Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, October 28, 2008

dont mess with bus driver

hari ni aku pergi kerja lambat sikit.. mula nya aku cool je, even dah tau lambat.. saja tak nak ikut kawan aku pergi awal setengah jam.. aku bangun dengan malas nya.. lepas mandi, boss pun called aku.. tanya aku kat mana.. aku jawab aku belum sampai.. nasib baik hari ni, boss aku tak marah.. dia cuma suruh datang jumpa dia bila aku dah sampai.. nasib baik kot..

so, aku naik la bus pukul 9.30 pagi.. bus yang biasa.. bus lama.. nak jadikan cerita, pakcik-bus-driver-9.00-pagi parked his bus dekat dengan selekoh nak keluar.. pakcik-bus-driver-9.30-pagi ni ape lagi.. hon la kuat-kuat dekat bus tu..

aku dah agak, mood pakcik-bus-driver-9.30-pagi mesti dah tak elok.. muka dia pun dah naik masam.. eh, naik geram kot.. buat muka ketat la senang cakap.

maka, dengan selambanya dia lalu dekat pintu pagar utama and keluar tanpa berhenti.. masa tu ada sorang lagi lelaki nak naik bus.. muka blur je sebab bus tu macam nak berhenti.. tapi bila kita kejar macam beria nak naik, dia terus jalan.. kalau aku yang kena, sakit hati ooo..

sampai pulak dekat bus stop yang pertama.. pakcik-bus-driver-9.30-pagi terus soal siasat perempuan yang baru nak naik.. lagak macam pak inspektor.. sebab pakcik-bus-driver-9.30-pagi tu geram kot.. aku agak la.. geram nya tak abis lagi, mungkin..

so, pakcik-bus-driver-9.30-pagi tak nak bagi orang yang tak berkelayakan naik bus dia.. kot.. aku tak pasti pulak..

maksud aku orang yang tak sehala dengan dia.. pembangkang mungkin.. entah la.. aku pulak tak sempat nak bersoal siasat dengan bakal penumpang yang tak berjaya naik bus dengan aku..

kalau mengikut pengalaman dan kepakaran aku mentafsir orang, macam tu la agak nya.. pakcik-bus-driver-9.30-pagi tak nak pick up bakal penumpang sebab pakcik-bus-driver-9.30-pagi tengah hot..

bila dah lepas bus stop ketiga, baru la nampak muka pakcik-bus-driver-9.30-pagi dah agak cool.. dia dah boleh senyum.. dan dah boleh berhenti ambil penumpang dengan kelayakan yang berlainan tanpa memilih arah tujuan mereka..

nasib baik, pakcik-bus-driver-9.30-pagi dah okay by the time nak sampai ke bus stop aku.. kalau tak, aku dapat rasa yang aku tak akan boleh turun dengan sihat walafiat..

sekian..
moral of the story.
don`t mess with pakcik bus driver.
especially pakcik-bus-driver-9.30-pagi.

No comments: