Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, January 5, 2009

Tekanan

ah, aku tertekan lagi. buat kesekian kali nya dalam tahun baru yang masih sangat la muda ini. aku pun kurang pasti sebenarnya kenapa aku asyik jadi macam ni sejak kebelakangan ni. aku syak ada kena mengena dengan kejadian berdarah perempuan. memang akan moody setiap bulan, tu kalau jenis yang rezeki lebih lah.

sekarang ni kondisi aku sangat lah sihat seluruh anggota badan tapi cuma emosi aku yang terlebih-lebih nak mengawal tindak tanduk. mengada-ngada lak dia, lebih daripada minda aku pulak. maka nya aku sekarang bertindak mengikut emosi, bukan minda.

haih.

tadi pagi aku tak masuk lab dengan menggunakan alasan standet perempuan itu lah. maka aku terlepas lah daripada serba salah dan susah hati kerana menipu orang atasan. sebab nya apa yang aku gunakan sebagai alasan itu adalah benar sama sekali. cuma nya ia berlaku 2 hari lebih awal. tapi, apa salah nya aku gunakan dalam masa terdesak seperti tadi.

malang nasibku. ingat kan dapat lah berehat walaupun dah lebih 2 hari aku berehat tanpa melakukan apa-apa aktiviti berfaedah untuk kerajaan mahupun diri sendiri. tapi ada juga tugasan dari orang atasan. tapi dengan tone suara yang lebih lemah lembut kerna merasakan aku sedang menanggung penderitaan yang sangat berat.

ye, aku memang sangat derita bila saja aku terdengar ringtone kepunyaan orang atasan ku itu.

derita aku akan bertambah-tambah sekira nya otak aku tidak cukup cepat untuk memikirkan alasan paling munasabah sebagai salah satu cara untuk mengelak daripada tekanan yang bakal tiba. aku pun tidak lah pasti kenapa aku harus berasa sangat tertekan bila saja kedengaran ringtone beliau. malah aku dah set kan lagu yang aku suka, untuk menambah minat dan perasa pada ringtone beliau agar setiap kali ia berdering aku akan jawab dengan penuh suka hati sambil menyanyi kecil.

malangnya rancangan bijakku itu tidak berhasil untuk mengurangkan tahap tekanan aku setiap kali mendengar lagu Gabriella Cilmi itu. malahan aku jadi bosan pada lagu tersebut pulak. kesian lagu tu. ah, aku mengarut lagi.

apa yang aku cuba sampaikan di sini adalah aku sangat bosan apabila ditekan-tekan dan disuruh melakukan tugasan secara bertubi-tubi dalam usaha untuk siapkan sesuatu perkara yang memang pada dasarnya akan memerlukan penumpuan yang tinggi dan masa berkualiti yang sangat lama. malangnya orang atasan aku seperti tidak faham atau mungkin tidak ingin faham akan tahap kebolehan aku ni. mungkin dia nampak aku seperti robot yang sangat efisien agak nya. entah lah, aku pun tak pasti.

kadang-kadang aku berasa sangat terganggu dengan panggilan dan sms daripada pihak atasan yang akan masuk secara bertalu-talu sekiranya aku cuba untuk mengabaikan beliau. aih, dah bunyi macam orang berpasangan pulak. setiap connection yang ada akan digunakan oleh beliau untuk sampai kepada aku, tak kira lah samada perlu gunakan mana-mana individu yang tidak bersalah yang berada dalam jagaan nya atau gunakan khidmat e-mail atau yahoo messenger atau sms atau panggilan yang sangat memberi tekanan. tu pun nasib baik aku tidak punya khidmat 3G. aku tak dapat bayangkan sekiranya aku mampu membeli perkhidmatan tersebut, apakah jenis tekanan yang akan aku terima. ah, ngeri.

perkara sama juga akan dilakukan apabila individu berlainan mengabaikan beliau, kadang-kadang aku yang mesti jadi orang tengah sehingga kan aku rasa sangat lah ralat nya. begitu lah proses yang berlaku sepanjang aku berada di sini.

aku tidak pasti apakah orang atasan aku ini tidak punya kehidupan lain selain daripada kami si orang bawahan. ye, aku faham lah aku sebagai orang yang bertindak mengikut arahan hanya perlu menggangguk setiap kali di beri tugasan. tapi aku juga pohon kerjasama yang setimpal daripada beliau. maksud aku beri lah kami si orang bawahan ini nafas dan ruang sedikit untuk berasa lebih bebas.

kami si orang bawahan juga punya kehidupan lain selain daripada mengabdikan diri kepada orang atasan. kami masih punya sisi cerah, gelap dan mendung kami yang ingin dilalui bersama saudara, rakan taulan dan kekasih hati. sila lah terima hakikat yang kami bukan terikat untuk berada di bawah anda sepanjang waktu dan ketika. oleh itu, tolong lah jangan kacau kami semasa bukan waktu bekerja walaupun pada dasarnya waktu bekerja anda adalah 24/7. tapi sila keep in mind bahawasanya kami si orang bawahan bukan lah sama seperti anda yang sangat komited pada kerja serta segala perkara yang sewaktu dengannya dan kalau boleh, kami memang tak ingin menjadi seperti anda.

harap anda faham akan isi hati kami. sekurang-kurang nya, sila la cuba untuk faham walaupun sekejap.

No comments: