Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, January 28, 2009

Akibat Niat Salah

hari ini aku berusaha juga sedaya upaya untuk keluar dari hutan tropika kerana berasakan seperti diri ini telah berubah menjadi buah-buahan tropika yang sungguh sedap dimakan begitu sahaja. dan juga niat lain adalah untuk menyiapkan analisis sampel dan juga ingin keluar merayap bersama Si Baru.

selepas mandi manda, aku yang menurut perintah Si Suisse iaitu memberi makan anak-anak beliau, Si Wannanaizer dan Si Kittunaider kemudiannya menyatukan sampah-sampah terkumpul harian, dan menyapu sampah di bahagian dapur sahaja, baru lah aku bersiap-siap ala kamdar bertujuan untuk menyertai program jalan-jalan tropika bersama Si Baru. langsung tidak bersemangat jika niat aku ditukarkan kepada untuk menganalisis Si Sampel, walaupun sebenarnya itu lah tujuan aku yang sebenar dan berjalan-jalan hanya la sampingan sahaja.

malang nasib apabila aku tersilap langkah dan serta merta program Mari Berjalan Bersama Teman Baru Anda ditangguhkan, atau mungkin juga akan dibatalkan, walaupun segala persiapan dan angan-angan sudah dijalankan. ah, nasib lah. boleh la aku bertukar menjadi buah-buahan tropika lemau kalau macam tu. terima kasih.

mungkin sebab aku salah pasang niat kot, maka aku masih terperuk dalam lingkungan kawasan yang sama.

sebenarnya aku sangat lah ingin membuka minda aku kerana sudah 2 hari aku berkurung dalam rumah sepanjang percutian dengan sebab ketiadaan pengangkutan bukan awam yang boleh membawa aku keluar dan juga tidak punya teman tidur, eh, teman-borak-sebelum-tidur-yang-nyata menyebabkan aku terpaksa meminjam Si Kaunselor untuk menemani aku yang keseorangan. oleh sebab itu la aku sangat berharap akan kehadiran Si Baru untuk menemani khayal ku pada hari ini.

aku bosan, ulang suara, aku bosan.

untuk 2 hari, aku telah berjaya membunuh waktu dengan hanya bermain game tetapi bukan tetris atau pacman seperti kaum penyanyi dalam rumah kerana aku tidak berjaya dipengaruhi oleh Si Beyonceet sebab aku telah pun ketagih kepada permainan lain iaitu Mari Membina Rumah.

dan semalam selepas berjaya jatuh pengsan selama 4 jam gara-gara menelan ubat Si Beyonceet, aku terjaga tepat jam 0001 dan tidak dapat meneruskan ketiduran, maka aku telah berjaya membina karier sebagai seorang taikun pembinaan rumah dan dapat untung berjuta-juta. alangkah bagus nya kalau aku boleh keluarkan duit-duit tersebut, maka tak perlu lagi menunggu elaun yang entah bila akan disalurkan ke dalam akaun aku.

ya, aku sangat sengkek sekarang. mari rakan-rakan, hulurkan tangan, ringankan lah beban.

No comments: