Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, February 15, 2009

Hari Kekasih?

hari aku dimulakan dengan err, aku tak pasti dengan apa sebabnya aku tak pasti bilakah masa rasmi aku bangun tidur. tapi aku berkeras untuk membuka mata bila mana mendapat panggilan dari Si Suisse menyatakan bahawa ada seseorang akan datang ke rumah untuk membaiki sesuatu. aku fikir mungkin akan membaiki Bilik Air Dua kerana sudah lebih 2 minggu Bilik Air Dua tidak dikunjungi kecuali oleh pengguna ekstrem sahaja.

dengan mata terpisat-pisat dan otak separuh berfungsi dengan betul, aku terdengar bunyi ketukan dari luar. ah, kacau. terus aku tarik tuala kecil dan menghadap cermin, menggosok-gosok mata dan muka untuk menghilangkan tanda-tanda baru bangun tidur.

aku menuju ke arah pintu selepas yakin dengan penampilan aku sebagai anak-dara-baru-bangun-tidur-pada-kurang-lagi-setengah-jam-sebelum-tengahari. ish. nasib lah Si Pembaiki yang datang itu hanya berminat dengan bilik air.

"aku datang nak baiki tandas ni," Si Pembaiki berkata lalu terus meluru dengan penuh yakin menuju ke Bilik Air Satu.

"tapi bilik air yang rosak yang ni".

"tak, aku terima aduan air datang dari bilik air ini. orang bawah komplen".

Si Pembaiki meneliti keadaan Bilik Air Satu itu untuk beberapa ketika.

"nanti lepas makan aku datang balik. ada kat rumah kan?".

"err, ye, ye. so, sekarang boleh pakai ke bilik air ni?".

"boleh. boleh. nanti lepas aku simen, jangan pakai sampai kering simen tu. kalau tak sia-sia je kerja aku".

"ok, terima kasih".

jadi selepas itu, aku terus bersiram ala kamdar dan mengemas-ngemas rumah mana yang patut. aku juga serba salah untuk mengejutkan seorang lagi ahli rumah kerana aku yakin beliau tidak akan bangun walaupun selepas selesai kerja-kerja pembaikian dilakukan, and i was right. Si Pembaiki boleh datang ke rumah 3 kali tanpa berjaya mengejutkan ahli rumah tersebut.

aku yang kebosanan sambil menunggu kedatangan Si Pembaiki sempat menjalankan Ops 1: Mengosongkan Bakul Baju Kotor dan Ops 2: Mengemaskini Bilik Gelap dengan merasmikan penyapu baru. Operasi ini telah tertangguh selama beberapa minggu menyebabkan Bilik Gelap a.k.a Mini Pawagam ini agak berhabuk.

Si Pembaiki datang seperti yang dijanjikan dan menyimen Bilik Air Satu itu tanpa kehadiran kesan bunyi walau sedikit pun. mungkin juga disebabkan oleh aku yang ketika itu menonton Cerita Penuh Lagu menyebabkan aku kurang memberi perhatian kepada Si Pembaiki. tetapi selepas agak lama, aku mula curiga kerana Si Pembaiki melakukan kerja-kerja dengan sangat sunyi seolah-olah beliau tidak wujud. aku bingkas bangun dan memerhatikan Bilik Air Satu. pintu tertutup rapat.

ah, cuba berfikiran positif. mungkin betul Si Pembaiki sedang melakukan kerjanya.

tidak lama kemudian, setelah selesai melakukan kerja-kerja menyimen dan Si Pembaiki ingin bergerak meninggalkan rumah, aku membuat muka penuh kasihan dengan keadaan Bilik Air Dua yang tidak boleh digunakan. pada mulanya Si Pembaiki hanya ingin mengabaikan permintaan aku dan terus keluar setelah berpesan supaya aku membuat aduan terlebih dahulu sebelum dia akan datang dan membaiki lagi. ikut protokol lah agaknya.

setengah jam kemudian, kedengaran bunyi ketukan bertalu-talu lagi di pintu depan. rupa-rupanya Si Pembaiki mengubah fikiran untuk menyelesaikan masalah di Bilik Air Dua. sebelum berangkat pulang Si Pembaiki sempat memberi pesanan daripada penaja yang berbunyi "lain kali jangan buang sampah sarap kat dalam bilik air. nanti tersumbat lagi".

aku hanya mampu tersenyum simpul dan mengangguk sambil ucapkan kata terima kasih.

kemudian aku bertungkus-lumus mengikut pesan Si Pembaiki dan aku memulakan Ops 3: Membersih Bilik Air Dua. setelah kesemua kesan degil aku sental, aku mula berasa penat walaupun aku masih ada satu operasi terakhir iaitu Ops 4: Mengemas Almari. walau apa pun, tenaga harus dicas kembali lantas aku terus berkelubung di dalam Bilik Gelap buat kali kedua selama beberapa jam. aku bangun tidak berapa lama kemudian dan meneruskan operasi terakhir sambil bermesra dengan rakan separa maya.

begitu lah caranya aku menghabiskan masa pada Hari Kekasih. kalian pula bagaimana?

6 comments:

KoN said...

hari kekaseh aku dihabiskan dgn menjalin kasih bsme projek machine design.hehehe..amat ilmiah giteww..

Si Ralat said...

hahah. tahniah buat kamu then. patut lah mengadu bosan semalam. semoga kasih kalian kekal abadi. wink wink.

cik ani said...

org pula menghabiskan hari kekaseh di Melaka besama bukan kekaseh-kekaseh a.k.a. my supervisor and his phd student from Iran and visitor from Holand and two female tutors.

Si Ralat said...

kekaseh-kekaseh?

plural tu. syabas ketua rumah. heheh. bagus lah, at least boleh berjalan-jalan bersama supervisor kesayangan.

jatt said...

aku pula berkaseh dgn ikan-ikan di lautan.nasib aku tidak mabuk laut..hehee

Si Ralat said...

wah. sangat marin. heheh. harap kamu tidak bertepuk sebelah tangan. =p