Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, January 7, 2009

Aktiviti di Malam Hari

semalam adalah hari yang paling panjang dalam tahun 2009. [baru je seminggu kot, banyak hari lagi boleh challenge]. pagi semalam aku bangun awal daripada biasa, sebab aku memang sudah berikrar nak bangun lebih awal dan datang lab lebih awal dan balik lebih awal. ahaks.

aku berjaya memindah milik borang permohonan aku untuk dibiayai pada tangan yang sepatutnya. ah, lega la sekejap bila satu kerja dah selesai. patut nya aku dah boleh bereskan kerja tu dari awal minggu lepas lagi. cuma nya macam malas. kan dah cakap, status terbaru aku- sangat malas. makan dan tidur je yang aku rajin. oh, lagi satu beronline. tu je keutamaan aku buat masa ini. heheh.

acara petang semalam dimulakan dengan lawatan sambil buang duit di pasar-malam-hujan. walaupun ada peniaga yang isytiharkan bahawasanya semalam adalah hari tanpa pasar malam, aku dan kawan-kawan tetap berkeras nak berjalan-jalan dalam hujan mencari bekal makanan untuk malam dan yang paling penting mencari pakaian murahan dengan harga 5 ringgan. eh, 5 ringgit. ye, itu je yang mampu kami beli, maklum lah masih bergelar pelajar. setiap orang wajib memilih dua helai setiap seorang yakni bersamaan dengan 10 ringgan.

cuma Si Beyonceet sahaja yang tak mampu membuat pilihan. lain kali buat lah pencarian fakta. dah tau fakta, senang lah buat pilihan bijak. [quote iklan ape tah]

kami melangkah pulang ke rumah dengan muka kelaparan dan kekonfiusan kerana tempat parking sudah tiada! haih. atas nasihat dan tunjuk ajar pengawal keselamatan a.k.a secret admirer Si Gagah maka kami pun memarkir kereta di tempat pelawat. masa tu dah nak masuk pukul 8 dah. aku dan Si Beyonceet makan dulu sementara Si Suisse dan Si Gagah mandi dulu. bergilir-gilir membawa berkat.

kemudian kami bersiap-siap ke pasaraya-yang-tutup-lambat untuk membeli barang-barang keperluan dapur dan masyarakat setempat. arahan dalam senarai membeli ada dinyatakan yang berbunyi seperti berikut

"dilarang membeli alat atau bahan yang berada di luar jangkaan dan di luar senarai".

maka, kami restricted pada arahan tersebut yang ditulis oleh Si Gagah, disahkan oleh aku bersaksikan Si Suisse dan dikuatkuasakan oleh Si Beyonceet. berpegang pada prinsip tersebut, maka kami mulakan perantauan mencari barang kelengkapan rumah.

sukacita dimaklumkan kami berjaya memecah belahkan larangan tersebut dengan membeli barangan seperti oat dan lain lain lagi yang aku tak ingat.

kami kembali ke jalan yang benar pada jam 1130 malam untuk meninggalkan ayam dan segala barangan dari dalam kereta. selepas mendekatkan diri pada Yang Satu kami mula berangkat ke destinasi seterusnya, downtown di Cheras.

aku berjaya menghabiskan duit pada cardigan belang dan juga selendang hitam. Si Gagah dan Si Suisse pula menjadi sukarelawan dalam kelas Mari Bersolek Bersama Cekgu Zaza [bukan nama sebenar]. oh, mereka sangat patung tapi comel. atas sebab kami telah mendengar dan menghadiri kelas bersama Cekgu Zaza itu dan berbekalkan bank bergerak a.k.a Si Beyonceet, maka kami telah sepakat paksa rela untuk membeli peralatan make-up tersebut dengan niat untuk mengamalkan prinsip 'sharing is loving' pada masa-masa berkenaan sahaja.

kami pulang ke pangkal jalan setelah bank bergerak a.k.a Si Beyonceet mula mengomel kepenatan dan lenguh sendi-sendi tulang.

sebaik sahaja sampai di rumah, aku terus mengenakan cardigan dan selendang baru. oh, sangat bagus juga kalau pakai selendang. jimat pun jimat sebab harga 10 ringgan [tapi tadi kami dapat 3 untuk 20 ringgan, sangat berbaloi], tak perlu iron sangat dan nampak kreatif sebab boleh lilit atas kepala mengikut kesukaan masing-masing.

oh, aku kepenatan.

aku keluar semula untuk berjumpa kawan separa maya dan selepas berborak perkara wajib, aku permisi kerana mata sudah mula terasa berat. semasa mendaki tangga, aku mula berasa seram sejuk seperti ada mata yang memerhatikan tingkah ku. cepat-cepat aku berlari masuk ke dalam rumah kerana aku rasa aku baru je dengar suara-suara tak best dari dalam bangunan tempat tinggal. scary ya amat.

oh, tidak. jangan bilang ada penunggu di situ. kecuali pengawal keselamatan a.k.a secret admirer Si Gagah.

sekian dari aku yang sedang takut.

4 comments:

jatt said...

cikgu jaja laa weh.kasi laa dier jd femes jap kat blog ko.penat je dier mekapkan aku spy aku nmpak spt dier (cis aku pon da nmpak mcm mak nyah dah mlm tu)..wahahahaa

Si Ralat (bukan nama sebenar) said...

mana ada dia penat. happy je nampak dapat sentuh-sentuh kau.

so, nama nyah kau apa? jattjatt? hehe.

cik ani said...

sangar dahsyat apa yg dipromosikan oleh Cikgu Jaja, berpeluh-peluh sejuk pun hilang tatkala tangannya mengenai mukaku..eeeiii..ppeelliiss..

Si Ralat (bukan nama sebenar) said...

hahah. kamu dah ternoda Si Ketua Rumah. kena lah kahwin dengan dia.