Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, December 19, 2008

Semalam Yang Gila

semalam hari ketiga aku keluar dalam misi untuk berfoya-foya dan menghabiskan duit. menonton wayang bersama kawan-kawan serumah.

datang lambat, dan gamble dengan harapan ada tayangan pada larut malam. pukul 12.30 malam je yang free. memang larut malam betul lah. tapi masa beli tiket tu, jam baru pukul 10.00 malam. macamana nak habiskan masa dua jam setengah?

1st, cari makanan. tak berjaya beli waffle.. kecundang.

aku cadangkan makan aiskrim ubat demam. lantas menapak ke McD. 2 twister fries, 2 fries biasa, 1 set prosperity, 2 sundae, 1 mcflurry. air di refill selepas setengah jam bergotong royong habiskan fries. sambil mata mengerling Encik Manager dan mulut mengunyah diselangi dengan umpatan dan cacian pada bekas tuan rumah dan juga gelak jahat kami berempat.

2nd, merewang-rewang ke bahagian hiburan dan permainan untuk kanak-kanak, dewasa, orang tua dan ibu muda. nak main, tapi segan. hanya melihat-lihat dan gelakkan makhluk yang tak pandai berhibur dan kagumi makhluk yang pandai menari.

3rd, masuk ke bahagian seterusnya, bowling. hanya jadi pemerhati dan gelak gembira sambil perhatikan gaya tersendiri makhluk Tuhan bermain bowling. ikut serta gelak pada masa-masa yang berkaitan.

4th, masuk ke ladies. mengosongkan apa yang penuh selepas bekerjasam berganding bahu menghabiskan air refill.

5th, jumpa jalan yang benar ke panggung. masih lagi bergelak ketawa, bergembira sakan dengan kadar volume yang lebih rendah. sekejap-sekejap senyap bila masuk part suspen.

tapi, keceriaan kami rupa nya dicemburui oleh makhluk-bulu-bulu di belakang. makhluk-bulu-bulu cuba menakutkan kami, terutamanya aku dengan suara garau sambil memberi notis amaran. makhluk-bulu-bulu ternyata sangat cemburu dengan ketiadaan bulu-bulu di badan kami, tidak seperti nya.

makhluk-bulu-bulu dengan bongkak dan angkuh nya cuba membuat aku histeria dengan bulu-bulu busuk di badan dengan bau mulut yang sangat tidak berbulu dan juga suara yang serak-serak basah sebab banyak bulu.

ok, aku tipu.

makhluk-bulu-bulu marah aku. sebab aku bising dan dia turut sama bising. jadi dia berasa keliru suara siapa lagi best dan lagi merdu.

ah, aku terus marah dengan makhluk-bulu-bulu. aku senyap tanda protes, bukan diam tanda setuju.

tak sampai lima minit, aku tak berjaya mengawal kegembiraan dan keceriaan. kami terus bergelak ketawa dan mengomel-ngomel macam deejay kesayangan kalian. lantak lah makhluk-bulu-bulu nak mengamuk ke nak menyanyi ke nak bernasyid ke, aku tak hirau.

6th, kembali ke pangkal jalan sambil mulut memaki hamun makhluk bulu-bulu diselangi dengan nama bekas tuan umah. tapi pahala lebih banyak ke arah makhluk-bulu-bulu. tahniah.

7th, lepaskan geram di jalan raya. cuba berlumba dengan makhluk aneh di dalam kenderaan oren. sambil menjerit-jerit sahaja. bagai nak gila juga. penangan suara makhluk-bulu-bulu yang masih terngiang-ngiang kat telinga ni. ish.

8th, di alam fantasi. melihat hantu raya jembalang putih jembalang hijau mencarik-carik bulu-bulu makhluk-bulu-bulu.

ah, puas hati. makhluk-bulu-bulu tiada lagi.

No comments: