Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, February 10, 2009

Talian Pagi

semalam aku berasa agak gembira dan terkejut kerana Si Baru mula bersuara setelah sekian lama menyepi diri, kira-kira 48 jam. tetapi suara Si Baru bukan seperti yang aku harapkan. kedengaran setiap bait-bait kata yang dilemparkan adalah sedikit pelat dan mempunyai slanga yang amat susah untuk aku pahami. ini membuatkan aku menjadi separa terkedu lantas aku bersedih kerana harapan tidak kesampaian.

jadi semalam aku berjaya mencuci mata dengan sangat bersih, dan terus terlena dengan kadar yang segera walaupun tidak nyenyak seperti biasa. malangnya sebelum sempat aku menghabiskan mimpi ngeri buat kali ketiga, aku dikejutkan dengan panggilan dari nombor peribadi yang sudah pasti aku tidak ketahui berasal usul dari mana.

lain yang ku harapkan, lain pula yang berjaya membuat panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi-itu. sebenarnya aku menunggu Si Baru. masih menunggu. tsk tsk.

kerana berasa terganggu dengan nyanyian Pitbull feat Lil Jon tersebut membuatkan aku terus menjawab panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi-itu. ah, dari rakan lama rupanya. aku segera berdiam diri, konon-konon macam tidak mendengar suara di hujung sana disebabkan oleh tahap penerimaan dan pemancaran yang sangat lemah. aku berdiam diri sehingga orang di hujung sana mengaku kalah dan memahami tindak tanduk dan alasan yang aku gunakan. aku kemudiannya hanya membiarkan sahaja panggilan-panggilan seterusnya tanpa jawapan.

selepas 3 panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi- itu dibiarkan tanpa dijawab, malah aku sempat untuk menukar mode kepada mode silent dengan harapan tidak akan terganggu lagi, ada sms masuk. mesti la dari orang yang membuat panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi-itu, dan beliau menuduh aku dengan melabelkan aku sebagai sombong.

aduh, sombongkah aku jika tidak mahu menjawab panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi-itu kerana aku mahu tidur, bangun awal dan mahu bersiap-siap ke lab lantas membuat eksperimen yang telah lama terbengkalai? sombongkah aku jika tidak menjawab panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi-itu kerana kepala berasa berat, mata berpinar-pinar disebabkan program Mari Membersih Mata semalam? sombongkah aku jika tidak menjawab panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi-itu sebab aku memang malas nak layan kamu? sebab kamu hanya ingin berborak dan mengganggu aku tidur semata-mata kamu terbangun lebih awal dari aku?

ah, lantak lah nak cakap apa pun.

aku jiwa kacau, ok? aku tak mahu diganggu, oleh sesiapa pun apatah lagi oleh mereka yang berpura-pura menjadi kawan. sila abaikan saya seperti yang biasa anda buat sebelum ini, please?

terima kasih.

pagi tadi selepas minda aku telah berjaya berfungsi dengan lebih baik, aku membalas sms semalam, err sms pagi tadi dengan mengatakan 'sori, aku tido lah'. tak kisah lah Si Pembuat panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi-itu memaafkan aku atau tidak. sekurang-kurangnya aku mencuba.

Malaysia boleh, Si Ralat juga pasti boleh.

*senyum paksa*

aku baru je check telefon tangan yang masih lagi dalam mode silent. terdapat lagi 3 panggilan tidak berjawab dan dari nombor peribadi. aku sangat yakin panggilan rindu tersebut datangnya dari Si Pembuat panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi-itu.

ish, malas lah. aku nak berseorangan tika ini. sila paham.

2 comments:

cik ani said...

bagaimana keadaan kamu sekarang ralat..means your status? i hope u can be the greatest patient person..

Si Ralat said...

syukur, keadaan kembali seperti sedia kala. aku masih punya teman. heheh. thanks.