Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, January 13, 2009

Hari Ke-13

hari ni aku bangun awal, pukul 0859. awal la tu bagi aku. sebab terkejut dengar Gabriella Cilmi asyik menyanyi-nyanyi je. terus aku tekan butang silence. Si Cekgu tak puas hati, masih lagi giat mendail nombor aku sehingga 10 kali. aku tak mahu mengaku kalah, selama 10 kali juga lah aku berjaya silence kan handset.

sampai lah kali ke-9, Gabriella masih lagi tak reti-reti nak diam, aku tak tahan lantas dengan secara automatik, aku berdialog sendirian berhad "ish, sudah-sudah la.. grr [tanda geram]" sambil tangan terus menekan butang silence. aku buka mata luas-luas sebab perasaan marah dan geram mula menyelinap menyebabkan aku hilang rasa mengantuk. tengok bantal pun dah rasa macam nak baling ke dinding je.

kemudian, ada sms masuk seperti yang tertera di skrin komputer anda tertulis begini, "sila jumpa saya jam 10, nak discuss pasal paper semalam".

huh? wathaF. hanya untuk bagitahu itu saja kah? sehingga kan tidur aku diganggu sedemikian rupa. serasa macam kena serang bertalu-talu di bahagian jiwa dan emosi tadi. sangat kacau lah. argh. tiba-tiba hilang perasaan hormat sebab sangat marah.

aku paling benci makhluk-makhluk yang menggunakan jalan yang susah hanya untuk menyampaikan perkara yang benar dan ringkas dengan ada nya alternatif lain yang lebih efisien tetapi sengaja nak meningkatkan tahap kegeraman dan mengurangkan tahap kestabilan emosi pihak lain. oh, kompleks. maaf.

aku terus bersiap-siap ala kamdar dan pergi berjumpa dengan Si Cekgu. nasib baik juga Si Cekgu tidak menghantar sms atau menelefon aku lagi sepanjang masa aku berusaha menjejakkan kaki ke dalam bangunan pejabat beliau. dan aku juga terhibur dengan aksi pemandu bas tadi yang memberikan tunjuk ajar kepada kami si penumpang mengenai butang-butang lama dan berhabuk di dalam bas. oh, mungkin aku seorang je yang perasan sebab tadi ramai yang bukan berstatus warganegara Malaysia.

sebaik sahaja melangkah kan kaki ke dalam bilik beliau, Si Cekgu menyatakan rasa kerinduan beliau pada aku yang menggunung tinggi ibarat Gunung Eveready.

ok, aku tipu.

Si Cekgu nak menyerahkan balik paper yang telah aku siap ubah dan edit dengan penuh jayanya semalam. ah, takkan nak kena ubah lagi? gumam dalam hati. aku sebenar nya dah naik bosan sebab kena ubah dan ubah dan ubah paper yang bukan kepunyaan aku walaupun tertulis di situ bahawasanya aku adalah corresponding author padahal, secara dasarnya aku hanyalah corresponding editor. aku tidak pernah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses eksperimen dijalankan. entah-entah aku masih belum wujud dalam jabatan ketika itu? hmm. aku sendiri pun tidak pasti.

oh ye, hari ini adalah hari Selasa bersamaan dengan hari pasar-malam-baju-5-ringgan. tetapi semalam sudah mendapat amaran pertama oleh Si Gagah mengenai proses pemboikotan ke pasar-malam-baju-5-ringgan selama seminggu berkuatkuasa pada hari ini. oh ye, seperti yang kalian tahu, pasar malam biasanya diadakan minimum sekali seminggu, maka kami hanya memulaukan pasar malam untuk kali ini sahaja. aku juga ingin menyampaikan pesanan kepada Si Gagah agar meningkatkan tahap ketegasan dalam melaksanakan amaran yang dikeluarkan semalam. semoga kita sama-sama dapat menghindari proses pembaziran kewangan ke arah baju-5-ringgan.

oleh itu, kepada pakcik-pakcik dan abang-abang yang menjual baju 5 ringgan, nantikan kami di kemunculan seterusnya pada minggu hadapan, di hari dan waktu yang sama. sekian, jumpa lagi.

sebelum aku terlupa, ingin aku sampaikan kata-kata berunsur provokasi kepada Si Gagah serta Si Beyonceet, semoga kalian tidak akan terpengaruh dengan kata-kata bertemakan hasutan yang mungkin akan keluar dari mulut-mulut comel para penyanyi di dalam rumah mengenai pembatalan atau mungkin penangguhan pemulauan pasar-malam-5-ringgan. well, who knows?

rules are made to be broken, eh? hahah.

No comments: