Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, November 11, 2008

Encik Misteri

wah, aku broken hearted lagi. tak tahu kenapa. tadi aku dapat tahu encik misteri dah ada teman. ye, aku memang dah lama tahu. dia mungkin sudah berteman. actually, aku tak kisah pun part tu. yang aku kisah sekarang, aku kenal temannya tu.

haih.

tiba-tiba aku rasa sangat sedih. dalam bilik air pun aku terbayang-bayang lagi. padahal aku tak pernah kenal pun encik misteri ni. sebab tu aku suka dia. konteks suka kat sini bukan nye aku cinta ke sayang ke. aku suka je. fullstop.

tapi, tadi bila aku dapat tahu dia dah teman, teman yang mana aku boleh nampak dan boleh judge, aku jadi serba salah. sedih pun ada. huhuh. sebenarnya, tak confirm pun tu teman dia. tapi berdasarkan kebolehan aku membuat penilaian, aku rasa betul la kot. well, teman dia memang sangat cantik. good for you, encik misteri.

but, if you didnt reveal it all, it will be much better. for me. sebab sekarang aku sudah kurang suka pada kamu encik misteri. huhuh. masih ada, tapi dah berkurangan. aku takut aku juga akan mula buat penilaian pada kamu. aku tak suka macam tu. kan lebih baik kalau aku tak kenal kamu dan berterusan begitu. sekurang-kurang nya apa yang kamu bagitau sebelum ni, tak akan memberi kesan yang begitu besar pada aku. dan aku tak akan berfikir tentang kamu mahupun temanmu dengan tambahan visual. biasanya aku hanya menggunakan imaginasi tanpa grafik.

oh, aku kompleks.

apa pun, aku harap kamu bahagia dengan si peneman yang cantik. sebab aku juga macam mengalami proses yang kalian rasakan sekarang kecuali dengan parameter yang berbeza barangkali.

4 comments:

KoN said...

ececee..encik misteri pulak. =P

aku ralat said...

hehe.. misteri nusantara..

Nurul Si Anggun said...

Sape beb? ak knl x..haha

aku ralat said...

mesti lah x. dah nama misteri. haha.