Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, December 14, 2008

maaf, aku di kampung

hampir 2 minggu aku tak sempat nak update cerita ku di sini. been busy lately. seperti yang telah aku khabarkan dalam entri lepas, aku ada kerja wajib sebaik sahaja aku pulang dari penginapan percuma di rumah kawan ku.

pagi tu, aku keluar awal dari biasa, bangun pun awal lah. sebab aku dapat tau boss aku awal kan jadual perjalanan kami ke PD. ah, nasib baik aku pun memang merancang nak pulang lebih awal. ada agenda lain sebenarnya. aku bercadang nak jumpa dengan Encik Guard dan nak marah beliau sepuas hati.

hari sebelumnya, kami dah berjanji mahu berjumpa. untuk mengenal hati budi konon nya. dah lama aku tak jalankan aktiviti serupa ini. hahah. tapi beliau tak muncul. ah, penakut. tapi tak mengapa, hari lain masih ada kecuali kalau maut datang menjemput dulu, maka tak sempat lah aku nak menarik telinga beliau.

em, bout the conference yang aku pergi hari tu lebih kepada trip mungkin. aku dan sekutu ku hanya bergambar sahaja. setiap masa dan ketika di mana-mana jua. hahah. seronok sekejap. lupakan masalah dalaman jiwa. walaupun menginap bersama boss. agak cuak juga, maklum lah kena jaga reputasi dan hati boss. takut dapat masalah lagi. serik.

hasil kerja rakan ku mendapat pengiktirafan sebagai antara yang terbaik. tiba-tiba terasa kerdil pula. aku hanya main-main. rakan juga main-main, tapi sekurang-kurangnya rakan bersungguh-sungguh dalam sesuatu hal. aku terasa kecil hati, atau mungkin lebih tepat cemburu dengan kejayaan rakan.

maka, aku berazam nak perbaiki prestasi kerja aku. sebab sebenarnya dah lama aku terasa yang aku tak ada tujuan pun sebelum ni. aku hanya buat sesuatu dalam hidup aku secara acuh tak acuh. aku rasa aku paling serius pun bila nak masuk periksa akhir. tu pun untuk semester terakhir.

ye, mungkin aku ada gabra atau kalut untuk sesuatu perkara. tapi sekarang aku sedar, aku tak mengejar apa-apa pun dalam hidup. macam aku tak punya matlamat. sebenarnya, aku rasa aku ada matlamat, tapi cara aku untuk sampai ke arah matlamat aku tu tak lah begitu bagus. aku tak bersungguh-sungguh.

dan sekarang, aku mula rasa yang aku sudah semakin liar atau nakal atau jahat atau apa-apa je perkataan untuk perkara yang kurang baik. bukan bermakna aku baik sebelum ni, tapi sekarang aku dapat rasa yang aku berubah ke arah keburukan lebih dari kebaikan. ah, senang cakap aku makin jahat or nicer word, kurang baik.

ah, dah makin kompleks pulak. aku berhenti dulu lah.

No comments: