secara waras, mula mempersoalkan diri sendiri mengenai elaun bulanan aku yang sangat lambat untuk menjengah ke dalam akaun bank. aku yang telah lama hairan ini mula membuat andaian sendirian berhad di mana aku mula merasakan bahawa Si Cekgu yang menyimpan surat perlantikan aku dan keep it to herself because she wants to see my attitude first.

entah lah, aku ni kan kuat berprasangka buruk.

kemudian hati mula membebel-bebel perkara-perkara yang berkaitan susulan daripada andaian yang dibuat. entah betul entah tidak, tapi sekurang-kurangnya dapat mengisi masa terluang semasa mencuci muka dan menggosok gigi.

aku kemudiannya mendapat idea yang bernas tentang bagaimana untuk hadir ke lab hanya dalam masa yang singkat yakni dengan kata lainnya aku ingin pulang lebih awal apatah lagi hari ini adalah hari Jumaat di mana aku senantiasa akan berasa sepi dan sunyi kerana kaum Adam akan ke masjid pada waktu tengahari dan hanya akan muncul kembali pada waktu petang menjelma.

dalam masa yang sama aku ingin menunjukkan kepada Si Cekgu bahawasanya aku hadir pada hari ini, walaupun sekejap. jadi aku telah membuat perancangan dengan Si Pembantu Tidak Rasmi mengenai plan aku yang difikirkan ketika mandi tidak basah sebentar tadi.

aku sms Si Cekgu menyatakan bahawa aku secara rela hati ingin menghantar bungkusan yang ingin diposkan oleh beliau kepada tenaga pengajar di fakulti berlainan. jadi aku bergegas ke bilik Si Cekgu dan mengambil bungkusan tersebut sebaik sahaja turun daripada pengangkutan awam. aku juga terus mengirim sms kepada Si Pembantu Tidak Rasmi untuk menemani aku menghantar bungkusan tersebut dan sekaligus pergi membeli barang keperluan untuk eksperimen.

setelah tidak berjaya mengirimkan bungkusan itu kepada orang yang sepatutnya kerana beliau sedang mengajar, kami bergerak menuju ke pasaraya berdekatan untuk mencari barangan-keperluan-eksperimen, malang nasib kami, barangan-keperluan-eksperimen itu memerlukan masa kira-kira 3 minggu untuk disiapkan. kami kemudiannya sepakat membawa berkat untuk mendapatkan pandangan sisi daripada Si Cekgu terlebih dahulu kerana barangan-keperluan-eksperimen tersebut ternyata agak mahal dan melebihi bajet yang disediakan.

setelah menganggap misi yang dijalankan separuh selesai, kami secara automatik merayau-rayau tanpa hala tuju di dalam pasaraya tersebut mencari barang-barang yang cantik dan paling penting adalah harga yang rendah. maklum lah, kemelesetan ekonomi yang melanda menyebabkan kami terpaksa berhati-hati dalam memilih barang yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

selepas berpuas hati membelek-belek dan membelai-belai segala barangan yang diidamkan, kami berangkat pulang sama seperti kaum Adam yang baru pulang dari masjid. tapi tadi kelihatan agak ramai pemuda-pemuda yang aku kira tidak menjumpai jalan untuk ke masjid berhampiran, mereka lebih rela merewang-rewang di situ tanpa hala tuju walaupun mereka tahu tempat mereka pada waktu itu adalah di masjid mendirikan solat yang menjadi fardu ain kepada mereka hanya sekali dalam seminggu.

lantaran itu, aku berasa sangat kasihan kepada mereka dan aku berdoa semoga mereka ditunjukkan jalan yang benar. amin.

2 comments:

mrs.kingkong said...

study smart kwn..hehe..lengkpkan hala tuju..jeles ng u...huhu

Si Ralat said...

heheh. u pun boleh apa. mari study sama-sama. eceh. tapi i malas. adus.