Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, December 31, 2008

Pergi dan Datang

hari terakhir dalam minggu terakhir dan bulan terakhir untuk tahun 2008. hmm. apa ya yang aku dapat sepanjang tahun ini? mari kita flashback.

awal suku pertama, aku masih bergelar pelajar, tahun akhir semester akhir. bekerja keras bertungkus lumus siap kan projek tahun akhir. aku bersungguh-sungguh nak siapkan projek dengan kadar yang segera secara efisien yang mungkin. juga berhajat nak dapat pointer bagus untuk semester terakhir.

dugaan datang bila kolej aku disahkan mendapat wireless percuma.

perhatian dan komitmen aku pada study mula terganggu. aku masuk ke alam maya, berkenalan dengan kawan-kawan separa maya dan menghabiskan masa, jiwa dan perasaan pada kawan baru ku ini. sehingga kini aku masih dijangkiti virus ini.

pertengahan tahun, aku dah habis semester. hanya menanti keputusan peperiksaan di rumah. Alhamdulillah, rezeki datang. aku dapat call menawarkan kerja for the time being. aku memang merancang nak further study, so kira ni permulaan la. aku accept terus. 2 minggu je aku bercuti kat rumah, terus datang balik uni sebab nak kerja.

2 hari sebelum aku bertolak, aku dapat lagi satu peluang untuk berkhidmat di bawah lecturer dari fakulti berlainan, yang memang dah lama menjadi idaman hati. walaupun jawatan sama tapi aku memang nak masuk dunia baru. nasib baik aku diterima dan aku mohon untuk bekerja dulu baru sambung belajar.

jadi suku ketiga tahun ini, aku bergelar pekerja. walaupun dengan gaji yang cukup makan untuk aku seharian sahaja, aku dah puas hati. sekurang-kurang nya aku ada kerja nak buat dan boleh isi perut dengan duit hasil kerja aku sendiri.

aku juga mula pindah rumah, masuk rumah sewa. dah bebas dari kolej dan aktiviti yang aku kurang minat. dalam masa yang sama juga, aku bergraduasi. hari paling gembira dalam hidup aku. dan lagi gembira apabila aku tidak bersendirian tika itu. boleh dikatakan kemuncak hidup lah masa tu.

masuk suku akhir, aku mula rasa tekanan dan pelbagai unsur negatif mencucuk menikam sanubari. cewah. aku mula rasa ada ketegangan dalam diri dan aku rasa nak lepaskan semua beban yang ada. berita terbaik untuk aku masa ni adalah bila Si Ayah telefon mengenai surat tawaran sambung belajar. Alhamdulillah, again.

jadi, at the end of this year, aku pulang ke rutin asal seperti awal tahun. status aku sekarang adalah pelajar. jadi aku kembali terikat dengan undang-undang dan prinsip tertentu dalam masa 2 tahun. aku juga bersendirian untuk kali yang entah ke berapa. tapi bagus lah. aku suka begini. aku suka dengan cara hidup aku sekarang kecuali dengan bangun lambat, malas masuk lab, berfoya-foya and so on. itu cerita buruk.

so, moral of the story. buang kan yang keruh, ambil yang jernih.

maaf, maksud aku life is a wonderful circle. eventually u will realised that life is so beautiful and full of suprises. even though you will hit tough or bad side and it becomes a mess, life must go on. don`t u ever regret about the past, take it as a lesson. don`t run away from ur problems, go through it and fix it. at least it worth a try. last but not least, don`t be afraid to try something new. upgrade urself mentally and physically. it might suprise u.

that`s all i can crap based on my experiences in this year. looking forward for another year of priceless moments. farewell 2008 and welcome the promising 2009.

No comments: