Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, December 25, 2008

tak tahu nak letak tajuk apa

jam dah pukul 4.08 waktu tempatan. aku masih tak tido. berada di alam maya dengan kawan-kawan separa maya. haih.

sebelum ni, tak ada tenet aku duk mengutuk-ngutuk semangat kendiri, sebab sangat bosan dan sangat tak malu mengajak teman-teman sepermainan untuk sama-sama menghabiskan ringgit malaysia. lebih kepada harapan supaya ditaja sebenarnya, sebab aku sudah tidak bekerja.

ya, aku menganggur sekarang. ada kerja kosong?

tapi maaf, aku tak berminat. minat aku dimatikan oleh bebelan atau kata nasihat dan sindiran dari bekas majikan ku. beliau pasti sangat marah sekiranya mendapat tahu aku digaji oleh orang lain. beliau sayang aku. sangat. itu aku pasti.

ok, aku tipu. tapi aku memang tak mengharap pun.

tadi petang aku berjaya menjalankan misi membuang ringgit malaysia di sunway. kali ini aku bekerjasama dengan teman satu matrikulasi. aku berjaya makan yee mee, again. hahah. dan aku juga cuba makan tako. rasa agak ok la jugak. nak beli lagi sekali, tapi m4.30 untuk 3 biji, mana mahu tahan beb. saya tak mampu lagi berpura-pura dan berlagak kaya. oh, tidak.

aku juga berjaya mengajak bakal-mertua-si-teman aku untuk turut sama menderma ringgit malaysia kepada aku dalam bentuk nasi goreng kampung dan teh`o ais limau. hahah. tak sengaja. juga sangat lapar sebenarnya. terima kasih auntie and uncle.

oh, ada gosip terbaru. about my ex-tenant. hahah. kami, iaitu ahli-ahli rumah telah sepakat membawa berkat membuat kesimpulan mengenai makhluk-cerewet-tak-bermasyarakat tersebut sebenarnya adalah bersifat perkauman, eh perjantinaan atau dalam bahasa mudah alih, sejenis. siasatan teliti akan dilakukan untuk memastikan kebenaran.

dan ingat lah, setiap yang buruk datang dari makhluk-cerewet-tak-bermasyarakat dan setiap yang baik datang daripada Yang Esa walaupun hakikatnya datang dari Yang Satu sahaja.

sekian, entri tanpa hala tuju aku.

No comments: