Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, January 12, 2009

Hujung Minggu

aku sangat kagum pada diri sendiri kerana aku tidak terkeluar atau outing ke mana-mana sepanjang hujung minggu ni. sangat menjimatkan duit, tenaga tapi sangat lah menutup minda dan pengetahuan sebab hanya berkurung di dalam bilik tanpa udara yang segar.

aktiviti aku hanya lah beronline dan makan dan tidur. itu sahaja. wah, ini sangat tidak membantu dalam azam ingin mengurang gegem di badan. tapi, aku memang sangat tidak punya rasa atau keinginan untuk keluar ke mana-mana. memang ada yang sudi menemani aku, tapi aku terpaksa menolak sebab feel nak hang out itu tiada. lenyap.

tadi selepas maghrib, tiba-tiba je bekalan elektrik terputus, aku pun seperti biasa lah, terus menidurkan diri selepas secara sukarela menyertai Ops Mencari Lilin. malangnya operasi kami tidak berjaya. aku pun terus masuk ke dalam bilik, rebahkan badan dan pura-pura tutup mata. ah, begitu senang nak lelap walaupun aku kerap terjaga mendengarkan riuh rendah para penghuni rumah di luar sana.

Si Beyonceet dah balik, patut lah bising.

*smile jahat*

telefon aku pula hampir kehabisan tenaga. huh, great. di saat-saat genting yang penuh dengan kebosanan macam ni lah pulak bateri nak kosong. maka, aku tak dapat lah menyalurkan kredit ke jalan yang salah pada malam ini. terima kasih, maka aku dapat menjimatkan sms percuma.

oh, aku dapat juga sms yang menyatakan mengenai perang ke atas Gaza. erm, aku sangat lah tak sedap hati dengan berita-berita yang disampaikan oleh rakan-rakanku itu. aku hanya dapat membantu dengan menolong menyebarkan berita dan semoga sahabat handai turut sama berdoa dan aku benar-benar berharap agar semuanya selamat dan kembali kepada keadaan asal. Amin.

aku teruskan tidur yang pura-pura dan bila aku baru je menukar ke posisi tidur yang lebih stabil, lampu-lampu mula terpasang balik. oh, thanks God. kedengaran suara penyanyi-penyanyi di luar sana yang gembira dengan kehadiran elektrik ini. aku pun sama.

aku lantas bangun, dan ke dapur minum dan masak air. dalam mamai-mamai aku buka peti ais, ambil limau mandarin, makan dengan lahap dan terus segar balik. apa tunggu lagi, on lah my baby balik. teruskan bermain online game sehingga lah aku kalah. sebenarnya dah tak punya mood tapi disebabkan oleh tahap kebosanan dan kemalasan aku untuk membuat paper dan abstrak adalah sangat tinggi, maka aku meneruskan sahaja permainan.

3 limau mandarin berjaya aku habiskan sepanjang permainan. dan sekarang masih mencari-cari makanan ringan untuk dimasukkan ke dalam perut. oh, 3 limau yang aku telan tu adalah limau terakhir aku jumpa dalam peti ais. wah, nampaknya resolusi tahun ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya lagi.

err, aku terdengar bunyi sesuatu di dapur. mahu masuk campur kejap. selamat malam.

2 comments:

jatt said...

yaaaaa...kita semua sudah ginet..aku dan cik ani bersarapankan intenet pg td..kenyang sungguh..wahahahaa

cik ani said...

itula nasib insan-insan ginet yang xtau nak wat apa setelah peluang berginet terbantut kerana blackout..nasib kejap je..kalau 12 jam..hmm,tidolah semua insan ginet itu..dah abeh masalah blackout, masalah modem plak yg mcm ciritan wana..asyik nk jem je..