Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, February 26, 2009

Pantang

bangun awal sikit. semalam basuh baju. pagi kena jemur baju.

sebab setahu aku jemur baju malam-malam tak elok. kena kencing oleh syaitonirrojim. ish ish. tak pun mungkin sebab tak nak bagi kena embun. entah lah.

banyak pantang larang kan?

hari tu aku ada terbaca jugak pasal seorang artis-lelaki-tua-tapi-nampak-muda-10-tahun-daripada-usia-sebenar yang bagitahu pasal pantang larang ni. antara yang aku ingat, jangan lalu di bawah ampaian.

alamak, aku baru je lalu bawah ampaian. bukan lalu. lebih kepada berdiri di bawah ampaian. aduh. kurang satu markah hari ni.

lagi satu ada jugak artis-perempuan-yang-cantik-dan-asyik-kena-gosip-dengan-para-datuk pun keluarkan kenyataan yang sama. tapi ada pantang larang tambahan yang dia amalkan. tidak melangkah longkang.

alasannya, longkang tu kan tempat kotor, jadi tak nak kena tempiasnya la kot.

aish. aku dah lupa berapa banyak kali aku langkah zig zag kat longkang zaman purba kala dulu. zaman riang ria kanak-kanak. zaman masih muda remaja.

apa yang aku ingin sampaikan adalah bukanlah pasal pantang larang. lebih kepada amalan harian. praktikal. rutin seharian kamu.

cuma nya kalau diamalkan dan ia datangkan kebaikan, tak salah kot. lagipun dibuat dan diikut sebab nak jaga diri kan. bukannya nak percaya itu ini begitu begini.

namun, kalau dah amalkan amalan pelik tapi benar sehinggakan kena percaya segala macam perkara karut marut, kemudian kena pantang banyak benda tak relevan, semata-mata sebab nak cantik dan menarik, aku kira macam salah kot.

bukan nak menghukum. cuma beri pendapat.

tapi entah lah. kalian percaya ke semua benda ni?

Wednesday, February 25, 2009

Hari Yang Panjang

pagi, dalam pukul 1015. sebaik saja aku pasang earphone pada handset, terdengar ringtone Si Cekgu.

aduh. mau apa pulak ni? bentak dalam hati.

sebab nya mood aku akan bertukar secara tiba-tiba sebaik saja dengar ringtone tu.

sebaik saja tengok nama dia yang naik.

nasib baik aku tak terlampau canggih nak letakkan muka Si Cekgu sekali. kalau tak, memang tak boleh tidur malam. haru betul.

kemudian Si Cekgu kept calling me. sampaikan aku nak dengar mp3 through handset pun tak lepas. asyik tersekat-sekat dan terpaksa menahan telinga mendengar ringtone khas itu berkali-kali.

sepanjang perjalanan. dari rumah ke bus stop. berbelas-belas call masuk dan diendahkan sebegitu rupa oleh aku. sebab aku tahu, apa yang ingin dikhabarkan oleh Si Cekgu mampu disampaikan even melalui sms.

ya, sangkaan aku betul.

'datang jumpa saya segera.. ada urgent'

dengan muka masam, aku membalas sms yang masuk. mencari ruang dan peluang antara panggilan rindu yang masuk secara bergilir-gilir antara talian Meksis dan Selkom.

'saya otw ni. nanti dah sampai saya pergi jumpa la'

panggilan terus dibuat tanpa henti. sangat konsisten Si Cekgu aku yang sorang ni. aku check handset buat kali ke-4. 8 misscalls di Meksis dan 5 misscalls di Selkom. wah, pencapaian yang menarik. even pakwe aku pun tak berusaha sampai macam tu.

aduh. harus lah aku jiwa kacau ni.

kemudian sms dari rakan-rakan pula masuk. ternyata Si Cekgu telah cuba menghubungi pelbagai talian lain juga. antara nya bertulis seperti berikut:

Si Rajin - 'Si Cekgu cari kamu. dia called tadi'

Si Pembantu Tidak Rasmi - 'Si Cekgu nak jumpa kamu sekarang. very important!'

sms dari Si Merah tak ada pulak. mungkin Si Cekgu tak kacau dia kot. kalau kena kacau jugak, aku minta ampun dan maaf la ye Si Merah, kerana ganggu honeymoon anda.

sebaik sampai di fakulti, aku terserempak dengan Si Cekgu yang tergesa-gesa ke tingkat atas. masih sempat berpesan untuk menunggu beliau di pejabat nya.

aku pula bergegas turun ke lab, kerana terlupa nak bawa thumbdrive pulak hari ini. menambahkan lagi keharuan aku pagi tadi.

dah masuk ke lab, semua orang mula pandang-pandang aku dengan pandangan hikmat maut jurusan ke empat belas. macam aku masuk bawak sebilah pedang samurai yang berlumuran darah dengan muka berparut aku. ish.

belum sempat duduk, Si Ceria datang dan menyampaikan pesan dari Si Cekgu.

'Ralat, Si Cekgu called banyak kali tadi, pesan kat awak suruh jumpa dia'

'err, ok'

aduh. perkataan 'banyak kali' itu ditekankan disertai dengan body languange yang boleh diterjemah sebagai

'pergi lah jumpa dia cepat-cepat. aku boring asyik nak kena angkat call dia je. huh'

dekat dalam lab pun Si Cekgu sudah ributkan ke? patut lah semua duk pandang semacam aje dari tadi. haih. macam artis baru masuk berita sebab kena tangkap khalwat la pulak.

tiba-tiba je telefon lab berdering. Si Ceria dah bagi isyarat mata suruh aku jawab. tu tanda nya dah banyak kali kot telefon tu berdering dari tadi. dan Si Ceria sudah malas nak mengangkat bontot dan berulang alik untuk menjawab telefon yang berdering dengan volume yang agak tinggi itu.

aku pun menonong dan terus menjawab. buat muka tak bersalah. jawab sepatah dua. dengar Si Cekgu membebel-bebel. aku jawab 'ya', 'ok', 'baiklah'. Si Cekgu pun macam tak reti nak marah lagi.

aku bergegas ke scene seterusnya iaitu bilik Si Cekgu.

Si Cekgu rupa-rupanya nak suruh edit paper-yang-dah-banyak-kali-kena-hantar-tapi-tak-lepas-lepas-jugak-untuk-masuk-journal yang aku hantar berkurun lalu. entah bila, aku pun sudah lupa.

lagipun aku bukannya editor sebenar, aku cuma diarahkan untuk mengedit sahaja. mengubah mana yang patut. dan data paper tu semua bukan aku yang punya. bukan aku yang usahakan.

so, how come? ish. mula rasa geram.

ingatkan apa la sangat yang urgent tadi. ada ular dalam bilik kah? ada results aku yang salah kah? ada co-supervisor nak jumpa kah?

rupa-rupanya nak suruh edit paper yang sendiri boleh buat, tapi saja nak minta tolong orang lain dengan alasan dia punya kerja lagi banyak.

padahal, sebaik sahaja aku on laptop, [aku dipaksa buat kerja di dalam bilik Si Cekgu, selama 2 jam sehingga paper itu betul-betul dibaiki dengan sempurna] boleh pulak Si Cekgu mengajak Si Pengganti keluar makan?

ish, ni yang buat aku tambah geram ni.

apa ni? cakap busy macam tak punya masa langsung untuk beristirehat, ada kerja banyak kononnya, tambah dengan pening lah apa lah. tapi senang lenang nak pergi makan. banyak pulak masa. aku pun belum makan lagi, ok?

lepas makan, terus serbu aku tanya dah siap ke belum. haih.

ingat senang ke nak edit semua graf tu dalam masa sejam? pening tau tak? tambah pulak aku lupa bawak thumbdrive yang ada data-data dari student-lama-yang-dah-berhenti-sebab-tak-tahan itu.

terpaksalah pohon jasa baik dari Si Pembantu untuk email pada aku. nasib baik ada internet.

kemudian, Si Cekgu keluar lagi ke fakulti lain bertanyakan tentang itu ini. dan sekali lagi, aku dikurung. tidak dibenarkan keluar.

banyak jugak masa Si Cekgu yang lapang aku tengok. tak ada pulak kerja yang bertimbun-timbun.
entah lah, mungkin aku yang tak paham kot.

setelah bertungkus lumus dengan segala daya yang ada, aku akhirnya berjaya mengedit keseluruhan paper itu dalam masa hampir 4 jam di dalam bilik kurungan itu berbekalkan gula-gula 2 biji dan bertemankan mp3 dari handset.

tapi walau apapun, aku kurang gemar dengan cara dididik sebegitu rupa. nak kena paksa-paksa. kena push-push. semua orang ada limit nya, ok?

aku rasa aku dah utarakan hal ini dulu. aku paham, dia orang atasan, aku orang bawahan. tapi cuba la hormat aku sikit. bukan lah suruh bagi sirih junjung ke apa ke.

aku dah cakap aku nak datang kan, dan aku memang akan datang pun. dah dalam bas kot. bukannya aku nak melarikan diri daripada dia. tunggu je lah. sudah-sudah lah push aku, call banyak-banyak kali. sangat macam budak-budak, ok?

lagipun benda bukan urgent sangat. cuma nak suruh edit paper je. boleh send paper tu via email kat aku. dan aku akan edit. bukan susah pun. tapi nak jugak bertentang mata dengan aku. aku tau, aku dirindui, tapi boleh tak cover sikit? ish ish.

nak sampaikan sesuatu benda kat aku, boleh sms je. aku akan baca. tak payah lah nak bazirkan tenaga dan masa untuk mendail nombor aku banyak kali. aku tak akan angkat sebab penat nak dengar benda remeh tapi boleh rosakkan mood aku. dan mood kamu juga akan rosak sebab membebel kenapa aku tak angkat dan sekian sekian.

kalau hantar sms, aku balas sms, kan senang? tak payah nak dengar suara amukan hikmat itu. kecuali kalau kredit tak ada. sms pun tak ada lah. tu aku tak boleh elak. maklum lah, elaun belum masuk. tsk tsk.

Tuesday, February 24, 2009

Akhirnya..

baru selesai menamatkan wayang Benjamin Button. setelah beberapa hari aku tangguh. mungkin sebab sampai ke babak-babak yang aku kurang minat.

tapi tadi, setelah kali ketiga aku menonton secara beransur-ansur, baru lah masuk ke babak cinta terhalang itu. agak menarik juga.

sebab kamu suka sama suka. tapi kamu tak boleh habiskan masa dan usia bersama-sama. mungkin boleh, tapi dengan saiz fizikal kekasih kamu akan bertukar menjadi makin kecil dan makin muda sehingga bertukar menjadi bayi kembali. macamana kan?

tambah pula dengan kehadiran bayi kamu. di mana dia akan membesar seiring dengan kamu. dan mungkin pada satu tahap akan jatuh cinta antara satu sama lain . yelah, bapak kamu hensem sangat, nak buat macamana.

aku tersentap masa saat-saat akhir, bilamana Si Heroin terpaksa menjaga Si Hero seperti anak, kemudian seperti cucu dan seterusnya menjadi bayi, sebaik sebelum meninggal. dan harus diingat, bayi itu tua 4 tahun daripada nya. haru kan?

tapi, cerita ni macam kelakar pun ada.

sebab nya nak buat cerita terbalik dari tua ke muda. ok, fine. boleh buat dan memang menjadi dalam cerita ini. kemudiannya ending dengan Si Hero menjadi bayi dengan wajah betul-betul bayi. comel lote, orang kampung aku cakap.

tidak seperti ketika awal-awal dilahirkan di mana kulitnya berkedut-kedut. lagak seperti orang tua yang memang dah kubur kata mari, rumah kata pergi. ish ish.

tapi orang tua mana ada tubuhnya akan menjadi sebesar bayi kan? why not dia keluar dari perut ibunya seperti mana fizikal orang-orang tua biasa? tak dapat aku bayangkan. hahah.

ni saja je. buah fikiran aku. pada sesiapa yang memang sangat berkenan dengan cerita ini, no hard feelings, ok?

Ralat #6

oi oi. aku tertinggal bas pulak. haiyah.

ni gara-gara memandai ubah jam dekat skrin komputer.

pastu memandai pulak buat kira-kira salah.

pastu memandai pulak tak pakai jam tangan.

oh, itu bukan salah aku memandai-mandai. bateri jam tangan aku tu yang memandai-mandai nak mati masa tragedi kewangan sempit ni. aish.

nasib baik pandai tengok jam dekat handset dulu. ah, dah terlewat 6 minit. bas mungkin sudah sampai ke pintu pagar sana. haiyah.

alamatnya, stuck lagi la aku kat sini. lagi setengah jam. nasib baiklah belum shut down pc ni. kalau tak, memang aku keluar dulu. kemudian bunuh masa dalam ladies room saja. boleh ambil masa 15 minit untuk keluar lab, masuk ladies, keluar ladies dan ke bus stop.

agaknya lah.

oh ya, hari ini adalah hari-ke-pasar-malam-dan-beli-belah-bagai-nak-rak-baju-5-ringgan-dan-nasi-kerabu-dan-cucuk-cucuk-sotong.

tapi, secara peribadi nya, aku nak berpuasa untuk berjola joli. duit sangat-sangat-sangat tiada.

malu bila telefon Si Ayah bertanyakan wang ehsan sudah boleh digunakan atau belum.

malu juga untuk memohon belas sekali lagi daripada Si Satu.

*sigh*

Tiada Motif

baru lepas mengisi perut dengan kawan-praktikal-berkongsi-derita dan juga kawan kepada kawan-praktikal-berkongsi-derita yang juga dah jadi kawan-teman-aku-makan-bila-aku-sorang-sorang.

lagak biasa, sambil makan sambil bercakap. dan topik biasa yang terkeluar dari mulut aku sudah pasti mengenai Si Cekgu kesayangan. pada mula nya mungkin kawan-teman-aku-makan-bila-aku-sorang-sorang macam terkejut dengar penderitaan aku. tanpa perlu buat muka sedih pun aku akan berjaya meraih belas ihsan daripada setiap kawan-teman-aku-makan-bila-aku-sorang-sorang.

tapi kemudian kawan-teman-aku-makan-bila-aku-sorang-sorang terdiam. tanpa memberikan ulasan lebih lanjut.

mungkin disebabkan kami tidak berkongsi lab yang sama, menyebabkan kawan-teman-aku-makan-bila-aku-sorang-sorang semacam kurang paham penderitaan aku yang disampaikan selanjutnya.

atau mungkin sahaja kawan-teman-aku-makan-bila-aku-sorang-sorang sudah mula muak mendengar penjelasan aku.

atau mungkin kawan-teman-aku-makan-bila-aku-sorang-sorang aku juga punya masalah yang lebih kurang sama bebannya tapi berlainan cara pengolahan.

entah, aku tidak pasti.

tapi apa yang aku rasa sekarang ialah perasaan yang tidak terluahkan. hahah. makna katanya perkongsian ceritera bersama kawan-teman-aku-makan-bila-aku-sorang-sorang tidak melegakan aku, bahkan membuat aku rasa serba salah lah pulak. dan bertambah kompleks.

maaf, saya agak psiko hari ini.

mungkin sudah sampai masa mendapat 'cuti halal' dari Yang Satu.

Monday, February 23, 2009

Mari Merapu

sekarang rasa sangat sempit. sesak. dengan kehadiran anak-anak rajin yang datang secara berjemaah. melakukan kerja-kerja di lab sambil memohon bantuan dan pinjaman buah fikiran daripada Si Ahli Makmal. nak tulis blog pun kena curi-curi. kecilkan tetingkap dan mula menaip. ini la hasilnya.

tadi semasa aku rajin dan giat mencari serta memuat turun journal dan paper dari serata dunia dalam talian, takde pulak yang datang. kalau tak, boleh lah mengadu sama itu Si Cekgu bahawasanya aku bertindak rajin pada hari ini. maka aku takkan dapat lah panggilan rendu dari beliau. harap-harap lah.

jadi, tidak ada terima kasih kepada para-penyampai-berita-tidak-rasmi pada hari ini ya. sila datang lagi esok. sebab aku mungkin akan berlagak rajin lagi pada hari-hari seterusnya.

tapi kalau berita mengenai Si Hijau* aku sampai lagi pada Si Cekgu, dan aku terima utusan chenta lagi walaupun Hari Kekaseh sudah lama berlalu, aku tahu lah nak cari siapa. nak jeling-jeling pada siapa. nak marah-marah pada siapa.

*senyum ala-ala devilish*

ugutan ni. ish ish. aku sudah pandai kejam sekarang. mungkin emosi tidak berada di jalanan yang lurus pada hari ini.

ok, para-penyampai-berita-tidak-rasmi sudah berada di dalam. di tempat yang sepatutnya. maka sudah tidak punya idea pula untuk merapu kapunden di sini. sebab dah bebas untuk cari pasal kat tempat lain pulak.

Si Hijau* adalah nama untuk blog saya. sila jangan report pada Si Cekgu.

Sunday, February 22, 2009

Mari Mengisi Masa Lapang

disebabkan oleh aku telah bertukar status sementara kepada indoor person, aku telah mengamalkan beberapa langkah yang menurut pengalaman adalah merupakan cara yang sangat bagus untuk mengisi ruang lapang anda selain keluar daripada rumah sekaligus dapat menjimatkan kewangan.

berikut adalah cara-cara yang aku gunakan untuk membunuh masa pada hujung minggu yang sangat lapang.
  1. menonton Cerita Dengan Lagu. semalam aku menonton Sarkar Raj ditemani Si Rohani walaupun beliau hanya hadir di akhir rancangan.
  2. menonton Cerita Melalui Talian. tidak perlu muat turun pun. aku berjaya habiskan filem Korea; 100 Days With Mr Arrogant semalam.
  3. melakukan Ops Rajin iaitu Ops 1 hingga 3 seperti entri ini. boleh menambah kemahiran sebagai bakal menantu yang rajin. wink wink.
  4. menambah Ops Rajin iaitu Ops 4: Mari Bersihkan Kipas Bilik. kipas aku kemudiannya mula mengeluarkan bunyi pelik, mungkin disebabkan oleh kelajuan yang bertambah.
  5. mencari rakaman-rakaman pranks dari Negeri Matahari Terbit. sangat berjaya made my day. sila Google.
  6. memasak segala bahan mentah yang menghuni Si Peti Ais. tapi selalunya Si Peti Ais dibiarkan kosong setiap kali hujung minggu. tsk tsk.
  7. last but not least, mengupdate dan mengupgrade blog kesayangan. sila tahankan saja mata anda ketika membaca entri mengarut aku.
oh, ada langkah-langkah yang hanya boleh dilakukan jika sekiranya rumah kalian punya internet, elektrik dan cuaca yang baik. kalau berdentam-dentum di luar sana, take it at your own risk, ok?

tapi seikhlas hati aku katakan, hanya perkara di atas sahaja yang mampu untuk mengisi masa lapang aku tatkala kebosanan melanda. lebih-lebih lagi ketika tragedi kewangan sempit dan kesibukan teman atau skandal.

atau kalian punya sebarang cadangan lain?

Selamat

di sini saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang mulia dan bahagia ini untuk menyampaikan rasa gembira dan iri hati kepada rakan-rakan yang terlibat.

selamat hari ulang tahun kelahiran buat Si Notty. semoga sukses selalu.

dan

selamat pengantin baru buat Si Merah. semoga kekal abadi.

nak kahwin jugak.
siapa sudi?

Ralat #5

hmm.

aku rindu dia.

puas sudah menelan rindu.
puas sudah menyimpan rasa.
puas sudah merawat pilu.

adakah dia mengerti?
adakah dia tahu?
adakah dia turut merasa?

atau

hanya aku yang rasa kecewa.
hanya aku yang rabak hatinya.
hanya aku yang berjiwa hiba.

retak sudah hati yang rapuh itu.
rabak sudah hati yang nipis itu.
hancur sudah hati yang merah itu.

pulang lah sayang.
pulang pada aku.

aku rindu.

-Si Ralat-

Saturday, February 21, 2009

Quotes of The Week

aku baru lepas menonton The Curious Case of Benjamin Button, err sedang sebenarnya tapi malas nak tamatkan wayang kali ini. sebab dah sampai babak-babak yang ku kira agak bosan.

tapi ada beberapa dialog yang aku suka. yang mana yang sempat aku tengok saja la.

you never know what`s coming for you.

we`re meant to lose the people we love.
how else would we know how important they are to us.

you could swear,
curse the fates.
but
when it comes to the end,
you have to let go.

Field Trip Yang Mengenyangkan

semalam aku buat field trip lagi. melangkah ke Sunway untuk mengambil barangan eksperimen yang telah ditempah. sebelum itu aku dan Si Pembantu Tidak Rasmi telah terlebih dahulu mengisi perut di Cafe Mahal itu. nasi putih, ayam goreng, sambal dan sayur.

setelah mengambil barangan eksperimen, kami ke cafe Abang Chomel. walaupun Abang Chomel ketika itu sedang bersiap-siap untuk ke masjid berhampiran. jadi untuk membunuh masa sementara Abang Chomel tiada, kami memesan makanan. spageti untuk aku dan laksa johor untuk Si Pembantu Tidak Rasmi.

tiba-tiba dapat panggilan daripada Si Cekgu.

ah, mula buat muka berkerut-kerut. tanda protes.

"hello, Si Ralat"

"ye Cekgu"

"hari ini saya ada meeting lain lah. jadi meeting kita petang ni cancel. u bagitahu pada yang lain ye"

"err, ok boss. eh, Cekgu"

senyum memanjang. yahoo! boleh panjangkan lagi tempoh merewang-rewang.

kemudian muka bertukar monyok kembali. duit tadak. yilek. yilek. tsk tsk.

Abang Chomel yang baru pulang dari jalan yang benar kemudiannya mengajak kami menemani beliau ke bengkel kereta berdekatan. mesti lah untuk repair kereta. kami hanya mengikut memandangkan memang tiada arah tuju. nak balik pun malas tapi nak berjalan-jalan tiada kewangan yang kukuh.

tambahan pula Si Pembantu Tidak Rasmi kurang sihat. menambahkan sebab-sebab untuk tidak merewang-tanpa-tujuan dengan lebih lama. tetapi hati lebih tenang kerana tidak perlu bersusah payah untuk menjaga nama baik diri sendiri kepada Si Cekgu yang pasti ingin tahu koordinat kami ketika itu.

Abang Chomel kemudiannya mengajak kami menemani nya untuk minum petang. ya, minum petang. maka untuk kesekian kali nya aku makan lagi. kali ini aku memesan chicken porridge dan lychee soda. manakala pasangan-hampir-bertunang memesan half boiled eggs dan toasted bread.

ya, dalam masa 7 jam aku telah berjaya mengisi perut dengan pelbagai jenis makanan. kesannya? aku mencari tandas sebaik sahaja kembali ke hutan tropika.

kami pulang ke pangkal jalan setelah Si Pembantu Tidak Rasmi mendapat panggilan mengenai tugasan lain di rumah. eh, aku juga punya tugas hari ini kerana telah berdaftar sebagai peserta program Mari Memasak.

aku pohon maaf kepada rakan kongsi yang turut serta dalam program Mari Memasak hari ini kerana aku tidak berjaya menyampaikan sepatah dua kata dan juga menggembleng tenaga bersama-sama sepanjang program dijalankan.

The Coral


Wednesday, February 18, 2009

Jula Juli Bintang Tiga

Pagi.

bangun dikejutkan oleh Si Cekgu.

sound effect ketung ketang ketung ketang dari rumah atas.

pesanan penaja. "sila punch in setiap kali datang ke lab".


Petang.

ke syarikat pembekal barangan eksperimen.

ke Sunway Pyramid.

ke cafe Abang Chomel.

ke The Curve.


Malam.

ke kedai makan untuk mengisi perut.

pulang ke hutan tropika.

diganggu gugat oleh Si Cekgu lagi.

pesanan penaja. "sila hantar paper dengan cepat dan tangkas".


Huh.

Lemah. Lesu. Emosi. Penat. Kecewa. Geram.

Tidur.

Tuesday, February 17, 2009

Young Folks

Tugas Aku

aku bangun pagi tadi dan dikejutkan dengan email ini. hohoho. thank you. you made my day oh.

Perhatian mengenai tugas;

Saya dapati ada sesetengah pelajar tidak menghargai masa di makmal… saya dapati ada yang sibuk menulis blog, Friendster, chatting, main games.. etc.. anda tidak dibayar utk menulis blog atau sebagainya. Jadi hargai lah masa ketika berada di makmal.. computer hanya utk digunakan perkara bermanafaat seperti mencari paper journal, tulis tesis, tulis paper dan sebagainya..

Saya tidak menghalang jika anda ingin berbuat sedemikian.. tp lakukanlah di luar waktu pejabat atau di luar makmal.. saya tidak suka imej buruk orang mengatakan kepada pelajar saya… Ini amat memalukan saya jika Boss Besar dan warga lab mendapati pelajar2 saya bersikap sedemikian..

Saya berharap ianya tidak berulang lagi..

regards.
-Si Cekgu-

Sunday, February 15, 2009

Hari Kekasih?

hari aku dimulakan dengan err, aku tak pasti dengan apa sebabnya aku tak pasti bilakah masa rasmi aku bangun tidur. tapi aku berkeras untuk membuka mata bila mana mendapat panggilan dari Si Suisse menyatakan bahawa ada seseorang akan datang ke rumah untuk membaiki sesuatu. aku fikir mungkin akan membaiki Bilik Air Dua kerana sudah lebih 2 minggu Bilik Air Dua tidak dikunjungi kecuali oleh pengguna ekstrem sahaja.

dengan mata terpisat-pisat dan otak separuh berfungsi dengan betul, aku terdengar bunyi ketukan dari luar. ah, kacau. terus aku tarik tuala kecil dan menghadap cermin, menggosok-gosok mata dan muka untuk menghilangkan tanda-tanda baru bangun tidur.

aku menuju ke arah pintu selepas yakin dengan penampilan aku sebagai anak-dara-baru-bangun-tidur-pada-kurang-lagi-setengah-jam-sebelum-tengahari. ish. nasib lah Si Pembaiki yang datang itu hanya berminat dengan bilik air.

"aku datang nak baiki tandas ni," Si Pembaiki berkata lalu terus meluru dengan penuh yakin menuju ke Bilik Air Satu.

"tapi bilik air yang rosak yang ni".

"tak, aku terima aduan air datang dari bilik air ini. orang bawah komplen".

Si Pembaiki meneliti keadaan Bilik Air Satu itu untuk beberapa ketika.

"nanti lepas makan aku datang balik. ada kat rumah kan?".

"err, ye, ye. so, sekarang boleh pakai ke bilik air ni?".

"boleh. boleh. nanti lepas aku simen, jangan pakai sampai kering simen tu. kalau tak sia-sia je kerja aku".

"ok, terima kasih".

jadi selepas itu, aku terus bersiram ala kamdar dan mengemas-ngemas rumah mana yang patut. aku juga serba salah untuk mengejutkan seorang lagi ahli rumah kerana aku yakin beliau tidak akan bangun walaupun selepas selesai kerja-kerja pembaikian dilakukan, and i was right. Si Pembaiki boleh datang ke rumah 3 kali tanpa berjaya mengejutkan ahli rumah tersebut.

aku yang kebosanan sambil menunggu kedatangan Si Pembaiki sempat menjalankan Ops 1: Mengosongkan Bakul Baju Kotor dan Ops 2: Mengemaskini Bilik Gelap dengan merasmikan penyapu baru. Operasi ini telah tertangguh selama beberapa minggu menyebabkan Bilik Gelap a.k.a Mini Pawagam ini agak berhabuk.

Si Pembaiki datang seperti yang dijanjikan dan menyimen Bilik Air Satu itu tanpa kehadiran kesan bunyi walau sedikit pun. mungkin juga disebabkan oleh aku yang ketika itu menonton Cerita Penuh Lagu menyebabkan aku kurang memberi perhatian kepada Si Pembaiki. tetapi selepas agak lama, aku mula curiga kerana Si Pembaiki melakukan kerja-kerja dengan sangat sunyi seolah-olah beliau tidak wujud. aku bingkas bangun dan memerhatikan Bilik Air Satu. pintu tertutup rapat.

ah, cuba berfikiran positif. mungkin betul Si Pembaiki sedang melakukan kerjanya.

tidak lama kemudian, setelah selesai melakukan kerja-kerja menyimen dan Si Pembaiki ingin bergerak meninggalkan rumah, aku membuat muka penuh kasihan dengan keadaan Bilik Air Dua yang tidak boleh digunakan. pada mulanya Si Pembaiki hanya ingin mengabaikan permintaan aku dan terus keluar setelah berpesan supaya aku membuat aduan terlebih dahulu sebelum dia akan datang dan membaiki lagi. ikut protokol lah agaknya.

setengah jam kemudian, kedengaran bunyi ketukan bertalu-talu lagi di pintu depan. rupa-rupanya Si Pembaiki mengubah fikiran untuk menyelesaikan masalah di Bilik Air Dua. sebelum berangkat pulang Si Pembaiki sempat memberi pesanan daripada penaja yang berbunyi "lain kali jangan buang sampah sarap kat dalam bilik air. nanti tersumbat lagi".

aku hanya mampu tersenyum simpul dan mengangguk sambil ucapkan kata terima kasih.

kemudian aku bertungkus-lumus mengikut pesan Si Pembaiki dan aku memulakan Ops 3: Membersih Bilik Air Dua. setelah kesemua kesan degil aku sental, aku mula berasa penat walaupun aku masih ada satu operasi terakhir iaitu Ops 4: Mengemas Almari. walau apa pun, tenaga harus dicas kembali lantas aku terus berkelubung di dalam Bilik Gelap buat kali kedua selama beberapa jam. aku bangun tidak berapa lama kemudian dan meneruskan operasi terakhir sambil bermesra dengan rakan separa maya.

begitu lah caranya aku menghabiskan masa pada Hari Kekasih. kalian pula bagaimana?

Friday, February 13, 2009

Rancangan Awal

yeay! dengan menggunakan rancangan yang ku kira agak hebat di mata diri sendiri, aku sekarang end up di rumah, lebih awal dari biasa.

tadi pagi aku bangun agak lambat, tapi tersedar dikejutkan oleh Si Baru [terima kasih] dan niat aku untuk menyambung tidur terganggu dengan bunyi-bunyian yang datang dari luar rumah. aku tak pasti sebelah atas atau sebelah bawah yang sangat berjaya mengganggu aku tidur.

aku bingkas bangun dan menuju ke bilik air. aku lihat Bilik Satu dan Bilik Dua sudah pun kosong. dalam erti kata lain, aku lah yang paling lambat bangun walaupun jam aku menunjukkan 0853 menandakan waktu yang agak awal untuk mulakan hari anda.

semasa mandi, aku yang telah dapat berfikir secara waras, mula mempersoalkan diri sendiri mengenai elaun bulanan aku yang sangat lambat untuk menjengah ke dalam akaun bank. aku yang telah lama hairan ini mula membuat andaian sendirian berhad di mana aku mula merasakan bahawa Si Cekgu yang menyimpan surat perlantikan aku dan keep it to herself because she wants to see my attitude first.

entah lah, aku ni kan kuat berprasangka buruk.

kemudian hati mula membebel-bebel perkara-perkara yang berkaitan susulan daripada andaian yang dibuat. entah betul entah tidak, tapi sekurang-kurangnya dapat mengisi masa terluang semasa mencuci muka dan menggosok gigi.

aku kemudiannya mendapat idea yang bernas tentang bagaimana untuk hadir ke lab hanya dalam masa yang singkat yakni dengan kata lainnya aku ingin pulang lebih awal apatah lagi hari ini adalah hari Jumaat di mana aku senantiasa akan berasa sepi dan sunyi kerana kaum Adam akan ke masjid pada waktu tengahari dan hanya akan muncul kembali pada waktu petang menjelma.

dalam masa yang sama aku ingin menunjukkan kepada Si Cekgu bahawasanya aku hadir pada hari ini, walaupun sekejap. jadi aku telah membuat perancangan dengan Si Pembantu Tidak Rasmi mengenai plan aku yang difikirkan ketika mandi tidak basah sebentar tadi.

aku sms Si Cekgu menyatakan bahawa aku secara rela hati ingin menghantar bungkusan yang ingin diposkan oleh beliau kepada tenaga pengajar di fakulti berlainan. jadi aku bergegas ke bilik Si Cekgu dan mengambil bungkusan tersebut sebaik sahaja turun daripada pengangkutan awam. aku juga terus mengirim sms kepada Si Pembantu Tidak Rasmi untuk menemani aku menghantar bungkusan tersebut dan sekaligus pergi membeli barang keperluan untuk eksperimen.

setelah tidak berjaya mengirimkan bungkusan itu kepada orang yang sepatutnya kerana beliau sedang mengajar, kami bergerak menuju ke pasaraya berdekatan untuk mencari barangan-keperluan-eksperimen, malang nasib kami, barangan-keperluan-eksperimen itu memerlukan masa kira-kira 3 minggu untuk disiapkan. kami kemudiannya sepakat membawa berkat untuk mendapatkan pandangan sisi daripada Si Cekgu terlebih dahulu kerana barangan-keperluan-eksperimen tersebut ternyata agak mahal dan melebihi bajet yang disediakan.

setelah menganggap misi yang dijalankan separuh selesai, kami secara automatik merayau-rayau tanpa hala tuju di dalam pasaraya tersebut mencari barang-barang yang cantik dan paling penting adalah harga yang rendah. maklum lah, kemelesetan ekonomi yang melanda menyebabkan kami terpaksa berhati-hati dalam memilih barang yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

selepas berpuas hati membelek-belek dan membelai-belai segala barangan yang diidamkan, kami berangkat pulang sama seperti kaum Adam yang baru pulang dari masjid. tapi tadi kelihatan agak ramai pemuda-pemuda yang aku kira tidak menjumpai jalan untuk ke masjid berhampiran, mereka lebih rela merewang-rewang di situ tanpa hala tuju walaupun mereka tahu tempat mereka pada waktu itu adalah di masjid mendirikan solat yang menjadi fardu ain kepada mereka hanya sekali dalam seminggu.

lantaran itu, aku berasa sangat kasihan kepada mereka dan aku berdoa semoga mereka ditunjukkan jalan yang benar. amin.

Thursday, February 12, 2009

Masih Menunggu

2 hari lepas, aku serta Si Beyonceet dan Si Gagah telah berjaya mengeluarkan diri dari hutan tropika pada tepat jam 0012 dengan berpakaian ala-ala orang mengigau pada waktu dinihari. kami berangkat menuju ke, err tanpa hala tuju lalu berpusing-pusing di Bandar Sate dan sempat mengintai Si Kelembai yang mencari makan di waktu malam.

eh, apasal mereka sangat tidak serupa mereka di waktu siang hari? walaupun sebenarnya, aku tak pernah dan tidak berminat untuk ambil tahu keadaan mereka di waktu siang hari, tapi aku yakin, kod pemakaian yang diamalkan adalah jauh berbeza.

ah, lantak lah. dia punya pasal, aku tak peduli pun.

kemudian kami juga berkesempatan menghabiskan petrol Si Beyonceet di sekitar kawasan Puteri Berjaya. aku yang pada mula nya menyimpan hasrat untuk mengingati jalan-jalan yang dilalu dengan harapan dapat membawa Si Baru di kemudian hari, hanya terdiam bila mana Si Beyonceet mula meredah jalan-jalan yang tidak berpenghujung sekitar kawasan itu. al-maklum lah, aku bukan nya selalu datang ke sini because i`m indoor person.

*senyum palsu*

selepas berkali-kali kami berjaya aplikasikan tawaf di Puteri Berjaya, kami mula menghala ke hutan tropika kerana sudah tidak punya hala tuju yang lain. sampai sahaja di rumah aku terus menyambung sesi membazir elektrik dengan ym dan download. aku hanya berjaya memejam mata sekitar jam 0223 pagi menyebabkan tempoh masa aku berada di lab pada keesokan hari nya adalah sangat minimal dan sekaligus berlakunya kes penangguhan dalam kerja-kerja mewujudkan Si Sampel.

jadi selepas berkali-kali menangguhkan kerja, maka hari ini aku berjaya melaksanakan langkah terakhir tersebut. tetapi malangnya, Si Sampel yang dihasilkan seolah-olah tidak wujud pada pandangan mata kasar. mungkin kanta berkuasa 300,000 kali lebih jelas amat diperlukan saat ini untuk menentukan keberkesanan tindak tanduk aku selama 2 minggu dalam mengubah segala pemboleh ubah.

oleh itu, aku sekarang sedang menunggu Si Sampel untuk dikeluarkan dari oven sambil melayari internet dengan mulut berisi hacks dan mata yang asyik perhatikan jam dan juga bersms dengan Si Baru. aku rasa aku nak tukar nickname Si Baru la. change the variable to Si .... [nanti aku fikirkan kemudian]

atau kalian punya cadangan yang lebih tidak bernas? sila laporkan kepada aku. terima kasih.

Tuesday, February 10, 2009

Talian Pagi

semalam aku berasa agak gembira dan terkejut kerana Si Baru mula bersuara setelah sekian lama menyepi diri, kira-kira 48 jam. tetapi suara Si Baru bukan seperti yang aku harapkan. kedengaran setiap bait-bait kata yang dilemparkan adalah sedikit pelat dan mempunyai slanga yang amat susah untuk aku pahami. ini membuatkan aku menjadi separa terkedu lantas aku bersedih kerana harapan tidak kesampaian.

jadi semalam aku berjaya mencuci mata dengan sangat bersih, dan terus terlena dengan kadar yang segera walaupun tidak nyenyak seperti biasa. malangnya sebelum sempat aku menghabiskan mimpi ngeri buat kali ketiga, aku dikejutkan dengan panggilan dari nombor peribadi yang sudah pasti aku tidak ketahui berasal usul dari mana.

lain yang ku harapkan, lain pula yang berjaya membuat panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi-itu. sebenarnya aku menunggu Si Baru. masih menunggu. tsk tsk.

kerana berasa terganggu dengan nyanyian Pitbull feat Lil Jon tersebut membuatkan aku terus menjawab panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi-itu. ah, dari rakan lama rupanya. aku segera berdiam diri, konon-konon macam tidak mendengar suara di hujung sana disebabkan oleh tahap penerimaan dan pemancaran yang sangat lemah. aku berdiam diri sehingga orang di hujung sana mengaku kalah dan memahami tindak tanduk dan alasan yang aku gunakan. aku kemudiannya hanya membiarkan sahaja panggilan-panggilan seterusnya tanpa jawapan.

selepas 3 panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi- itu dibiarkan tanpa dijawab, malah aku sempat untuk menukar mode kepada mode silent dengan harapan tidak akan terganggu lagi, ada sms masuk. mesti la dari orang yang membuat panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi-itu, dan beliau menuduh aku dengan melabelkan aku sebagai sombong.

aduh, sombongkah aku jika tidak mahu menjawab panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi-itu kerana aku mahu tidur, bangun awal dan mahu bersiap-siap ke lab lantas membuat eksperimen yang telah lama terbengkalai? sombongkah aku jika tidak menjawab panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi-itu kerana kepala berasa berat, mata berpinar-pinar disebabkan program Mari Membersih Mata semalam? sombongkah aku jika tidak menjawab panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi-itu sebab aku memang malas nak layan kamu? sebab kamu hanya ingin berborak dan mengganggu aku tidur semata-mata kamu terbangun lebih awal dari aku?

ah, lantak lah nak cakap apa pun.

aku jiwa kacau, ok? aku tak mahu diganggu, oleh sesiapa pun apatah lagi oleh mereka yang berpura-pura menjadi kawan. sila abaikan saya seperti yang biasa anda buat sebelum ini, please?

terima kasih.

pagi tadi selepas minda aku telah berjaya berfungsi dengan lebih baik, aku membalas sms semalam, err sms pagi tadi dengan mengatakan 'sori, aku tido lah'. tak kisah lah Si Pembuat panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi-itu memaafkan aku atau tidak. sekurang-kurangnya aku mencuba.

Malaysia boleh, Si Ralat juga pasti boleh.

*senyum paksa*

aku baru je check telefon tangan yang masih lagi dalam mode silent. terdapat lagi 3 panggilan tidak berjawab dan dari nombor peribadi. aku sangat yakin panggilan rindu tersebut datangnya dari Si Pembuat panggilan-kacau-aku-tidur-di-waktu-pagi-itu.

ish, malas lah. aku nak berseorangan tika ini. sila paham.

Monday, February 9, 2009

Being Available

hari ini aku keluar dengan Si Ungu dan Si Lampi sebagai menghadiahkan diri kerana buat kesekian kali nya memegang status single setelah berita aku sudah berteman dengan Si Baru itu baru sahaja diketahui orang ramai.

jadi, berita aku kembali bersendiri ini mungkin akan sampai ke gegendang telinga kaum kenalan dalam masa lagi dua minggu. eh, mesti kena tunggu masa sesuai juga jika nak umumkan berita sedih. tak gitu ke para juri sekalian?

maaf, aku baru je lepas mencuci mata dengan air semulajadi. sob sob.

aku keluar tadi pun hanya menghabiskan duit ke arah perkhidmatan awam dan juga makanan sahaja. seandainya iman tak kuat, sudah pasti aku akan membawa hadiah sampingan berupa t-shirt comel, beg, sandal dan juga jeans yang sudah lama menjadi barangan igauan aku sepanjang musim penjimatan kewangan berlangsung.

oleh sebab tidak mempunyai arah tuju dan hala yang betul, aku melangkahkan kaki untuk pulang. maka nya, sebelum azan maghrib berkumandang, aku sudah berjaya memijakkan kaki di kawasan berhampiran hutan tropika tempat kediaman para penyanyi. tahniah buat diri sendiri.

rupa-rupa nya aku tidak keseorangan dalam berjiwa luka. Si Gagah juga sangat tegang hari ini. asyik bercakap perkara-perkara negatif. nampak semua benda pun dah diteliti dengan sangat rapi tapi ke arah yang lebih negatif.

contohnya apabila melihat iklan Bini Yang Desperado membuatkan Si Gagah berjaya mengolah lagu tema ke arah yang sangat sedih. padahal aku masih ingat lagi apabila iklan sama ditayangkan pada minggu lepas, Si Gagah bukan main lagi, siap menunjukkan tahap kegirangan setelah mengetahui siri kesayangan beliau muncul lagi di kaca televisyen seperti baru mendapat sehelai cardigan cantik yang baru dan mahal.

ah, kami sama tapi tak serupa.

aku juga sangat sedih hari ini lantas menjadi seorang yang sangat lambat pick-up tapi aku terhibur melihat telatah Si Gagah yang sedih tapi lebih ke arah yang tidak keruan. lihat warna itu tak boleh, sebut perkataan ini tak boleh, nyanyi lagu itu tak boleh, malah seperti aku kata kan tadi, tengok iklan pun beliau masih boleh kaitkan dengan kondisi hati dan jiwa yang tidak stabil itu. bahaya kah keadaannya Tuan Inspektor? eh, Tuan Doktor? perlukah diberi rawatan hati-hati yang luka ini?

kalau perlu, rawatan bagaimana yang Tuan Doktor cadangkan ya?

Terima Kasih

aku ingin sampaikan setinggi-tinggi penghargaan buat Si Suisse kerana dengan semangat dan kata-kata nasihat yang dilontarkan oleh beliau semalam berjaya membuatkan aku tenang, walaupun sekejap.

Sunday, February 8, 2009

Kelab Jiwa Luka

semalam aku merayau-rayau tanpa hala tuju dan keseorangan di dalam suasana penuh kegelapan. sedikit cahaya pun tidak dapat menembusi dinding-dinding malap tersebut walau sebesar zarah sekalipun, seolah-olah tidak ada lubang-lubang walau sedikit untuk cahaya melobos masuk dan menyinari perjalanan ku.

namun, aku teruskan juga perjalanan ke hadapan dengan penuh impian palsu. aku semat dalam hati dengan kata-kata semangat yang tinggi. akan ku tempuh juga lorong-lorong gelap ini walaupun berliku. akan ku pertahankan segala hak milikku walaupun payah kerana aku betul-betul serius pada kali ini.

aku cuba untuk meminta bantuan dari Si Baru, malangnya tidak mendapat balasan. ah, aku dipulaukan lagi buat kesekian kali nya. tapi apa yang paling merobek jiwa adalah ia dilancarkan oleh insan yang diharap-harapkan untuk menjadi penyelamat.

semasa dalam perjalanan, aku disergah oleh seorang kawan, lebih kepada seorang kenalan mungkin, kerana aku sudah jatuh benci pada kenalan ini. kita namakan sahaja dia sebagai Si Hitam.

Si Hitam kemudiannya mula membaling batu-batu kecil ke arah aku. aku cuba mengelak dan cuba juga mengambil langkah untuk berdamai setelah aku lihat Si Hitam masih lagi mahu menyalahkan aku di atas perpecahan yang berlaku di antara kawan-kawan nya. Si Hitam juga sempat memalukan aku di khalayak ramai seolah-olah aku ini tidak berpendirian, seolah-olah aku ini seorang yang punya masalah moral yang berkadar tinggi.

apa ini? jiwa aku semakin terluka. goresan-goresan luka yang ditinggalkan oleh Si Baru masih merah ditambah pula dengan kelakuan Si Hitam yang mengazabkan lagi penderitaan aku. Si Palsu yang wujud di tempat kejadian juga hanya bertindak mendiamkan diri, tidak sedikit pun mencuba untuk menjernihkan suasana, menambahkan lagi jumlah luka di kalbu ku.

ah, pergi lah kalian, kenalan yang tidak mengenal erti sahabat.

lantas, aku bertindak mengambil lorong lain yang ku kira akan mengurangkan kebarangkalian untuk aku bertembung lagi dengan Si Hitam yang sangat biadab dan juga Si Palsu penakut yang sedari tadi menjadi saksi aku dimalukan tanpa mengambil sebarang inisiatif sedangkan Si Palsu sendiri tahu bahawa dia juga terlibat sama dalam situasi ini.

aku benci kalian. terima kasih untuk segala nya.

kemudian, aku menyusuri lorong yang agak tenang di mana aku bertembung pula dengan seorang kawan, Si Ungu yang telah bersusah payah cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai aku dan Si Baru. melalui Si Ungu, aku mengetahui satu rahsia yang sangat menggembirakan ulu hati ku setelah beberapa cerita tidak menarik tentang aku digembar-gemburkan oleh para kenalan yang busuk hati nya. selepas itu, aku mula nampak ada sinar-sinar cahaya di hujung lorong sana.

aku senyum sendirian. terima kasih Tuhan, aku bisikkan di dalam hati.

aku semakin tidak sabar untuk menyampaikan berita gembira dan sedih ini kepada Si Baru. semoga dia mengetahui bahawa aku sangat menyenangi kehadiran nya dalam lembaran pengembaraan ku. aku mahu dia tahu kira nya kewujudannya telah menambahkan warna-warna dalam lukisan hidup ku.

tapi, malang tidak berbau.

aku kira, Si Baru masih memerlukan waktu, jadi aku biarkan dia untuk mengisi ruang itu seorang diri dan berdoa semoga Si Baru dapat menghidu keikhlasan dan ketulusan yang cuba disemai dalam ikatan ini. semoga Si Baru juga akan menjumpai pintu sama yang akan aku temui nanti walaupun dari arah yang berbeza tetapi destinasi kami tetap sama. amin.

aku pula mengambil peluang itu untuk merehatkan badan dan minda setelah seharian suntuk berlegar di dalam lorong yang tidak berpenghujung ini. aku melelapkan mata bersandarkan impian cahaya di hujung lorong sana tetapi masih kabur kerana hati yang tidak tenang memikirkan Si Baru.

tidak berapa lama kemudian, aku membuka mata dan berazam akan tempuhi lorong kedua ini dengan penuh harapan yang berbunga-bunga, dengan harapan akan berjumpa Si Baru yang tersenyum riang di balik pintu sana. dengan impian itu, aku teruskan juga langkah yang semakin longlai walaupun Si Baru ternyata masih tidak mengirimkan khabar berita kepada aku.

aku mula risau, bimbang dan serta merta aku menjadi lemah. fikiran semakin bercelaru dan mata aku berpinar-pinar. aku menggosok-gosok mata dan melihat cahaya di hujung lorong sudah makin kelam, makin malap.

bermimpikah aku? petanda apakah ini?

ah, jangan dilepaskan peluang yang ada. aku terus mengumpulkan sisa-sisa tenaga yang masih wujud dan berlari-lari mengejar cahaya di hujung lorong. mungkin cahaya itu yang aku cari-cari selama ini. ya, mungkin Si Baru sedang menunggu aku di hujung sana, siapa tahu?

Si Baru kemudiannya menghubungi aku, menyatakan rasa terkilannya pada diriku dan serentak dengan itu aku menoleh ke hujung lorong dan ku lihat cahaya harapan itu semakin malap. malap seperti hati aku yang rabak mendengarkan kata putus dari Si Baru. kemudian cahaya harapan itu makin lama menjadi makin kecil seolah-olah sekalian alam telah gelap gelita seperti hati ku yang kelam dan seterusnya cahaya harapan itu hilang. hilang bagai debu yang berterbangan.

aku dengan penuh paksa meneruskan juga langkah walaupun tidak bermaya sambil menenangkan diri sendiri. aku berkeras ingin meneruskan perjalanan walupun hati kecil telah berbisik mengatakan di hujung jalan tidak punya apa-apa.

ah, pedulikan bisikan halus itu.

aku berusaha juga sedaya upaya untuk sampai ke hujung lorong, masih lagi dengan impian yang sama, berjumpa Si Baru dan akhirnya aku berjaya tiba di penghujung lorong walaupun dengan rentak perjalanan yang sangat perlahan kerana hati rabak ini masih tidak bersedia untuk menerima sebarang kejutan di seberang sana.

dan di situ, aku lihat ada satu pintu terbuka. aku melangkah masuk penuh debaran dan harapan yang semakin menipis dan seseorang datang mendekati aku sambil tersenyum seolah-olah memahami tingkah hati ku yang tidak tenteram di saat itu seraya berkata "Welcome to Kelab Jiwa Luka, again".

aku tersenyum paksa dan mengganguk lemah. terjelepuk aku di situ mengenangkan hati yang rabak. benarlah seperti apa yang dibisikkan oleh hati sebentar tadi. lalu pintu itu perlahan-lahan tertutup dan kemudiannya menjadi tembok penghalang kekal antara aku dengan Si Baru. selamat tinggal dunia impian.

dan hati masih lagi berbisik halus. maaf, kerana tidak adil dalam membuat penilaian. maaf, kerana tidak cukup sempurna dalam kelakuan. maaf, kerana tidak memahami segala tindakan. maaf, kerana aku insan penuh kekurangan.

sabarlah duhai hati. mungkin belum masa nya.

Saturday, February 7, 2009

The Kooks

Cerita Palsu

mari sini dengar cerita palsu ku.

pernah kah kalian rasakan at one time in your life, you are not yourself, and what the most pathetic part is you are worse than before. how come?

ish, kompleks lagi.

aku sedang mengalami kekacauan jiwa dan ini adalah akibat tidak pandai sebatikan unsur angan-angan dengan realiti hidup sebenar. ya, kadang-kadang kita perlu berangan-angan atau mungkin perkataan yang kebih baik adalah mempunyai impian dan seterusnya kita berusaha untuk mencapai impian tersebut.

sebagai peringatan untuk diri aku, jangan tamak dalam membina impian melainkan kamu memang boleh mencapainya. apa salah nya berimpian satu demi satu dan mencapainya dengan mendaki langkah satu demi satu juga. senang cerita, fokus apa yang paling penting buat kamu ketika ini.

jadi berbalik kepada keadaan aku sebagai seorang pelajar yang kurang berdedikasi, aku kira tingkatkan prestasi aku sebagai seorang penyelidik muda sehingga ke puncak kejayaan adalah tugas penting aku sekarang. oleh sebab itu, aku harus mengabaikan perkara-perkara kurang penting yang lain, yang mungkin penting untuk aku pada ketika-ketika yang lain, tapi bukan sekarang. totally not now.

antara perkara-perkara yang kononnya ingin aku abaikan ialah
  1. membuang masa bersama Si Baru dan juga mengurangkan pengiriman salam kerinduan penuh iltizam or whatever it is kepada beliau. aku perlu kurangkan pameran kasih sayang yang berlabuh dalam diri ketika ini.
  2. pembaziran kewangan mingguan ke arah yang kurang benar seperti yang telah diceritakan oleh Lady Gagah. berhutang adalah perkara yang sangat berjaya membuat aku pura-pura selesa.
  3. amalan waktu rehat yang teramat panjang dalam kehidupan aku seharian yang sangat kurang menarik ini. aku perlu lebihkan masa dengan bersosial bersama teman-teman tanpa membazirkan wang.
dan ini pula adalah perkara-perkara yang perlu disemai dan dibaja dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.
  1. meningkatkan tahap kesedaran diri bahawa tahap kerajinan yang aku tunjukkan secara automatiknya akan meningkatkan taraf kepercayaan Si Cekgu kepada diri ini sekaligus elaun bulanan juga akan bertambah. mari merajinkan diri dan meningkatkan gaji.
  2. mengingatkan diri tentang Si Orang Kampung di hujung sana yang sentiasa berharapkan akan kejayaaan aku. aku sudah kurang berhubung melainkan hanya perkara yang terdesak. tsk tsk. kejam nya diri ini.
  3. mendekatkan diri dengan Yang Satu agar jiwa menjadi lebih tenang dan kehidupan berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah dibuat lebih awal. ingin kembali mencontohi keadaan di zaman sekolah menengah suatu ketika dahulu.
oleh sebab itu, aku lancarkan pula Azam Bulan Kedua untuk Minggu Ketiga [kecilkan skop agar lebih mudah untuk dicapai]. harap-harap menjadi lah. usaha tangga kejayaan. eceh.

Thursday, February 5, 2009

Si Ayah

Selamat hari ulang tahun kelahiran buat lelaki yang paling aku sayang sepanjang hayat ku. semoga hidup sentiasa dalam keberkatan Yang Esa.

i love u from the bottom of my soul. i really do.


Wednesday, February 4, 2009

Kompleks #3

aku mohon maaf pada diri sendiri kerana membohongi hati dan naluri ini. cewah. walaupun semangat berkobar-kobar telah aku tanamkan dalam diri beberapa hari lepas, api nya kembali padam pada hari ini. kesian kepada Azam Bulan Kedua aku.

aku kembali kepada keadaan seperti sedia kala apabila melihat kan tingkah laku Si Cekgu yang turut sama kembali kepada zaman dahulu kala. mungkin Si Cekgu sangat sibuk, menyebabkan beliau kurang mengunjungi aku di bawah tanah ini. Alhamdulillah. heheh.

tambahan pula aku sekarang punya masalah dengan kawan seluruh alam maya membuatkan aku mula terfikir untuk mengundur diri. kebetulan pula aku baru nak berjinak-jinak dan mengenali Si Baru, jadi aku kira lebih baik aku mengurangkan kontroversi dan meningkatkan prestasi buat sementara waktu.

tapi malangnya, aku cuma dapat bertahan hanya sehari atau mungkin kurang daripada 24 jam mungkin kerana dunia maya ini adalah tempat untuk aku luahkan isi terpendam dalam hati dan juga untuk membebaskan diri daripada belenggu realiti. tapi, aku sedar yang realiti itu adalah pasti dan aku tidak dapat lari daripada kenyataan bahawasanya perkara-perkara buruk do happens in life. tambah teruk apabila perkara itu datang dari dunia maya yang aku ciptakan sendiri. senang cakap, tak ada masalah, tapi cari masalah.

sekarang bila dah bermasalah, kawan-kawan mula menjauhkan diri dan memulaukan aku. walaupun tidak secara terang-terangan, tapi aku dapat rasa ketegangan dan ketidak ikhlasan yang wujud dalam ikatan pertalian antara kau dan aku. aku juga mula bersikap was-was dan rasa syak wasangka mula terbit perlahan-perlahan dari hati kecil yang mudah terpengaruh ini.

aku mula lihat jalinan persahabatan kita dari sudut yang berbeza, sudut yang lebih negatif. aku tidak mampu untuk berpura-pura dan bersikap optimis dalam apa saja tindak tanduk yang ditunjukkan. tetapi memandangkan ia hanya sandiwara dunia maya, aku juga mula memainkan wayang sendiri. aku berdrama secara solo mengikut langkah mereka supaya aku juga seiringan dalam cerita kali ini.

ah, kompleks nya.

apa yang ingin aku nyatakan di sini adalah aku masih lagi aku yang dahulu, mungkin juga kalian begitu. tetapi disebabkan tidak sehaluan pendapat dan salah faham yang wujud menyebabkan aku diketepikan atau pun aku terasa seperti diketepikan.

tapi tak mengapa, aku masih boleh bernafas tanpa kalian.

Monday, February 2, 2009

Hari Pertama

selepas semangat aku berjaya dikobar-kobarkan untuk tidur awal semata-mata demi punch card, aku pun mula berkira-kira dalam kepala otak setiap langkah-langkah yang perlu aku lakukan pada esok hari, yakni hari ini la.

1. mula-mula mesti bangun awal.

-ok, tadi pagi aku bangun 0913 pagi. awal daripada biasa. done!

2. kemudian, bersiap-siap secepat mungkin dan catch bus yang paling awal aku dapat.

-ye, of course la bas pukul 1000 paling awal. done!

3. dah sampai lab, perkara pertama kena buat, log in [punch card online]

-err, awal-awal sampai, aku cari kelibat Si Merah. kereta tiada, sandal tiada, batang hidung lagi lah tiada. which means Si Merah masih belum sampai. which means Si Merah juga tidak punch card. which then membuatkan aku mengambil keputusan juga untuk tidak punch card.

selang setengah jam, otak baru boleh berfikir, mungkin juga Si merah sudah datang dan log in tetapi kemudian nya menghilangkan diri. [ini adalah kes biasa bagi Si Merah dan aku. juga tidak ketinggalan Si Pembantu aku]. memikirkan tentang itu, membuatkan aku bimbang dan menjadi tidak keruan.

tetapi aku masih tidak berbuat apa-apa, hanya mendiamkan diri dan teruskan kerja. lagipun aku berpegangkan alasan ketiadaan sambungan internet pada hari ini menyebabkan aku gagal untuk log in dan punch card buat hari pertama.

aku kira itu adalah alasan yang kurang teguh, tetapi memandangkan itu adalah jawapan terbaik yang dapat diproses pada masa kini, jadi stick with that one.

4. masuk lab dan lakukan eksperimen, at least mencuba.

-sedang aku berusaha nak masuk lab, tetiba teringat bahawasanya aku masih belum melakukan kira-kira dan aplikasi ilmu hisab ke atas bahan-bahan yang akan digunakan. lantas aku ubah plan no 4 kepada no 5 yang berbunyi seperti berikut.

5. hari ini aku hanya buat kira-kira sahaja, esok baru buat eksperimen.

membawa kepada langkah seterusnya.

6. kerja aku habis di sini sahaja pada hari ini.

-begitu lah berlalunya hari pertama aku dalam perlaksanaan Azam Bulan Kedua.

Sunday, February 1, 2009

Azam Bulan Kedua

Alhamdulillah, aku sudah kurang demam dan semakin sihat. cuma pening masih lagi menghantui benak kepala ketika malam menjelma. kadang-kadang masih lagi tidur bertemankan bam yang sedikit sebanyak dapat membantu aku untuk kembali menyambung tidur seperti sedia kala.

esok adalah hari pertama aku untuk pergi ke lab dan mempunyai punch card. aish, naik risau aku dibuatnya. berdasarkan pengalaman aku yang kurang mudah membuka mata sebelum mentari pagi muncul dan juga kerana kurang cergas pada waktu dinihari, maka aku sangat lah risau. lebih-lebih lagi apabila memikirkan elaun aku bergantung kepada tahap ketepatan aku datang melaporkan diri.

untuk pengetahuan kalian, aku tidak pernah memiliki punch card melainkan semasa menjalani latihan amali luar iaitu di sebuah pusat amalan kesihatan di negeri saudara mara aku. itu pun aku telah berjaya melambat-lambat kan tempoh pengaktifan punch card tersebut dengan melengah-lengahkan sesi pengenalan diri kepada penyelia luar aku ketika itu.

ye, aku sangat tidak gemarkan punch card pada ketika itu kerana ia boleh menjadi salah satu punca aku dan rakan pelatih lain dimalukan saban hari selain daripada sebab-sebab lain yang kurang munasabah dan tidak perlu aku terangkan di sini. hanya aku dan rakan pelatih berkaitan sahaja yang sama-sama berkongsi pengalaman pahit kami semasa menjalankan latihan amali yang penuh azab itu.

berbalik kepada isu punch card, aku dan rakan pelatih sebaliknya dibantu oleh seorang Si Pegawai Baik Hati yang akhirnya menjadi kawan baik kami dan beliau secara sukarela menolong kami dalam sindiket punch card sekiranya kami dihalau oleh ketua jabatan pusat kesihatan terbabit.

jadi sepanjang proses latiihan amali tersebut, aku dan rakan pelatih banyak bergantung kepada Si Pegawai Baik Hati tersebut sehingga kan Si Pegawai Baik Hati itu menjadi sasaran untuk bersoal jawab semasa penyelia dalaman aku datang untuk menilai prestasi pelajar di luar kampus.

oh, sebelum aku terlupa, Si Pegawai Baik Hati tersebut adalah senior aku yang juga dalam erti kata lain, penyelia dalaman yang datang tersebut adalah bekas pengajar beliau. maka sebab itu lah mereka lebih mesra berdasarkan tingkah laku Si Pegawai Baik Hati tersebut yang lebih kerap berjumpa dengan tenaga pengajar semasa hayat nya menjadi seorang pelajar. tidak seperti aku yang sangat kurang atau mungkin tidak pernah berjumpa dengan tenaga pengajar sepanjang tempoh pengajian atas sebab-sebab tertentu.

mungkin juga disebabkan aku kurang disoal siasat dan kemesraan antara mereka adalah sangat baik, maka aku mendapat lulus cemerlang dalam latihan amali aku walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan menyebabkan aku langsung tidak berharapkan keputusan yang baik pada ketika itu.

percaya atau tidak, aku hanya berdoa agar aku lulus sahaja kerana aku tidak yakin dengan markah yang diberikan oleh penyelia luar aku yang lebih memihak kepada ketua jabatan pusat kesihatan yang sangat tidak gemar akan pelatih amali.

ok, tutup buku, kisah lama.

apa yang aku nak cakap ialah aku kurang yakin pada kebolehan diri sendiri untuk memulakan langkah baru dalam hidup bermula esok pagi. oleh sebab itu, alang-alang [kalau] aku datang pagi, maka akan aku mulakan eksperimen baru pada pagi esok dengan menggunakan bahan kimia baru demi untuk mendapatkan keputusan yang baru dan harap-harap juga yang lebih baik.

jadi, esok semua yang berkaitan dengan aku adalah benda baru. aku harapkan aku berjaya jalankan niat aku ini bukan sahaja untuk esok hari tapi juga untuk hari-hari seterusnya. amin.