Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, November 24, 2008

Relevan Aku Demam

setiap kejadian ada hikmah nya. begitu pandangan aku. dalam erti kata lain untuk memujuk diri sendiri jika ada kejadian-kejadian yang tidak dirancang dalam hidup.

semalam, teori aku terbukti betul. Si Ayah telefon menyatakan surat tawaran sudah sampai. wah, rasa macam nak terlompat-lompat kat situ je. at that time, aku sedang mendaki tangga, mau pulang ke pangkal jalan. dalam hati sangat gembira tak terkata. baru lah sah aku punye kehadiran dalam makmal tempat berkhidmat.

Si Ayah akan menguruskan segala bentuk perbelanjaan. hehe. memang aku tak sempat nak uruskan semua. dengan standard kewangan aku yang tidak menunjukkan ciri-ciri akan stabil. padahal tujuan asal aku nak kerja dulu, sebab nak kumpul duit untuk tujuan ini lah. semata-mata kerana surat itu. aku bertungkus tapi tak berapa lumus dalam kerja aku selama 6 bulan.

at least, i tried. aku tak nak membebankan Si Keluarga lagi. aku nak berdikari. sedikit sedikit, lama-lama aku akan buat banyak duit. tak klise kan.

apa-apa pun, sangat berterima kasih pada Si Ayah. aku sayang kamu sepenuh hati.

dan terima kasih Tuhan kerna tunjukkan jalan yang benar [cerita lain]

No comments: