Pengikut

Cari Makan Sikit

Saturday, December 27, 2008

Kompleks #1 : Wajar?

hmm.. aku ada satu soalan yang tak berapa penting pun pada kamu semua. tapi agak penting untuk aku. jadi aku mahu kalian memberi jawapan seikhlas mungkin walaupun kamu sebenarnya tidak berminat untuk menjawab.

aku hanya mahu pendapat.

wajar kah aku menghebahkan mengenai blog aku ni? atau cukup kah sekadar hanya dibaca oleh sesiapa yang kebetulan berasa bosan lantas terjumpa blog ini?

maksud aku, kalau aku hebahkan ke serata ceruk dunia, bermaksud kawan-kawan rapat aku atau yang tak rapat pun akan serta merta tahu the other side of me. and i don`t think i want it that way. kalau boleh aku ingin kan blog ini menjadi misteri. macam blog Encik Misteri itu, yang aku suka.

sekiranya ada pembaca yang terdiri daripada kawan atau kenalan aku tapi mungkin tak mengetahui bahawa ini blog kawan nya yang dikenali dalam dunia realiti sebab aku memang berhasrat nak rahsiakan semua ini dari penduduk kampung. hahah. konon-konon macam nak wujud kan personaliti lain lah pula.

tapi kan, sebenarnya, dah sebulan aku sebarkan link blog aku dalam akaun jaring lelabah yang aku ada. dan ramai pulak yang dah masuk. baru la macam hidup sikit blog ni. aku pun rasa seronok juga. maksud nya ada la orang yang sudi masuk kat sini. left some comments and so on. thank you.

eh, panjang pulak.

soalan sebenar aku, wajar kah aku memisterikan blog ini atau menghebahkan pada kawan-kawan saudara mara sepupu sepapat atau whatsoever?

pandangan anda sangat lah aku hargai. terima kasih.

2 comments:

Anggunism said...

Ak juga mempunyai persoalan yg sama seperti kamu lah cik ralat..wajarkah?

aku ralat said...

soalan aku tanya kamu. mana boleh kamu tanya balik.