Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, January 8, 2009

Ralat #3

tadi malam aku berusaha sedaya upaya mungkin untuk tidur awal selepas menghiburkan diri dengan Indiana Jones supaya aku dapat bangkit awal hari ini. ye, aku memang berjaya bangun awal pagi tadi. tapi aku kalah dengan nafsu tidur yang sangat besar dan gah. aku sambung tidur balik sampai la aku terkejut buat kali ketiga dengan kepala separa pening.

aku gagahkan diri juga untuk bangun dan bersiap sambil mengabaikan Gabriella Cilmi menyanyi-nyanyi kecil. ah, malas nak angkat lah cekgu. aku biarkan sahaja tanpa ada rasa bersalah tapi ada sedikit perasaan risau dan bimbang. adakah beliau menunggu aku di makmal? aish.

Si Cekgu tidak putus asa, beliau masih lagi mendail nombor ku semasa aku di dalam bas. aku lantas mengangkat dan jawab sahaja. mula nya ingin membuat tipu sunat buat kesekian kali nya. tapi hari ni aku malas nak menjawab. aku hanya diam kan dan mengiyakan saja apa kata Si Cekgu. ah, biarkan. lagi aku melayan, lagi aku menjawab, lagi banyak soalan dan kata nasihat dilemparkan. dan akhirnya aku juga yang pening.

maka, mood aku telah berjaya dirosakkan oleh Si Cekgu. terima kasih banyak-banyak ye.

tapi aku terus kan juga niat untuk masuk makmal dan siapkan eksperimen yang patut. ya, aku memang dah lama pasang niat, cuma menunggu hari sahaja. maklum lah, sekarang aku dah ada 2 pelajar yang bergantung harap pada aku. seorang mamat foreigner postgraduate dan seorang lagi mamat undergraduate berlainan bangsa. pening juga aku dibuatnya walaupun aku bukan lah sangat bertanggungjawab dan sentiasa memberi tunjuk ajar pada mereka tapi yang paling membimbangkan aku ialah tahap kebarangkalian untuk Si Cekgu mendapat tahu mengenai perihal kelakuan aku di makmal adalah semakin meningkat dengan bertambah nya bilangan yang berharap pada aku yang kurang rajin ini.

sekarang dah hampir 75% eksperimen berjaya aku jalankan. cuma menunggu masa untuk depositkan filem sahaja. jika diizinkan Yang Satu, maka esok akan siap projek aku ni di bahagian makmal dan akan diteruskan dalam pengukuran dan analisis. ah, itu belakang kira. yang penting sekarang aku tak mahu lagi diperlekeh oleh Si Cekgu dan di ugut dengan menggunakan wang elaun yang tidak lah seberapa itu.

haih, lega rasa hati.
ingin aku menari-nari.
bersama lagu dendangan perut ku ini.
yang kepingin untuk diisi.

dah, aku buat ayat berirama pulak. ni semua gara-gara Si Cekgu. walaupun beliau sentiasa gunakan alasan "i did this for your own sake" tapi aku tetap tak berkenan dengan cara pendekatan beliau itu yang sangat harsh, bagi aku lah. tak boleh ke gunakan cara berilmiah dan berhikmah sikit? sekaligus dapat menghindarkan diri daripada umpatan dari kami. eheh.

ye, kami si orang bawahan sentiasa bertukar pendapat dan saling berharap antara satu sama lain untuk pujuk memujuk supaya tidak mengundurkan diri terlebih dahulu sebelum habis berjuang. biasanya aku lah paling banyak contribute dalam tugasan ini sebab aku baru sahaja mendaftar kan diri di alam ini. 2 perajurit sebelum aku telah mengalah di medan perang ciptaan Si Cekgu sebelum sempat dikurniakan pingat. aku harap aku akan berjaya untuk berjuang sehingga titisan darah terakhir. eceh.

maka, mari lah kita sama-sama mendoakan kejayaan aku dan rakan-rakan aku agar sentiasa kuat semangat dan tidak cepat patah harapan di dalam medan pertempuran ini. aku akan berada di alam ini lebih kurang dalam 24 purnama, minimum. huhuh. doakan aku ye.

3 comments:

cik ani said...

sabar le dgn perangai Si Cekgu tuh..aku sentiasa doakan kamu dan raka seperjuangan yang lain terutamanya yg sebumbung denganku..sabar ye kamu..aku sgt2 mengerti perasaan kamu..(ayat novel, jangan tiru)..=)

cik ani said...

salah taip,
*rakan

Si Ralat (bukan nama sebenar) said...

oh, sangat bagus la kamu ni Si Ketua Rumah. terima kasih ya.