Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, January 18, 2009

Kompleks #2

sudah 2 malam berturut-turut aku berjaya memboloskan diri ke kota sesat dan membuang masa dengan rakan-rakan di salah satu sudut dunia sehingga pagi menjelma. aku juga berjaya meluaskan rangkaian kenalan baru serta mengurangkan belanjawan mingguan. ahaks.

oh, apa yang ingin aku sampaikan di sini adalah perasaan bodoh yang mula menyelinap dalam hati. aku telah membuat undang-undang sendirian berhad yang menyatakan bahawasanya kenalan ini hanya akan kekal sebagai kenalan di dalam skrin komputer dan tidak akan sekali-kali menembusi emosi diri. seboleh-boleh nya aku telah berusaha sedaya upaya menolak setiap godaan dan gangguan dari kaum bukan sejenis.

ya, aku sangat ingin bersendirian. malangnya semalam menjadi saksi aku mencapai tahap kesukaan kepada seorang kenalan yang melebihi sukatan yang sepatutnya. maka secara automatik aku telah melakukan perkara yang ku kira adalah sangat bodoh. oh, aku paling benci saat hati aku menyatakan bahawasanya aku telah berjaya memalukan diri sendiri dengan tindakan tanpa akal fikiran yang panjang.

sebelum itu, aku telah terlebih dahulu memulakan sesi memalukan diri apabila aku berjaya berkongsi cerita hati ini kepada seorang kawan dan sebelum pulang ke jalan yang benar buat kali kedua, aku telah mendapat sedikit ruang untuk berfikir secara waras dan berasa sangat lega seolah-olah telah berjaya memindahkan sebahagian perasaan bodoh kepada kawan tersebut walaupun beliau tidak mempunyai plot dalam episod kali ini.

ok la, aku tidak berdaya lagi untuk memaparkan tahap kebodohan melampau diri ini. jadi ringkaskan sahaja dengan menujukan lagu ini [Rawan-Azharina] kepada anda. khas buat kamu Si Lampi. sila maafkan aku.

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini ku akui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti

maaf, agak menjiwa-jiwa. fikiran masih serabut sekarang dan berasa bodoh ya amat.

ah, ralat lagi.

No comments: