Pengikut

Cari Makan Sikit

Saturday, November 29, 2008

Apabila Rancangan Tidak Menjadi

sekarang berada di rumah kawan. pagi, pergi jumpa Si Ayah dan Si Atuk. datang sebab Si Dua bergraduasi hari ni. ah, rindu mereka.

sepatut nya sudah dalam perjalanan ke rumah kediaman kebanggaan diri sendiri dan kawan-kawan. tapi terbabas di padang futsal bersama kawan-kawan maya. sedar-sedar je hari dah senja. terus sms pada kawan supaya siap sedia di stesen berhampiran.

ah, malang tak ada bau. kawan sibuk. malas nak paksa, teruskan saja menginap secara percuma di rumah berdekatan.

hati tak tenang.

rancangan tak menjadi seperti yang diimaginasikan dalam kepala sebentar tadi, sebelum hari siang. patut sudah berada di rumah sendiri pada masa sekarang, bukan di rumah kawan yang jauh berkali-kali ganda ni. esok ada perkara yang perlu dibereskan. perkara penting, wajib.

baru je sebentar tadi, cuba-cuba menebalkan muka meminta tolong dengan mana-mana secret admirer who might be willing to help. dah tak tahu takut tak tahu malu, yang aku tahu hanya lah aku nak sampai di rumah sebelum pukul dua belas. kalau tak, sandal kristal aku akan bertukar menjadi sandal buruk.

ah, imaginasi sahaja.

malangnya, aku masih lagi di sini. mengharapkan belas ihsan kaum saudara, sahabat handai untuk membawa aku pulang ke pangkal jalan.

No comments: