Pengikut

Cari Makan Sikit

Saturday, February 21, 2009

Field Trip Yang Mengenyangkan

semalam aku buat field trip lagi. melangkah ke Sunway untuk mengambil barangan eksperimen yang telah ditempah. sebelum itu aku dan Si Pembantu Tidak Rasmi telah terlebih dahulu mengisi perut di Cafe Mahal itu. nasi putih, ayam goreng, sambal dan sayur.

setelah mengambil barangan eksperimen, kami ke cafe Abang Chomel. walaupun Abang Chomel ketika itu sedang bersiap-siap untuk ke masjid berhampiran. jadi untuk membunuh masa sementara Abang Chomel tiada, kami memesan makanan. spageti untuk aku dan laksa johor untuk Si Pembantu Tidak Rasmi.

tiba-tiba dapat panggilan daripada Si Cekgu.

ah, mula buat muka berkerut-kerut. tanda protes.

"hello, Si Ralat"

"ye Cekgu"

"hari ini saya ada meeting lain lah. jadi meeting kita petang ni cancel. u bagitahu pada yang lain ye"

"err, ok boss. eh, Cekgu"

senyum memanjang. yahoo! boleh panjangkan lagi tempoh merewang-rewang.

kemudian muka bertukar monyok kembali. duit tadak. yilek. yilek. tsk tsk.

Abang Chomel yang baru pulang dari jalan yang benar kemudiannya mengajak kami menemani beliau ke bengkel kereta berdekatan. mesti lah untuk repair kereta. kami hanya mengikut memandangkan memang tiada arah tuju. nak balik pun malas tapi nak berjalan-jalan tiada kewangan yang kukuh.

tambahan pula Si Pembantu Tidak Rasmi kurang sihat. menambahkan sebab-sebab untuk tidak merewang-tanpa-tujuan dengan lebih lama. tetapi hati lebih tenang kerana tidak perlu bersusah payah untuk menjaga nama baik diri sendiri kepada Si Cekgu yang pasti ingin tahu koordinat kami ketika itu.

Abang Chomel kemudiannya mengajak kami menemani nya untuk minum petang. ya, minum petang. maka untuk kesekian kali nya aku makan lagi. kali ini aku memesan chicken porridge dan lychee soda. manakala pasangan-hampir-bertunang memesan half boiled eggs dan toasted bread.

ya, dalam masa 7 jam aku telah berjaya mengisi perut dengan pelbagai jenis makanan. kesannya? aku mencari tandas sebaik sahaja kembali ke hutan tropika.

kami pulang ke pangkal jalan setelah Si Pembantu Tidak Rasmi mendapat panggilan mengenai tugasan lain di rumah. eh, aku juga punya tugas hari ini kerana telah berdaftar sebagai peserta program Mari Memasak.

aku pohon maaf kepada rakan kongsi yang turut serta dalam program Mari Memasak hari ini kerana aku tidak berjaya menyampaikan sepatah dua kata dan juga menggembleng tenaga bersama-sama sepanjang program dijalankan.

No comments: