Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, November 20, 2008

Kesakitan Semalam

kenapa kita sakit?

hari ini aku demam. lagi. untuk kali yang kedua dalam masa 2 minggu. tapi kali ini agak teruk, demam disertai batuk-batuk ringan menandakan lambat lagi nak pulih. sebab batuk mustahil nak pulih dalam masa 2 hari. unless aku betul-betul berehat. dan sekarang bukan masa nya untuk aku berehat. aku ada misi yang belum selesai.

minggu lepas juga aku demam. 3 hari aku beristirehat di rumah. hari pertama, aku buat-buat demam. sebenarnya aku malas nak pergi masuk makmal. tambah pulak, orang atasan tiada. lagi la aku buat hal. hari kedua, aku betul-betul demam. kaki kebas dan kepala pening. tapi masih gatal nak melayari internet. hari ketiga, aku pening kepala tahap dewa sampai ada ciri-ciri nak pitam.

masa sakit baru la kita teringat nak dekatkan diri pada Yang Satu. betul. aku baca doa setiap kali aku rasa otak aku tak berada dalam koordinat yang betul. aku baca perlahan-lahan, sampai terlelap. aku rasa, kalau aku tak sakit, mungkin masa tu aku sedang buat aktiviti tak berfaedah yang lain.

dan lagi satu, aku teringat kawan aku ada cakap. masa kita sakit, mungkin Yang Satu bertujuan untuk mengurangkan beban-beban atau dosa-dosa kita. masa sakit sepatutnya dijadikan sebagai masa untuk muhasabah diri. sebab biasanya masa sakit, seseorang tu akan jadi sensitif lebih daripada biasa. minta perhatian lebih.

sepatutnya kita bersyukur masa sakit. masa sakit juga la kita akan tiba-tiba jadi insaf dan terasa kerdil. takut mati, mungkin. tapi kalau jenis yang kepala tak berapa selari, mungkin buat tak endah je masa sakit. lagi dia marah-marah dekat Yang Satu ada lah. kalau anda tergolong dalam kumpulan orang sebegini, insaf lah.

pernah satu ketika, cikgu aku bertanya. mana yang kamu nak? terlantar sakit sebelum mati atau kamu terus mati tanpa bagi hint. kalau ikut akal yang pendek, mesti pilih terus mati. tak payah nak rasa sakit sangat. tak ada la seksa badan dan tak ada la menyusahkan saudara mara untuk menjaga kita masa sakit. tapi cikgu aku cakap, kalau kita terlantar sakit sebelum mati pun bagus jugak. maksudnya kita sempat nak bertaubat. kita tahu masa kita akan sampai. jadi mungkin masa kita terlantar sakit tu lah, masa yang sesuai untuk kita bertaubat, dekatkan diri pada Yang Satu. betul tak? apa pilihan kamu?

aku pun tiba-tiba ni jadi baik. kalau sakit je, aku jadi lebih sopan. tambah-tambah bila sakit kepala. secara automatik, aku akan jadi lemah lembut.

kalau kamu jumpa aku sedang berjalan dengan gaya sopan, lain daripada biasa, muka pun ala-ala gadis melayu tengah diet, maksud yang tersirat adalah aku sakit. ok?

No comments: