Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, January 21, 2009

Mari Merajinkan Diri

aku malas nak menulis, tidak punya idea untuk merapu kapunden lagi. ketandusan peristiwa menarik dalam hidup kebelakangan ini. maka, kekurangan juga artikel ralat aku di sini.

oh ye, semalam aku berjaya untuk melepaskan diri dari cengkaman lab dan juga Si Cekgu. aku dengan sukacita nya telah merewang-rewang bersama seorang teman ke pantai. ahaks. adakah perbuatan aku salah? ye, salah sama sekali kerana aku sedang memegang status pemonteng dan si peneman juga turut memegang status yang sama ketika itu.

aku sangat gembira pabila jam di tangan menunjukkan hampir melepasi pukul 1715, waktu biasa aku untuk pulang ke pangkal jalan dan jika sekiranya Si Cekgu membuat keputusan untuk melepaskan rindu pada masa tersebut, aku boleh menggunakan alasan bahawasanya waktu untuk bermesraan dengan anda sudah expired. sila cuba lagi esok. [aku harap aku betul-betul boleh keluarkan ayat sedemikian rupa di depan beliau]

Si Cekgu tidak menghubungi talian telefon aku seperti yang aku harapkan, tetapi cukup dengan menghantar sms yang berbau ugutan dan paksaan jika dibaca dengan menggunakan intonasi orang bawahan seperti aku. aku membuat keputusan untuk membiarkan sahaja sms tersebut.

ah, aku tersilap langkah. selang beberapa jam kemudian, Gabriella Cilmi mula menyanyi-nyanyi. aku dengan penuh keterbukaan fikiran bahawa sudah melepasi waktu bekerja dan aku tidak perlu ada rasa gentar maka aku terus menjawab panggilan rindu tersebut. Si Cekgu mula mengesyaki ketiadaan aku di lab pada waktu dinihari dan mempersoalkan kredibiliti aku terhadap tugas yang diberikan. aku berjaya menangkis segala tohmahan dan soalan daripada Si Cekgu. beliau semacam tidak berpuas hati, tetapi hanya membiarkan sahaja aku melalut dan merapu sendirian berhad. ku kira ada masalah yang lagi besar yang difikirkan atau mungkin Si Cekgu cuba untuk menjadi seorang yang optimis dengan jawapan dan harapan yang aku berikan sebentar tadi.

selesai sahaja aku melepaskan rindu, kami mula berangkat pulang ke jalan yang benar sebab tahap kegembiraan aku untuk berewang-rewang mula susut secara linear. dan fikiran aku mula diserabutkan dengan bayangan sampel-sampel di dalam lab.

so, hari ini aku nak bertindak mengikut arahan la ni. sedang menunggu kehadiran rakan sekerja untuk membantu. ye, aku tak boleh buat sendirian berhad kerana aku tidak boleh menanggung kesalahan seorang diri seandainya berlaku kejadian yang tidak diingini pada sampel. lagipun kami memang ditugaskan untuk sentiasa bersama ke mana sahaja pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada.

sekian, dari aku yang rajin pada hari ini.

No comments: