Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, February 25, 2009

Hari Yang Panjang

pagi, dalam pukul 1015. sebaik saja aku pasang earphone pada handset, terdengar ringtone Si Cekgu.

aduh. mau apa pulak ni? bentak dalam hati.

sebab nya mood aku akan bertukar secara tiba-tiba sebaik saja dengar ringtone tu.

sebaik saja tengok nama dia yang naik.

nasib baik aku tak terlampau canggih nak letakkan muka Si Cekgu sekali. kalau tak, memang tak boleh tidur malam. haru betul.

kemudian Si Cekgu kept calling me. sampaikan aku nak dengar mp3 through handset pun tak lepas. asyik tersekat-sekat dan terpaksa menahan telinga mendengar ringtone khas itu berkali-kali.

sepanjang perjalanan. dari rumah ke bus stop. berbelas-belas call masuk dan diendahkan sebegitu rupa oleh aku. sebab aku tahu, apa yang ingin dikhabarkan oleh Si Cekgu mampu disampaikan even melalui sms.

ya, sangkaan aku betul.

'datang jumpa saya segera.. ada urgent'

dengan muka masam, aku membalas sms yang masuk. mencari ruang dan peluang antara panggilan rindu yang masuk secara bergilir-gilir antara talian Meksis dan Selkom.

'saya otw ni. nanti dah sampai saya pergi jumpa la'

panggilan terus dibuat tanpa henti. sangat konsisten Si Cekgu aku yang sorang ni. aku check handset buat kali ke-4. 8 misscalls di Meksis dan 5 misscalls di Selkom. wah, pencapaian yang menarik. even pakwe aku pun tak berusaha sampai macam tu.

aduh. harus lah aku jiwa kacau ni.

kemudian sms dari rakan-rakan pula masuk. ternyata Si Cekgu telah cuba menghubungi pelbagai talian lain juga. antara nya bertulis seperti berikut:

Si Rajin - 'Si Cekgu cari kamu. dia called tadi'

Si Pembantu Tidak Rasmi - 'Si Cekgu nak jumpa kamu sekarang. very important!'

sms dari Si Merah tak ada pulak. mungkin Si Cekgu tak kacau dia kot. kalau kena kacau jugak, aku minta ampun dan maaf la ye Si Merah, kerana ganggu honeymoon anda.

sebaik sampai di fakulti, aku terserempak dengan Si Cekgu yang tergesa-gesa ke tingkat atas. masih sempat berpesan untuk menunggu beliau di pejabat nya.

aku pula bergegas turun ke lab, kerana terlupa nak bawa thumbdrive pulak hari ini. menambahkan lagi keharuan aku pagi tadi.

dah masuk ke lab, semua orang mula pandang-pandang aku dengan pandangan hikmat maut jurusan ke empat belas. macam aku masuk bawak sebilah pedang samurai yang berlumuran darah dengan muka berparut aku. ish.

belum sempat duduk, Si Ceria datang dan menyampaikan pesan dari Si Cekgu.

'Ralat, Si Cekgu called banyak kali tadi, pesan kat awak suruh jumpa dia'

'err, ok'

aduh. perkataan 'banyak kali' itu ditekankan disertai dengan body languange yang boleh diterjemah sebagai

'pergi lah jumpa dia cepat-cepat. aku boring asyik nak kena angkat call dia je. huh'

dekat dalam lab pun Si Cekgu sudah ributkan ke? patut lah semua duk pandang semacam aje dari tadi. haih. macam artis baru masuk berita sebab kena tangkap khalwat la pulak.

tiba-tiba je telefon lab berdering. Si Ceria dah bagi isyarat mata suruh aku jawab. tu tanda nya dah banyak kali kot telefon tu berdering dari tadi. dan Si Ceria sudah malas nak mengangkat bontot dan berulang alik untuk menjawab telefon yang berdering dengan volume yang agak tinggi itu.

aku pun menonong dan terus menjawab. buat muka tak bersalah. jawab sepatah dua. dengar Si Cekgu membebel-bebel. aku jawab 'ya', 'ok', 'baiklah'. Si Cekgu pun macam tak reti nak marah lagi.

aku bergegas ke scene seterusnya iaitu bilik Si Cekgu.

Si Cekgu rupa-rupanya nak suruh edit paper-yang-dah-banyak-kali-kena-hantar-tapi-tak-lepas-lepas-jugak-untuk-masuk-journal yang aku hantar berkurun lalu. entah bila, aku pun sudah lupa.

lagipun aku bukannya editor sebenar, aku cuma diarahkan untuk mengedit sahaja. mengubah mana yang patut. dan data paper tu semua bukan aku yang punya. bukan aku yang usahakan.

so, how come? ish. mula rasa geram.

ingatkan apa la sangat yang urgent tadi. ada ular dalam bilik kah? ada results aku yang salah kah? ada co-supervisor nak jumpa kah?

rupa-rupanya nak suruh edit paper yang sendiri boleh buat, tapi saja nak minta tolong orang lain dengan alasan dia punya kerja lagi banyak.

padahal, sebaik sahaja aku on laptop, [aku dipaksa buat kerja di dalam bilik Si Cekgu, selama 2 jam sehingga paper itu betul-betul dibaiki dengan sempurna] boleh pulak Si Cekgu mengajak Si Pengganti keluar makan?

ish, ni yang buat aku tambah geram ni.

apa ni? cakap busy macam tak punya masa langsung untuk beristirehat, ada kerja banyak kononnya, tambah dengan pening lah apa lah. tapi senang lenang nak pergi makan. banyak pulak masa. aku pun belum makan lagi, ok?

lepas makan, terus serbu aku tanya dah siap ke belum. haih.

ingat senang ke nak edit semua graf tu dalam masa sejam? pening tau tak? tambah pulak aku lupa bawak thumbdrive yang ada data-data dari student-lama-yang-dah-berhenti-sebab-tak-tahan itu.

terpaksalah pohon jasa baik dari Si Pembantu untuk email pada aku. nasib baik ada internet.

kemudian, Si Cekgu keluar lagi ke fakulti lain bertanyakan tentang itu ini. dan sekali lagi, aku dikurung. tidak dibenarkan keluar.

banyak jugak masa Si Cekgu yang lapang aku tengok. tak ada pulak kerja yang bertimbun-timbun.
entah lah, mungkin aku yang tak paham kot.

setelah bertungkus lumus dengan segala daya yang ada, aku akhirnya berjaya mengedit keseluruhan paper itu dalam masa hampir 4 jam di dalam bilik kurungan itu berbekalkan gula-gula 2 biji dan bertemankan mp3 dari handset.

tapi walau apapun, aku kurang gemar dengan cara dididik sebegitu rupa. nak kena paksa-paksa. kena push-push. semua orang ada limit nya, ok?

aku rasa aku dah utarakan hal ini dulu. aku paham, dia orang atasan, aku orang bawahan. tapi cuba la hormat aku sikit. bukan lah suruh bagi sirih junjung ke apa ke.

aku dah cakap aku nak datang kan, dan aku memang akan datang pun. dah dalam bas kot. bukannya aku nak melarikan diri daripada dia. tunggu je lah. sudah-sudah lah push aku, call banyak-banyak kali. sangat macam budak-budak, ok?

lagipun benda bukan urgent sangat. cuma nak suruh edit paper je. boleh send paper tu via email kat aku. dan aku akan edit. bukan susah pun. tapi nak jugak bertentang mata dengan aku. aku tau, aku dirindui, tapi boleh tak cover sikit? ish ish.

nak sampaikan sesuatu benda kat aku, boleh sms je. aku akan baca. tak payah lah nak bazirkan tenaga dan masa untuk mendail nombor aku banyak kali. aku tak akan angkat sebab penat nak dengar benda remeh tapi boleh rosakkan mood aku. dan mood kamu juga akan rosak sebab membebel kenapa aku tak angkat dan sekian sekian.

kalau hantar sms, aku balas sms, kan senang? tak payah nak dengar suara amukan hikmat itu. kecuali kalau kredit tak ada. sms pun tak ada lah. tu aku tak boleh elak. maklum lah, elaun belum masuk. tsk tsk.

No comments: