Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, November 9, 2008

Dari sudut mata seorang aku

tadi aku tengok berita.. pasal pengebom berani mati yang dah dihukum hari ni.. tiba-tiba teringat la. kawan aku ada cakap yang hukuman mati ditembak ni macamana proses nya. dia cakap orang yang dikenakan hukuman ni akan dilepaskan dalam hutan. kemudian akan ada kira-kira 12 orang komando akan memburu mereka. kiranya, macam memburu haiwan la. terkejut gak la aku dengar. tapi aku pun tak berani nak memastikan semua ni.

tapi masa aku dapat tahu, dah selamat dijalankan hukuman ni awal pagi tadi, aku macam terkaku jap. yelah. terbayang balik apa yang kawan aku cakap tu. tak boleh nak describe. ngeri la pulak.

haih.

aku bukan nya nak buat statement ke ape. cuma atas dasar perikemanusiaan, aku tak boleh nak bayangkan keadaan mereka-mereka yang berkaitan. tapi tadi dalam berita aku tengok, ramai orang yang datang membanjiri tanah perkuburan masa pengebumian dijalankan.

entah la, no comment. yang aku boleh cakap, takziah pada keluarga si mati.

oh, aku lupa. aku nak ucap tahniah juga buat Barrack Obama. ada something pada dia yang buat aku tertarik. aku tak tahu apa. harap dia dapat buat pembaharuan yang baik untuk semua pihak.

sebab sebenarnya, aku sangat tidak suka memberatkan kepala otak dengan pemimpin politik dalam negara. apatah lagi yang di luar sana. tapi kadang-kadang kita kena juga ambil tahu hal sekeliling kan?

dan pemimpin yang paling menarik minat aku, Mahmoud Ahmadinejad. tak tahu pasal apa. aku macam suka dengan pendirian beliau. heheh.

wah, serius pulak sekejap.

oh, lagi satu. semalam masa aku surf dengan penuh boring nya dan tanpa hala tuju, aku buka youtube. entah macamana, aku tertengok Megan Meier punya clip.

siapa Megan Meier?

berdasarkan apa yang aku dah tengok, dan dari sudut kaca mata aku, Megan seorang remaja. usia baru nak masuk 14 tahun. dan sebagai remaja biasa, dia ada account myspace. dalam myspace, dia berjumpa seorang Mr Nice Guy, Josh Evans. mereka start berkawan dan mungkin Megan fall in love. aku tak boleh nak pastikan.

then, things started to be mess. Josh tiba-tiba nak putuskan hubungan. Kenapa? Josh cakap Megan ni tak pandai berkawan. sort of things la. berkait dengan kawan. kemudian, Josh start post bulletin kutuk Megan yang bukan-bukan. kiranya, kena tekanan emosi la jugak si Megan ni.

bayangkan la, budak baru 13 tahun. tak boleh berfikir panjang. Megan ended her life.

She hung herself in her bedroom. wah, tersentap kejap aku.

then, 6 weeks after her funeral, her parents found out that Josh Evans never existed. it was fake. akaun myspace Josh direka oleh parents kepada bekas kawan Megan. mereka nak siasat kenapa Megan dah tak nak berkawan dengan anak mereka lagi. so, here comes the idea. mereka buat akaun myspave baru. ambil gambar remaja lelaki handsome, dan kemudian sign up as Josh Evan dan start berkawan dengan Megan on purpose. so cruel. maksudnya, this whole thing was a setup from the very beginning. bapak jahat punya orang.

kemudian, lepas putuskan hubungan palsu dengan Megan, mereka menghentam Megan dalam bulletin myspace, sehingga Megan stress. and end up hung herself.

malangnya, parents bekas kawan Megan ni tak dikenakan hukuman. sebab tak ada bukti yang boleh dibawa ke mahkamah. [tapi aku rasa dah kena soal siasat kot. sebab siap ada lawyer lagi. untuk defend diri]

then, ada seorang remaja ni, Ashley sedia untuk diinterview mengenai semua ni. Ashley then exposed about the big plan. macamana mereka berpakat nak kena kan si Megan sebab dah tak nak berkawan dengan anak mereka. ish. tak patut langsung la. mainkan perasaan budak sampai budak tu mati.

sekarang, aku tak tahu macamana ending of this story, samada the parents get caught or not. and how that Ashley girl doing because after she admitted it live on the tv, kalau tak kena hukuman polis sekalipun, aku rasa mesti ada orang akan balas dendam jugak.

moral nya aku nak cakap kat sini
satu, jangan mudah percaya kat orang.
dua, jangan mengada-ngada nak mainkan perasaan orang. it might end up so bad.
tiga, parents kena jaga anak-anak in a better way. dan get involved a lit bit. not too much, just fair enough to make sure they dont do foolish things.

walaupun, ni berlaku jauh kat Amerika, tapi yang buat aku rasa dekat, sebab dia mati kerana cyber crime. sebab myspace. haih. kesian. benda ni pun dah lama, dalam tahun 2002 kalau tak silap. tapi aku baru tahu. maklum la. slow sikit.

so, harap-harap dah tak ada benda macam ni berlaku lagi. especially dalam negara ni. cukup la dengan jenayah yang dah ada. jangan nak tambah lagi. aku penat nak baca.

No comments: