Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, January 16, 2009

Ralat #4

sebenar nya dah boleh masuk ralat kelima pada tahun ini, disebabkan 5 hari sudah aku gagal menjalankan misi kerajinan tahap tidak melampau yang secara tidak langsung menjadi azam tahun baru. azam ini akan berkekalan selama 2 tahun, walaupun dengan peningkatan yang tidak baik, akan ku teruskan jua demi Si Cekgu tersayang.

aku pun tidak pasti bahana atau bala apa yang telah menimpa sifat rajin dan berfikir secara rasional aku yang menyebabkan aku sentiasa patuh dan akur pada sifat yang kurang rajin atau malas aku yang semakin menebal. mungkin aku perlukan seorang atau sesuatu booster untuk aku menggapai kembali saat-saat kegemilangan aku suatu ketika dahulu. siapa sudi, sila isi borang.

dulu aku pernah juga tidak cemerlang, malah sangat jauh untuk melepasi garisan cemerlang itu. sehingga lah satu ketika, aku terdengar rakan-rakan sebaya ku berbisik.

"jangan bertanya pada Si Ralat, dia tu kurang pandai. mari kita tanya Si Polan yang lebih pandai".

tersentap aku sekejap, sebab aku tahu mereka berkata demikian dengan penuh yakin bahawasanya aku tidak memasang telinga. tapi, mereka silap. aku sangat lah memerhati keadaan sekeliling dan berjaya mendengar bisikan-bisikan penuh tajam itu.

lantas, dari situ aku mula mendaki tangga-tangga ke arah kejayaan. oh ye, masa tu aku dalam perjalanan nak menduduki peperiksaan tingkatan 3. aku berusaha bersungguh-sungguh walaupun sentiasa tidur selama sejam sewaktu kelas prep. itu adalah wajib. aku mesti tidur sekejap dan bangun tepat sejam kemudian sehingga kan kawan sebelah meja aku sangat cemburu kerana aku ada timer untuk tidur. sebab biasanya kalau pelajar yang suka tidur masa prep, mesti tidur sehingga habis waktu prep. kemudian bangun tidur dan terus balik, berkejaran ke dewan makan untuk minum petang.

semangat aku juga pernah diturunkan dengan jaya nya oleh 2 orang cikgu Bahasa Melayu aku. keputusan peperiksaan aku dalam subjek tersebut adalah kurang memuaskan berbanding rakan-rakan ku yang lain. aku diperkecilkan di hadapan kawan sekelas, di mana tindakan itu merupakan salah satu daripada perkara yang sangat menjengkelkan aku. tapi, aku bersyukur sebab dari situ lah aku mula menetapkan matlamat dan impian untuk mencapai straight A`s. aku mula giat bersukan, eh belajar dengan bersungguh-sungguh ditambah pula dengan kem-kem motivasi yang aku sertai, maka semakin berkobar-kobar lah semangat aku untuk cemerlang dan kemudian berpindah ke sekolah impian.

setahun kemudian, kerja keras aku mula membuahkan hasil. aku dilantik menjadi ala-ala penolong rakan sebaya akademik dalam subjek Bahasa Melayu. aku ditugaskan mengajar rakan-rakan sebaya yang mendapat keputusan agak lemah sepanjang tahun lepas. ternganga cikgu tu tengok aku terpilih.

ok, aku tipu.

mungkin tak ternganga, tapi aku pasti beliau terkejut. atau pun itu memang merupakan strategi beliau untuk melihat aku bersusah payah menggembleng tenaga dan berusaha dengan jayanya dan kemudian mendapat keputusan cemerlang lalu terbang berpindah ke sekolah lain. entah, aku tak pasti.

yang aku pasti, aku berjaya dapat keputusan yang bagus dan membolehkan aku keluar dari sekolah itu dengan penuh bangga di hati. terketar-ketar tangan masa nak ambil keputusan peperiksaan tingkatan 3. oh, saat yang paling bahagia buat aku sepanjang 15 tahun hidup.

jadi merujuk kepada status aku sekarang, mungkin aku sedang memerlukan booster buat kesekian kali nya supaya aku dapat berubah.

booster itu tidak semestinya seorang kekasih yang sentiasa ada untuk aku atau ibu bapa yang sentiasa memberi kata-kata perangsang atau pun kawan-kawan yang sentiasa menjadi tempat luahan perasaan.

booster boleh jadi datang dari kata-kata nista atau sindiran penuh tajam kepada aku seperti yang telah aku ceritakan di atas kerana bagi aku kata-kata pedas ini lebih berjaya membuatkan aku insaf dan berubah secara mendadak selain daripada peringatan dan pesanan daripada Si Ayah dan Si Emak yang menyebabkan aku menangis teresak-esak semasa peperiksaan akhir di matrikulasi. ok, cerita lain.

dan sekarang aku masih mencari di mana booster itu berada. kalau ada jumpa, sila sms aku ya? terima kasih.

No comments: