Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, November 4, 2008

Selamat Malam Dunia

tadi pagi aku tak ke opis. malas, menurut kotak jawapan alasan ku. dah separuh jalan bersiap, tapi tergoda dengan laptop dan tenet yang baru masuk. maka, aku beria-ia memujuk sebahagian dari diri sendiri yang baik, agar jangan pergi hari ni... oleh sebab aku senang dipujuk rayu, maka aku duduk depan laptop dari pukul 10 sampai pukul 7 malam.

fasa pertama masa aku dihabiskan dengan paper editting. sangat gabra. aku nervous mungkin.. gelabah mencari formula.. dan apply dalam result orang lain. buat discussion sendiri. sudahnya, aku pun tak paham apa yang aku dah buat. yang aku tau, semua mesti settle before 4.

dan aku berjaya.

*senyum*

tapi sebenarnya, aku bosan tinggal kat rumah pada hari bekerja. maklum lah, wanita berkerjaya. walaupun lambat ke tempat kerja, tapi aku habiskan separuh hari aku di tempat kerja on weekdays. jadi aku tak biasa dengan surroundings kat rumah pada waktu siang pada masa bekerja. komplikated nya penerangan aku.

senang cakap, hari ini bila aku tinggal kat rumah, aku tak tahu nak buat apa. selain daripada layan tenet dan makan maggi.. aku tak tengok tv. jimat elektrik. walaupun sebenarnya, kalau kat tempat kerja aku pun buat benda sama plus makan tengahari dan buat-buat sibuk.

moral of the story malam ni.
mungkin niat aku salah.
perbuatan aku pun salah.
kerja tu amanah, tanggungjawab.
aku tak boleh la main-main macam ni.
nanti banyak pulak soalan aku kena jawab.

atau sebenarnya mungkin aku kebosanan tinggal kat rumah sendirian. kena buat houseworks yang biasa aku buat bila hujung minggu. tu pun kalau aku ada kat rumah.

maka, tindakan yang perlu diambil.
tidur awal malam ni.
bangun awal pagi esok.
pergi kerja. tak awal pun tak apa kot.
bukan aku yang drive.

selamat malam dunia. mimpi indah.

No comments: