Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, October 31, 2008

Malang..

malam kelmarin, sebelum tidur, aku cadang nya nak makan nasi.. bersahur kununnya.. tapi bila tengok ekspresi kawan aku masa aku cakap nak makan nasi pada larut malam, aku batalkan niat aku..

tapi, aku tetap nak isi perut yang lapar.. so, aku keluarkan keropok lekor yang aku beli sehari sebelum tu.. plastik basah sikit.. keropok pun dah ada warna putih.. sebab ikutkan nafsu, aku goreng jugak.. potong nipis - nipis, panaskan minyak..

tiba-tiba keropok meletup-letup.. [betul ke ayat aku? hmmm] keropok dalam kuali kembang, dan pecah.. sampai jadi keropok terbang pun ada.. maka automatically, minyak panas pun terpercik.. nak jadikan cerita, terkena pada tangan aku.. sigh.. masa tu tak sakit lagi.. aku basuh tangan aku sekejap..

malangnya, sinki pun dekat je dengan kuali.. sekali lagi, lengan aku pulak jadi mangsa.. haih.. basuh lagi sekali.. tapi yang second version ni tak sakit sangat.. kena tempias minyak aje.. yang 1st time kena tu, kat belakang tangan.. dekat jari telunjuk.. dalam 2.5cm.. huhuh

lepas habis goreng, baru perasan.. tangan dah merah-merah.. terus aku taruk kicap.. [masa pegi jamboree dulu, cikgu yang kat sebelah khemah aku suruh aku sapu kicap kat tangan kawan aku yang terkena kuali panas] melekit-lekit tangan aku.. ada tompok-tompok kecil kicap macam quantum dot pulak..

aku makan dulu.. habis makan baru basuh tangan.. dah menggelembung pulak kulit aku.. sigh.. sakit tiba-tiba.. psikologi.. tadi tak nampak, tak rasa pedih.. dah nampak, baru rasa sakit.. lepas basuh tangan, sapu krim pelembap.. hahah.. tak berfikir panjang.. kawan aku suruh sapu baby oil.. sapu la kejap..

dah waktu tidur, rasa sangat pedih.. hmm.. fikir punya fikir.. aku isi tupperware dengan air paip.. ambil 2 3 helai tisu.. jeng jeng jeng..

tidur dengan tangan yang berlapik tisu lembap.. baru rasa sejuk sikit... hati pun agak tenang.. psikologi lagi.. baru boleh tidur..

sekarang tangan masih menggelembung.. tapi, kalau tinggal parut, macam cantik juga.. agak ganas.. hahah.. sebab panjang.. betul-betul dekat belakang jari telunjuk... bawah sikit.. dekat dengan tulang yang aku selalu guna untuk kira bulan..

hmm.. mungkin juga ayat redha.. sebab kemungkinan parut untuk hilang sangat tipis.. tambah pulak pada kulit aku yang memang akan meninggalkan kesan warna hitam untuk mana-mana luka sekalipun.. sangat buruk..

sigh...

Wednesday, October 29, 2008

~10 Things I Hate About You~

I hate the way you talk to me, and the way you cut your hair. I hate the way you drive my car. I hate it when you stare. I hate your big dumb combat boots, and the way you read my mind. I hate you so much it makes me sick; it even makes me rhyme. I hate it, I hate the way you're always right. I hate it when you lie. I hate it when you make me laugh, even worse when you make me cry. I hate it that you're not around, and the fact that you didn't call. But mostly I hate the way I don't hate you. Not even close, not even a little bit, not even at all.

Tuesday, October 28, 2008

dont mess with bus driver

hari ni aku pergi kerja lambat sikit.. mula nya aku cool je, even dah tau lambat.. saja tak nak ikut kawan aku pergi awal setengah jam.. aku bangun dengan malas nya.. lepas mandi, boss pun called aku.. tanya aku kat mana.. aku jawab aku belum sampai.. nasib baik hari ni, boss aku tak marah.. dia cuma suruh datang jumpa dia bila aku dah sampai.. nasib baik kot..

so, aku naik la bus pukul 9.30 pagi.. bus yang biasa.. bus lama.. nak jadikan cerita, pakcik-bus-driver-9.00-pagi parked his bus dekat dengan selekoh nak keluar.. pakcik-bus-driver-9.30-pagi ni ape lagi.. hon la kuat-kuat dekat bus tu..

aku dah agak, mood pakcik-bus-driver-9.30-pagi mesti dah tak elok.. muka dia pun dah naik masam.. eh, naik geram kot.. buat muka ketat la senang cakap.

maka, dengan selambanya dia lalu dekat pintu pagar utama and keluar tanpa berhenti.. masa tu ada sorang lagi lelaki nak naik bus.. muka blur je sebab bus tu macam nak berhenti.. tapi bila kita kejar macam beria nak naik, dia terus jalan.. kalau aku yang kena, sakit hati ooo..

sampai pulak dekat bus stop yang pertama.. pakcik-bus-driver-9.30-pagi terus soal siasat perempuan yang baru nak naik.. lagak macam pak inspektor.. sebab pakcik-bus-driver-9.30-pagi tu geram kot.. aku agak la.. geram nya tak abis lagi, mungkin..

so, pakcik-bus-driver-9.30-pagi tak nak bagi orang yang tak berkelayakan naik bus dia.. kot.. aku tak pasti pulak..

maksud aku orang yang tak sehala dengan dia.. pembangkang mungkin.. entah la.. aku pulak tak sempat nak bersoal siasat dengan bakal penumpang yang tak berjaya naik bus dengan aku..

kalau mengikut pengalaman dan kepakaran aku mentafsir orang, macam tu la agak nya.. pakcik-bus-driver-9.30-pagi tak nak pick up bakal penumpang sebab pakcik-bus-driver-9.30-pagi tengah hot..

bila dah lepas bus stop ketiga, baru la nampak muka pakcik-bus-driver-9.30-pagi dah agak cool.. dia dah boleh senyum.. dan dah boleh berhenti ambil penumpang dengan kelayakan yang berlainan tanpa memilih arah tujuan mereka..

nasib baik, pakcik-bus-driver-9.30-pagi dah okay by the time nak sampai ke bus stop aku.. kalau tak, aku dapat rasa yang aku tak akan boleh turun dengan sihat walafiat..

sekian..
moral of the story.
don`t mess with pakcik bus driver.
especially pakcik-bus-driver-9.30-pagi.

Thursday, October 23, 2008

konferens

2 hari lepas aku ade conference.. or more like seminar.. aku jadi presenter.. yang ketiga paling akhir.. thats why la aku assume there will be no question as the participant might be tired or exhausted.. thats what i thought..

unfortunately, banyak giler soalan aku kena jawab.. dan aku rasa aku tak mampu jawab.. even aku memang cuba nak jawab sebaik mungkin.. tapi, paham2 aje la.. dengan tahap nervous aku yang melampau ni.. [suara terketar2 kot.. hahaha..] aku just senyum aje masa mamat foreigner memberi soalan bertalu2.. fuh, kurr semangat.. jawab pun dengan senyuman.. dah la aku kurang paham english campur dengan slang mereka...

tapi, kalau nak tengok dari sudut positif, kira bagus la mereka2 itu.. at least nampak macam mereka minat dengan presentation aku.. dengan apa yang aku buat..

cuba bayangkan kalau korang present, tapi orang lain semua buat tak tahu je.. pastu pulak, borak2 kat belakang.. they acted as you never ever existed in front.. kamu beria2 prepared la.. takut tu takyah nak cakap la.. alih2 takde orang dengar kot.. hahah.. mau jugak mengamuk.. ye tak..

semalam aku pergi lewat sikit.. hari first aku pergi pukul 8.. semalam aku datang masa lawatan ke bangunan tu.. sangat menakjubkan la.. menggunakan air sebagai cooler.. xpayah susah2 pakai air cond.. bangunan nya mengamalkan zero energy office.. ZEO..

petang semalam pulak, aku ngan lab partner aku sibuk amik gamba aje.. hahaha..

moral of the story, banyak benda aku belajar..

fyi, ni my first conference.. dan aku jugak sangat gemuruh sebenarnya.. aku takut nak berdiri depan orang ramai, menerangkan sesuatu yang diorang mungkin faham, mungkin tidak.. depends on me.. [my bad..] dan result aku jugak sangat tidak memuaskan hati.. and aku memang expect banyak persoalan akan timbul.. huhuh..

so, the thing is, practice makes perfect..

mungkin lepas ni, nervous aku akan kurang kot.. hope so.. dan aku jugak akan membiasakan diri dengan orang ramai.. sebab banyak lagi conference yang akan aku participate..

dan bagusnya, dapat networking.. dapat jumpa ramai kenalan baru.. dalam bidang yang sama, tapi location je lain..

mungkin berguna time aku nak apply kerja nanti..

=)

Monday, October 20, 2008

hari geram sedunia

hari ni aku sangat la geram. marah kat boss kot. boleh ke macam 2? hahah. sesuka ati je.

ye lah, aku ni dah la cepat naik angin. sekali beliau suruh aku edit benda alah tu banyak kali. aish, mau tak marah. rasa macam nak buat muka je tadi. tapi tak tahu lah dah terbuat ke tidak. rasa macam belum. heheh.

dah la ekon ni tak ok. lagi la aku hangat. semacam je ni. geram betul.

actually, esok ada konferens. so, nak kena prepare slides sebab aku present esok dalam pukul 4 suku. haih. bimbang jugak ni. gila nervous.

dalam kekalutan itu, tiba-tiba boss aku asyik call je memanjang. dah dekat 5 - 6 kali kot. dah la 2, suruh pulak aku naik atas jumpa dekat bilik. cakap bukan banyak pun. just scratch something kat paper je sikit-sikit. alah, by mail pun aku faham kot. ym pun dah pandai sekarang. mana mau ngelak lagi. isk isk.

maybe sebab aku sorang je kot yang layan dia. orang lain dah ignore dia. sebab 2 semua benda pon dia nak share ngan aku. even gossip.

lagi satu, aku geram kat si kekasih hati. kenapa sekarang nak ignore aku pulak. tengah-tengah aku geram ni. nak la ade listener. isk isk. kot ye pon, dengar la ape aku nak cakap. bukan argue ngan aku. sebab aku tengah serabut. aku just nak ada orang duduk diam and dengar apa aku nak cakap. hahah [gila demand].

aku nak pergi buat characterization ni. entah sempat ke tak. huhu. kalau tak sempat, aku isytihar hari geram sedunia ni sampai malam karang.

Friday, October 17, 2008

my life

hari ini aku berusaha lebih sikit untuk sign in and then menaip2 dalam blog.. aku sebenarnye bukan ape.. malas nak menaip.. lagipon aku busy.. [alasan je 2]

sekarang ni pon aku tengah siapkan slide untuk progress meeting sat lagi.. hahah.. aku dah tau sebelom balik raya ari 2 lagi.. tapi biasa la kan.. xbuat la awal2.. apekes siap awal2.. so not me.. hahah..

mase kat umah ari 2 pon.. last day before nak datang sini balik.. boss kasi mesej.. cakap ade paper nak kena submit by the end of this day.. [ari 2 la] so, aku agak kelam kabut la sikit.. internet kat umah ade.. tapi wayar dah along bawak balik.. aku blur tibe2 kat situ.. nak pegi cc, takde orang nak hantarkan.. nak naik public transport.. sooo not me.. aku xsuke naik bus kat kampong.. sangat fobia.. hahah..

aku called along.. called angah.. called my uncle.. called my dad.. then, aku try sambung mane2 wayar yang ade.. so, lucky me.. aku dapat la connect to the internet.. but, very2 slow.. sangat slow.. macam siput yang tempang.. huhuh.. boleh ym je..

aku pon ape lagi.. send file kat angah suh angah hantarkan je untuk aku.. password email aku dah bocor la di tangan angah n along.. huhuh.. tapi, nak wat cemane.. urgent.. gabra gak la aku..

kesinambungan cerita di atas ialah, aku berjaya submit paper tersebut.. and paper pon accepted dah.. so, my next action is presenting that paper next week.. hadoi.. aku xtau nak cakap ape mase konferens tu nanti.. result aku tunggang terbalik.. aku pulak jenis nerveous yang amat... sampai menggeletar pon ade.. karut betol la..

minggu ni aku ade jugak la cari related paper that might have same result with me.. kalo xsama pon, seakan2 ke.. aku nak tau ape yang dorang terangkan.. tapi xde jumpa plak.. so, aku buat sampel baru.. baru siap semalam.. sangat komited la aku minggu ni.. asyik kuar masuk lab je.. tapi boss xtengok plak.. gile nak menunjuk la aku ni.. hahah.. kalo die tau aku bz, xde la banyak sangat keje sampingan kena buat.. haha.. malas betol..

hari ni kat opis ade jamuan raya.. aku bawak kuih raya kat umah aje.. sebabnye xade orang nak makan kot.. kalau kerepek 2 lain la.. cepat je abis.. kuih ni boleh jugak tahan sebulan dua kot..

bercakap pasal raya, ari sabtu minggu lepas, aku pegi beraya ke umah hosmet aku.. ngan hosmet2 aku yang lain...

ari ahad pulak aku pegi konvoi dengan kosmet plak.. 4 buah kereta.. 5 ke 6 buah rumah.. dari shah alam sampai ke putrajaya balik... setiap rumah yang aku pergi, aku makan hidangan utama.. sangat kenyang.. kerja ari 2 makan makan makan je.. dah la badan pon naik masam.. pakai kurung seharian.. heheh.. sangat best la.. spending time with frens.. moreover, aku boleh kenal umah n family kawan aku 2... kira merapatkan silaturrahim.. cewah.. hahah..

oh ye, before i forget, selamat hari raya yang ke 17.. heheh.. dah boleh raya sekali ngan raya enam kan.. punya la lambat aku wish..