Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, January 4, 2009

Ralat #2

aku kurang pasti apa yang perlu aku catatkan di sini. cuma nya aku rasa macam nak menulis. sehari suntuk aku berusaha mencari wajah baru blog di sana sini. penat mencari, ada lah beberapa yang berkenan di hati. tapi tak masuk pulak dengan blog, dengan isi kandungan nya.

susah jugak ye bila dah mula mengubah suai ni, banyak masa yang terbuang. sampai naik sakit tengkuk aku ni asyik meniarap. ye, aku tak punya meja cantik untuk laptop ku. ah, abaikan. tapi tak apa lah, aku memang punya banyak masa pun tanpa ada aktiviti menarik untuk dilakukan sepanjang hari ini.

sepatutnya keluar dengan Si Teman, dia janji nak jumpa di tempat sekian sekian. tapi pagi tadi aku dapat sms yang menyatakan dia punya kerja pulak. ah, tetiba je. aku geram betul lah dengan individu yang semacam ini. tak tahu lah kenapa, mungkin disebabkan oleh pengalaman kot, aku jadi benci dengan orang-orang yang hanya boleh berjanji, tapi tak bisa tunaikan.

kalau lah tahu boleh jadi ke tidak, bagitahu lah kemungkinan untuk anda tidak hadir adalah sangat rendah dan peluang untuk berjumpa adalah sangat nipis. aku boleh faham, sekurang-kurang nya aku akan cuba untuk faham.

aku pun kurang pasti apa masalah dalaman aku ni sebenarnya. kenapa aku masih perlu memberi ruang dan waktu untuk Si Teman yang aku tahu dengan secara jujur dan ikhlas nya, kami tidak akan bersatu. tidak sama sekali.

mungkin juga sebab aku yang tidak tegas, lemah dan cepat kasihan. aku memang macam ni. aku tak reti nak menolak secara baik. alih-alih aku dipermain. ah, aku dah biasa sangat dah.

aku ingat lagi zaman waktu aku sekolah menengah dulu, ada seorang kawan aku ni. entah mimpi apa la kami waktu itu. kawan aku beria memujuk aku untuk menyolekkan muka aku yang masih suci pada masa itu. yelah, muka budak, belum ada jerawat lagi lah. aku tak pasti lah samada kawan aku ni geram kat muka aku atau dia memang saja-saja nak main.

dia cat muka aku dengan water colour. damn.

aku pun tak ingat dah macamana boleh jadi sampai macam tu, tapi separuh je muka aku yang dia berjaya cat kan. sambil gelak-gelak melihat lukisan nya di atas muka aku. konon-konon macam artis lah tu. dan aku? aku biarkan saja. aku tak tahu kenapa. sedangkan aku memang dalam keadaan sepenuhnya sedar bukan separa sedar atau mamai ke ape ke. dan aku biarkan saja dia solekkan aku macam opera cina.

aku cuma tersedar bahawa tindakan dia tu salah bila kawan aku yang lagi seorang menegur aku.

"kenapa kau biarkan dia conteng muka kau?"

tanya kawan aku dengan penuh muka risau dan ambil berat sambil geleng-geleng kepala. kemudian aku terus berlari-lari ke tandas paling dekat dan cepat-cepat basuh muka aku bersih sebersihnya dengan penuh rasa bengang dan rasa bodoh.

tapi, yang paling pelik dan tidak aku faham sampai sekarang, aku tidak marah pada kawan aku si artis tu. aku hanya senyum-senyum dan kemudian terus bersembang dan buat macam tiada apa pernah berlaku. seolah-olah tidak pernah berlaku kejadian kelas lukisan di atas muka ku sebentar tadi dan kawan aku juga macam tidak punya rasa bersalah. langsung. dia hanya ketawa kecil dan kembali bergurau senda.

err, adakah aku termasuk dalam kategori mangsa buli?

dan paling menakjubkan, aku masih berkawan dengan si artis tadi. sehingga sekarang. mungkin dia pun tidak ingat apa yang dia pernah buat pada aku dulu.

lagi satu, kawan aku si artis ni juga pernah cuba untuk menjirus air ke atas aku dari tingkat 3 bangunan sekolah. haih. tapi tak berjaya sebab wujud nya kepincangan dalam ketepatan pengiraan langkah kaki aku. air tu jatuh dulu sebelum aku sempat lalu, dan aku serta merta la mendongak ke atas dan ternampak dia dan lagi seorang kawan bergelak ketawa seolah-olah seronok dan sangat gembira dengan tindak tanduk bodoh yang baru dilakukan.

nasib baik tak kena, kalau aku kebasahan hari tu, sudah pasti aku akan terus pulang ke asrama dan buat-buat sakit lantas terus tidur dan abaikan kelas. dan aku mungkin akan terponteng kelas paling penting yang kemudiannya akan menyebabkan aku gagal peperiksaan akhir dan seterusnya tak dapat sambung belajar di maktab. ok, aku mengarut.

duhai kawan, andai nya awak terbaca blog saya ni, saya maafkan awak walaupun awak tak pernah dan tak akan meminta maaf daripada saya regarding on that episode of my life. saya maafkan awak, cuma saya harap awak tak bahagia terlebih dahulu daripada saya walaupun awak dah punya teman sekarang. selamat malam awak.

No comments: