Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, November 26, 2008

Status Kesihatan Diri Ini

batuk aku semakin menjadi-jadi. nak tidur pun dah terganggu. padah la macam ni. aku tak suka. macamana aku nak bentangkan poster aku nanti. walaupun aku pasti aku tak akan bercakap banyak, tapi tak tertahan rasanya nak terbatuk setiap lima minit.

aku rasa aku tak pernah pula sampai macam ni. selsema aku pun boleh tahan ni. aku bersin 2 3 kali dengan gaya comel macam heroin korea baru lepas kena hujan dalam drama bersiri setiap hari. beza nya, tak ada hero korea yang akan datang menanyakan khabar aku. dan kemudian menyelimutkan aku dengan selimut separa kering. ah, aku sudah mula berimaginasi. kesan ubat batuk tadi mungkin.

ubat batuk sudah habis sebotol aku telan. sekarang aku minta belas ihsan kawan-kawan yang pernah mempunyai ubat batuk. aku telan semua. air asam jawa juga dah aku teguk. panadol tak usah cakap lah. dah pelbagai bentuk yang masuk dalam mulut aku walaupun sebenarnya aku sedang mengajar diri sendiri supaya tidak bergantung pada ubat terutama panadol. setakat pening kepala tu, aku rehat aja. setahu aku panadol ada kesan jangka masa panjang, bukan? tak percaya? sila buat pencarian ilmiah anda sendiri.

tapi kali ini aku tak mampu melawan. aku mesti mengingkari disiplin aku sekejap. gara-gara ada persidangan yang akan aku hadiri hujung minggu nanti. aku kena cepat sihat. walaupun hanya sehari masa yang diambil, tapi aku perlu bersedia sebaik mungkin kerana aku perlu bersedia dengan 2 poster berlainan. sekarang kertas kerja penuh pun belum mampu aku siapkan, analisis keputusan pun masih ada yang tidak dimasukkan lagi.

haih.

maka nya, aku cuba mengubati hati lagi. aku mesti ingat, semua ini pasti ada hikmahnya. pasti ada benda yang terselindung yang belum aku nampak. mungkin akan ada hasil yang baik nanti. siapa tahu? rezeki masing-masing.

tapi, aku kena la cuba. sekurang-kurang nya aku bukan mengharap sahaja.

jadi kawan-kawan, doa kan lah aku cepat sembuh dan persidangan berjalan dengan lancar. terima kasih. jasa mu akan kenang.

No comments: