Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, November 9, 2008

Ralat

Hari ni aku rase sangat dem.. Rasa serba tak kena je.. Aku sms pun tak ada balasan. Nak aje call, tapi segan kat kawan-kawan. Malu nak tunjuk rasa kot. Tah la.

aku pun tak tahu nak describe macamana perasaan aku ni.. ade jugak rasa macam nak pohon keahlian jadi single balik. tapi macam tak berani. paling ekstrem yang aku boleh buat sekarang pun, delete phone number.. [salah satu tindakan yang immature]. aku jugak delete sms yang dah lama bersarang dalam inbox kotak telefon.

bodoh kan.

haih.

perempuan. macam tu la. tadi aku discuss dengan kawan aku. konon aku nak minta jadi single. dia tanya, ada berani ka kawan? haha. aku mesti la berani. buat masa sekarang la. masa dah duduk depan-depan nanti, aku tak tahu pulak aku akan bertindak balas dalam bentuk yang macamana.

reason aku buat semua ni, sebab aku rasa terbuang. secara tiba-tiba. dan of course la, aku tak suka. rasa macam tak penting je. arghh.. banyak la benda yang aku rasa sekarang ni. semua yang negatif je.

aku ni dah la jenis yang berfikir benda-benda yang tak elok je. negative thinker. deeply pula tu. bahaya. kadang-kadang sampai boleh affect kondisi behaviour aku at that time.

sekarang, setiap kali aku tunggu bus masa nak pulang ke pangkal jalan, aku akan berfikir pasal masalah ni. dan selepas berhari-hari i kept on thinking of this problem, i tried to sort some solutions. either i forgive and forget, or i left and forget.

selalu nya, otak logik aku akan menggalakkan aku supaya pilih 2nd one tu. kalau nak ikutkan, memang la. tu la yang aku nak buat kalau ada peluang.

tapi, lepas fikir-fikir balik.. banyak juga yang aku kena consider.

haih.

penat la. menjadi seorang aku ni. nak resign, boleh tak?

No comments: