Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, December 26, 2008

Teman

aku baru je lepas berborak dengan seorang teman, yang dulu pernah rapat dengan aku. sekarang juga kami masih boleh rapat seperti dulu, cuma aku yang berpendapat ada baik nya jika kami menjauhkan diri.

oleh sebab dah lama tak berbual, aku jadi berdebar-debar. takut dengan tindak balas si teman. yelah, aku yang meminta, dan dia mengizinkan walau mungkin dengan hati yang berat, menyebabkan hubungan kami renggang.

sekarang aku juga yang memulakan dahulu. perbualan yang agak awkward pada mulanya. ah, macam menjilat balik ludah sendiri. eyuww..

tapi, aku tak lah jilat balik. aku hanya menjenguk bekas atau tanda yang ditinggalkan je. tak mungkin aku akan pergi balik meminta untuk berhubungan. sekadar kawan, mungkin boleh dipertimbangkan.

aku takut kejadian lama akan berulang. aku tak mampu nak pendam lagi. jadi langkah yang aku ambil, aku minta supaya diabaikan saja diri ini. teman ku mula nya cuba untuk berdiplomatik dengan mencari alternatif baru, tapi maaf. sampai di sini saja.

dalam masa yang sama, aku memang rasa bersalah dan kasihan pada teman ku ini. tapi aku tak mampu. aku harus buat pilihan, dalam keadaan yang waras dan emosi yang stabil. di mana fikiran aku berjaya mencapai tahap yang sesuai hanya apabila teman berada jauh dari aku. jadi keputusan aku agak drastik dan keras pada pandangan si teman. mungkin juga tidak adil, itu kata nya tadi.

tapi, bagi aku, pilihan yang aku buat adalah paling tepat dan adil mengikut edaran kestabilan hubungan kami waktu itu. sekarang mungkin tidak lagi, sebab aku perlu menyesuaikan diri dengan ketiadaan teman yang selama ini menjadi pendengar setia juga bertanggungjawab mengurangkan tekanan dan masalah dalam hidup aku. tapi aku tak akan berubah pendirian.

ketika sisa-sisa usia hubungan masih ada, banyak perkara yang aku suarakan tentang aku yang nyata tidak berpuas hati dengan sifat dan tingkah laku nya dan timbul banyak perkara yang tidak mencapai persefahaman dan persetujuan masing-masing menyebabkan hubungan ini mula retak. ia menjadi satu titik tolak pengakhiran pada hubungan ini. dan aku bersyukur kerana ia nya tamat dengan baik dan kami masih bergelar kawan.

aku turut mempunyai rasa lega dengan keputusan yang aku buat kerana ia memberi impak yang bukan sedikit pada diri aku, tapi banyak dan ia banyak membantu aku memperbaiki diri ini. dan yang penting ia menjadi sebab untuk aku lebih yakin bahawa jalan yang aku ambil adalah betul.

terima kasih Tuhan, sekarang aku lebih bersifat keterbukaan dan mempunyai lebih tinggi nilai self-esteem. aku juga punya lebih banyak masa hanya untuk diri sendiri. bukan lagi dikongsi dengan teman ku. namun, dari segi negatif juga banyak memberi kesan. aku akan berasa kosong dan sendiri, but i believe time will heals everything and yes, they do.

jadi, kepada teman yang pernah aku sayang dan pernah aku kasih, aku mohon maaf sekiranya berlaku banyak ketidakadilan sepanjang perkenalan kita. kita masih kekal sahabat.

ikhlas dan maaf dari aku,
teman yang tidak sempurna.

2 comments:

Anggunism said...

sape ni? ultorahman? hahaha..

aku ralat said...

bukan lah.. sapa ultorahman pun aku xtau.. ni teman sepejabat. haha.