Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, November 18, 2008

Semalam Yang Hilang

akhirnya, dapat jugak aku menonton wayang, walaupun bukan dengan teman lama, tapi cukup lah untuk memenuhi nafsu hati ku ini. hahah. aku tengok ejen 007. seronok tengok kena tembak-tembak.

tiba-tiba, terdengar suara Si Ayah suruh kejutkan Si Lima. suruh sembahyang, katanya. ah, aku sebagai anak yang menurut kata, dengan malas nya pergi menggagahkan diri untuk ke bilik Si Lima.

eh, ada perempuan dalam bilik Si Lima. Si Lima nya mana? oh, Si Lima dalam bilik air rupanya. tapi, tanpa diduga dan tanpa memberi lampu signal, tiba-tiba je Si Lima naik angin. lantas dengan gaya macho, Si Lima melepaskan beberapa das tembakan ke arah aku yang berniat baik ini. aku lantas berlari keluar dan sempat menutup pintu bilik.

Si Lima masih lagi menembak aku dengan gaya nya yang tersendiri. aku menyorok di belakang dinding yang sudah rapuh. aku dapat rasa hidung aku mula kebas. tengkuk ku juga sudah rasa lain macam.

kemudian, aku berlari mendapatkan Si Ayah. dan aku peluk dia. erat. kejap. tak nak lepas. aku menangis. sayang Ayah, aku bisik. aku minta maaf kemudian aku leraikan pelukan.

aku jatuh pengsan.

tiba-tiba dengar pintu dihempas kuat.

aku buka mata perlahan-lahan. terpisat-pisat. haih. aku mimpi rupa nya. james bond punya pasal. aku pulak kena tembak. dan pagi tu memang masih ada kesan kebas kat hidung kemek aku ni.

ah, siap la Si Lima. aku balik kampung nanti, aku tembak kamu dulu. tak ada baju raya kamu tahun ni.

No comments: